Istimewa buat Putera Kajang, dari Bandar Baru Bangi, Selangor

Dalam akhbar Berita Harian bertarikh 03 Mac 2001, ruangan surat, m/s 28, saudara telah mengutarakan sebuah artikel bertajuk " Pas politikkan ibadat korban". Nampaknya saudara telah menjadi pelengkap kepada Menteri Besar saudara iaitu Khir anak Toyo dimana sebelum ini beliau telah menyerang dan menghina serta menjatuhkan hukum keatas Tuan Guru Nik Aziz, MB Kelantan dan kini tiba pula giliran saudara mengambil alih untuk menghina Tuan Guru Hj. Hadi, MB T'ganu.

Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana menggunakan saluran ini untuk memberi pandangan kerana sekiranya saya menggunakan saluran yg sama sebagaimana yg saudara gunakan tentulah pendapat saya ini akan 'di tong sampahkan' saja. Lainlah saudara merupakan orang UMNO karat (andaian diambil setelah membaca artikel saudara) tentulah diberi perhatian lebih oleh pihak Berita Hairan kerana UMNO sekarang tengah lemas jadi jika ada lidi sebatang atau daun sehelai pun akan dicapai untuk berpaut bagi mengelakkan dari mati kelemasan.

Untuk maklumat saudara, saya adalah dari golongan yg masih belum berparti tapi pendapat saya ini adalah berdasarkan dari pengamatan, mendengar, melihat dan menimbangkan dulu sesuatu perkara atau isu yg berlaku samada betul atau tidaknya bukannya sekadar mendengar disebelah pihak saja. Sebaliknya pada pendapat saya saudara hanya cenderung pada satu pihak tanpa mengkaji apa akibatnya disegi akidah dan faedahnya kepada saudara. (Bawa-bawalah dengar ceramah pihak lain untuk dibuat perbandingan.) Didalam artikal itu saudara mengatakan bahawa Tuan Guru Hj. Hadi MB T'ganu yg mencadangkan program Korban Perdana hanyalah inginkan laba politik dan muslihat untuk mendapatkan pengaruh. Saudara telah membuat tuduhan keterlaluan terhadap seorang Tuan Guru apatah lagi seorang ulama. Tak rasa bersalahkan atau berdosakah? Bagi saya apa yg dilakukan oleh Tuan Guru hanya sekadar mencadangkan dan menjadi penganjur sahaja, bukannya beliau memaksa atau mewajibkan rakyatnya supaya mengikut saranannya itu. Bukankah ibadah korban itu dilakukan secara berkumpulan? Kalau di kampung (kumpulan kecil) umat islam boleh sepakat dalam menjayakannya, saya tak nampak dimana salahnya Tuan Guru Hj. Hadi selaku MB mengetuai atau mengendalikan program ibadah korban ini untuk satu kumpulan yang lebih besar umpamanya  kepada seluruh rakyatnya yg berkemampuan.

Pendapat saya, korban merupakan satu ibadah dan hanya disunatkan, terpulang kpd individu samada nak lakukan atau tidak. Tiada siapa pun yg boleh paksa. Walau pun Tuan Guru berjaya atau tidak atas program yg dianjurkannya, apa sakitnya kepada saudara?. Apa berdosakah jika ibadah korban itu berjaya  dan daging korban dapat diagihkan kpd rakyat jelata, fakir dan lain-lain ? Kita diberikan Allah akal dan fikiran, disuruh menuntut ilmu bagi digunakan kejalan membesarkan dan mengagungkan Allah. Apakah ilmu yg saudara punya digunakan kejalan itu seperti mana yg saudara utarakan dlm artikal saudara?

Apa yg lebih pelik, pada tanggapan saya saudara mungkin orang yg terlampau 'biru' UMNOnya atau orang kuat BN, sudah tentulah saudara lebih arif dan tahu akan asal usul, sejarah, juga mempunyai maklumat yg cukup,ambil tahu berita perkembangan semasa dan japatah lagi atas peristiwa yg berlaku dalam 2 ke 3 tahun kebelakangan ini. Mesti ada dalam kepala punya!! Kacanglah tu....kan? Kalau saudara terlupa, disini saya peringatkan balik. Ada pun baru beberapa tahun sebelum ini kerajaan Negeri Kedah, semestinya diterajui oleh UMNO telah meluluskan dan menggunakan wang kerajaan untuk mendirikan tempat khas penyembelihan daging korban di Paya Pahlawan dlm Daerah Kubang Pasu. Dengar khabarnya boleh mengendalikan  beribu-ribu binatang korban malah segala kerja-kerja  penyembelihan serta pengagihan juga akan dibuat dari sana.  Bahkan masa itu umat islam Negeri Kedah seakan dipaksa menyerahkan binatang ternakan yg hendak dikorbankan kepada pusat tersebut bagi menunjukkan perancangan kerajaan Negeri Kedah berjaya. Apakah itu tidak menggambarkan adanya unsur riak serta di politikkan oleh UMNO Kedah? Apakah Kerajaan Negeri tidak melakukan pembaziran wang kerajaan sebab tidak mendapat sambutan daripada rakyat Kedah dan apa sudah jadi dengan tempat tersebut sekarang ini ? Tuan Guru Hj. Hadi tidak menggunakan wang kerajaan bagi menganjurkan program tersebut.Beliau hanya sekadar memberi saranan. Kalau tak jadi pun tiada siapa yg rugi. Adakah Kerajaan Negeri Kedah untung? Pernahkah saudara mengutuk perkara yg dilakukan oleh kerajaan Negeri Kedah ini?

Dan Allah mungkin nak tunjukan kepada saudara Putera Kajang agaknya, ditakdirkan pada tarikh dan akhbar yg sama m/s 19 keluar berita berserta gambar sekali (puas?) mengenai MB Kedah iaitu Syed Razak telah menyerahkan 20 ekor lembu korban kpd polis Kedah, 20 ekor kpd Angkatan Tentera M'sia dan 60 ekor kpd 534 masjid seluruh Negeri Kedah (pembahagiannya lebih kurang begini kot...60 ekor bahagi 534 = 0.11 ekor bagi setiap masjid) Kita yg jahil ni tak tahu pulak apa niat Syed Razak, kalau ikhlas tu... alhamdulilah lah. Tapi lihat dari tajuk dan isi berita tu ...   " Demonstrasi rugikan negara" semacam ada unsur riak dan politik malah boleh juga disalah tafsirkn sebagai 'Rasuah'. Senanglah nanti nak pengaruhi polis supaya mengikut arahannya jika ada golongan yg cuba nak goyangkan UMNO mu @ buat 'rusuhan' kononnya, maklumlah dah termakan budi (makan daging korban).

Terfikir juga akan saya akan asal usul lembu-lembu tu. Jumlah yg Syed Razak nak korbankan ialah 20 + 20 + 60 = 100 ekor. Hai pemurah dan banyak duit juga si MB ni, mungkin 'rezekinya' murah semenjak jadi MB walau pun baru lagi pegang jawatan tersebut. Atau mungkin juga ada 'orang' yg 'sponsor' kpd Syed Razak kot...?Apakah tujuan dan niat 'orang' ini maka ramai sangat  yg nak 'sponsor' MB buat korban? Apakah 'orang-orang' itu tak boleh nak uruskan sendiri majlis korban  mereka di negara Malaysia boleh ni ? Tapi pada pandangan saya jika betullah apa yg saya fikirkan maknanya 'orang' yg 'sponsor' tu mesti mengharapkan sesuatu balasan daripada MB ni.... betul tak?. Bagi jgn tak bagi. Oleh itu sebagai saudara sesama islam saya nasihatkan supaya saudara memohon maaf kpd Tuan Guru Hj. Hadi atas apa-apa tuduhan dan fitnah yg telah saudara tujukan kepadanya. Apa yg amat mendukacitakan, Tuan Guru HJ Hadi menyerukan  perkara yg menjurus kpd membuat amal ibadah dan kebaikan bukannya bertujuan untuk menyesatkan umat tapi saudara telah menghentam beliau tanpa berfikir panjang.

Saya bawa satu lagi kisah, bulan lepas pada tanggal 14/2/01 (bukan kisah trajedi di Malau dimana pihak polis telah menyiram dan meng'asap'kan orang Kubang Pasu) dimana dijangka berlakunya maksiat besar-besaran seluruh negara malah dunia kerana meraikan sambutan "Valentine Day" atau Hari untuk kekasih.Dalam masa sebulan sebelum tarikh tersebut, seluruh media Perdana yg menjadi kebanggaan kita telah saban hari mengingatkan serta mempromosikan hari tersebut. Bermacam-macam rancangan tv dan majlis telah diaturkan. Apakah itu menjurus kpd ibadah? Masalah nya "hari' tersebut bukannya berasal atau menjadi tradisi masyarakat kita. Kenapa di laungkan atau di iklankan secara besar-besaran? Sekiranya  pihak media kita tidak mengambil bahagian dlm mempromosikan hari tersebut atau saudara sendiri cuba mengutarakan isu ini kepihak tertentu agar langkah menghalang dapat dilaksanakan tentunyalah ianya dapat mengurangkan berlakunya perkara maksiat. Tahukah saudara apa yg keluar didada akhbar-akhbar perdana pada esok harinya ? "Seramai 208 pasangan telah ditangkap berkhalwat di Klang" sempena menyambut 'Valentine Day'. Itu hanya di Klang dan yg tertangkap sahaja. Bagaimana dilain-lain tempat di seluruh negara samada yg ditangkap dan yg tidak tertangkap.Tentunya lebih banyak dan lebih mega dari jumlah korban yg Tuan Guru Hj Hadi cadangkan. Yg  pastinya banyaklah maruah dan kehormatan yg telah di'korban'kan pada sambutan tersebut. Logikkah pendapat saya ini, wahai saudara ku Putera Kajang ?

Ps:    Mohon rakan-rakan  yg mengenali PUTERA KAJANG agar memaklumkan kepadanya akan komen ini.