JAWI DAN AJK MASJID MENGAJAK KEPADA PERPECAHAN UMMAH

Pada masa kini di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Agama Islam  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) dengan arahan memo pekeliling /  JAWI(W/P)/bil:05/2001/mac, telah mengarahkan semua AJK dan Petugas-petugas  Masjid adalah dilarang dan ditegah dari menyertai sebarang aktiviti /   kegiatan dari pihak Parti Pembangkang, tindakan keras akan diambil  sekiranya ada yang terlibat. Pihak pentadbiran sentiasa memerhatikan
kegiatan anda semua.

Memo atau pengumuman ini kami lihat dipamirkan di papan kenyataan dan  dinding Masjid Ar-Rahimah Kg.Pandan yang dianggotai oleh Ahli Jawatankuasa  Masjid dari kalangan Ajk UMNO@BN cawangan atau bahagian (syarat wajip  menjadi ajk masjid di Kuala Lumpur sekarang), tetapi kerana perbuatan bodoh  dan dungu Ajk Masjid Ar-Rahimah,terutama Pengerusi Masjid sendiri yang hanya  datang masjid pada Hari Jumaat (pasal nak kira wang kutipan tabung  masjid…..??? ) menjadikan memo JAWI kepada AJK dan Petugas Masjid sebagai  "Pengumuman Awam" telah menampakkan kelemahan AJKnya serta bukti kukuh  bahawa Islam itu hanya milik UMNO@BN serta penyokong kerajaan pemerintah,  dan sesiapa yang bersama Barisan Alternatif adalah musuh Islam serta akan
 diambil tindakan keras….???.

Sikap dan arahan pihak JAWI adalah telah menunjukan Institusi Masjid telah  digunakan sebagai salah satu tempat gerakan Politik Sempit UMNO@BN … dengan  memukul canang seluruh dunia bahawa PAS dan Pembangkang dituduh mengunakan  Institutsi Masjid sebagai tempat berpolitik mereka …. Tapi apa yang berlaku  dalam memo JAWI tersebut telah menjadi bukti kukuh bahawa kerajaan BN hanya  pandai menuduh pembangkang tetapi mereka sendiri telah mencemarkan  Institutsi Masjid melalui JAWI, dengan menerapkan politik sekular dan  menolak perpaduan ummah di kalangan para Jamaah dan anak kariah masjid itu  sendiri.

Satu penghargaan yang tinggi patut kita beri kepada JAWI kerana melaksanakan  arahan Kerajaan BN, apabila orang Islam dalam BN dilarang bersama-sama dalam  aktiviti orang Islam dalam BA, ia sebenarnya mengundang sikap perpecahan  ummah dikalangan orang Islam, mereka-mereka yang takut dan menjadi pak turut  kepada arahan tersebut, akan menjadi "Kera Sumbang" atau "Katak Bawah  Tempurung" dalam satu kelompok jamaah atau kariah tersebut. Akhirnya  golongan "Kera Sumbang dan " Katak Bawah Tempurung" ini terpaksa menyisihkan  diri sendiri dalam kalangan masyarakat mereka, kerana senario semasa di  Malaysia sekarang adalah kesedaran dan kefahaman rakyat serta bangsa  Malaysia mengenai kebangkitan Islam dan peranan Barisan Alternatif ke arah  Malaysia Yang Adil telah mencapai tahap dewasanya.

Sila lihat imej yang disertakan sebagai bukti kukuh kebodohan serta sikap  tolol para juak-juak UMNO@BN yang sememangnya tidak mahu orang Islam bersatu  padu serta perpaduan ummah dipertahankan.

PSARAFHQ
for send or reply fast info to ours, pleased use this wap e-mail address at :
  hakrakyat@mymaxis.com.myREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL

Nota webmaster: Maaf bagaimanapun di atas kegagalan saya melampirkan imej itu yang begitu sukar untuk 'capture'nya ke dalam page ini.~webmaster