Pesanan untuk orang Alor Setar

A'kum,

Kepada semua yg mencintai Islam serta mahukan keadilan dan menentang kezaliman Umno yg diketuai oleh Dr Mahathir marilah bersama-sama kita menunjukkan kebencian kita keatas mereka dgn meminggirkan (elakkan dari hadir) mereka ketika Majlis sembahyang sunat Aidil Adha yg dijadualkan pada 06 Mac 2001 di Masjid Baru Alor Malai, Alor Setar dimana Dr Mahathir dan kuncu-kuncunya dijangka hadir. Sebelum ini Dr Mahathir ada memaklumkan bahawa ia hendak bersembahyang disitu serta hendak berjumpa Datuk Hj. Fadhil Noor sebab nak runding pasal perpaduan melayu. Tapi kasihan dia sebab Datuk Hj. Fadhil dah berangkat ke Mekah. Sebab-sebab mengapa disarankan peminggiran ini adalah seperti berikut:

1. Dr. Mahathir telah banyak sekali menghina ulama malahan Nabi Muhammad juga.

2. Bagi kawasan Alor Setar banyak lagi tempat kita untuk menunaikan sembahyang hari raya jangan kita nak meramaikan orang yg menghina islam dan melakukan kezaliman.Lagi pun itu cuma sembahyang sunat sahaja. 

3. Semasa hari tersebut tentu ramai pemberita-pemberita suruhan Umno yg mencari peluang untuk memutar belitkan apa saja yg mereka fikir boleh bagi menolong Mahathir dan Umno yg dah nyawa ikan.Sekiranya ramai yg hadir tentulah mereka akan mengatakan yg orang melayu masih lagi menyokongnya. 

4. Tidak mustahil mungkin disitu juga diatas Masjid dia akan mengutuk islam dan mengatakan Umno lah yg mendirikan masjid baru yg tersergam indah itu. Macamlah duit babak mereka yg punya. 

5. Kemungkinan juga nanti pengunjung yg datang akan ditemu ramah oleh pemberita dan mudahlah bagi mereka memutar belit cerita. 

6. Dan berbagai-bagai lagi kesusahan,kezaliman dan pembaziran.

Jika sekiranya ada juga yg teringin hendak bersembahyang disana mesti elakkan dari menghampirnya bagi menunjukkan kita benci,meluat,marah,jemu,loya,dan macam-macam lagi diatas apa yg dibuatnya kebelakangan ini. Harap semua rakan-rakan dapat menghebahkan maklumat ini. Kita boleh beramai-ramai menunjukan perpaduan kita dibawah BA dgn pergi bersembahyang hari raya di Muasasah Darul Ulum, Pokok Sena jam 0900 pagi.(pesanan: sila bawa sejadah bersama).

locos11