Perlakuan Mahathir semakin aneh

Pada 4 Mac 2001, sifat sebenar Mahahtir dapat dilihat oleh kita di mana dia tidak dapat mengawal tabiat buruknya dengan menghentam dan mengutuk Parti Keadilan, Pas dan Malaysia kini.com semasa dia berada di Putrajaya dan Jitra, Kedah. Pada masa yang sama dia berharap dia dapat bertemu dengan Datuk Fadzil Noor agar agenda perpaduan menjadi kenyataan. Di sini timbul persoalan kalau Mahathir beria-ia sangat adakan pertemuan atau perbincangan dengan Pas, kenapa dia kutuk Pas dan Parti Keadilan.

Apabila saya lihat muka dia yang sial di kaca tv, bukan main seronok lagi dia hentam BA di Putrajaya dan tak cukup lagi kutukan dia kat BA, dia terus hentam Pas semasa dia berada di Jitra. Dia kata Pas nak kerusi lebih, nak dapat kereta dan mahu rakyat gelar Pas sebagai Yang Amat Berhormat. Semasa dia buat fitnah kat Pas, saya sempat lihat isterinya menundukkan kepalanya. Maknanya ialah isterinya malu kerana mendengar kenyataan suaminya yang penuh dengan fitnah dan bohong, tak berani pandang ahli UMNO. Kalau isterinya tahu malu, adakah Mahathir tahu apa yang dia cakap di khalayak ramai?

Saya bukan ahli psikologi dan tidak dapat memberikan komen yang tepat mengenai perlakuan Mahathir yang aneh. Mungkin keadaan perlakuan Mahathir yang separuh gila ini adalah disebabkan masa kejatuhan beliau semakin hampir dan dia sendiri dapat merasakan bahangnya. Inilah seksaan yang dialami oleh Mahathir. Oleh itu penyakit Mahathir yang tiada ubatnya semakin menjadi-jadi. Mahathir menjadi tidak waras kerana terlalu banyak hal yang dirisaukannya sampai dia tidak lena tidur malam. Heboh satu rencana yang mengatakan Mahathir tak boleh tidur malam dan mufti seluruh negeri dipanggil baca Surah Yassin. Kalau terbukti benar ia bermakna Mahathir sedang mengalami satu phobia yang amat menggembirakan kita. Padan muka dia.

Memang padan muka dia tak boleh tidur malam. Saya dapat rasakan, apabila setiap kali Mahathir lelapkan mata, dia akan mengigau dan terjerit-jerit nama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mahathir mungkin kata “Lepaskan aku....lepaskan aku” Sebab itu dia hentam Keadilan yang tujuannya ialah untuk bebaskan DSAI. Sudah sah, bayangan DSAI sentiasa menghantuinya tak kira di mana dia berada. Mahathir takut demonstrasi jalanan yang menumbangkan Suharto dan Estrada (Erap) mendapat sambutan hangat di negara kita. Mungkin Mahathir ada mengigau dan bermimpi mengenai jutaan marhaen di negara kita berarak di jalan raya meminta Mahathir berundur segera. Mahathir mungkin berkata dalam mimpinya “Aku tak mahu masuk penjara...jangan salahkan saya...kamu (marhaen) yang paksa saya buat apa yang saya tidak suka buat” Sebab itu dia menakut-nakutkan rakyat mengenai kesan buruk demonstrasi jalanan dan bercakap kosong mengenai demokrasi/pilihan raya. Tujuannya ialah untuk mengelakkan ia berlaku, kalau tidak igauan buruknya akan menjadi kenyataan.

Saya dapat rasakan Mahathir tahu apakah ubat penawar bagi seseorang yang tidak boleh tidur malam selain ubat tidur. Mahathir mesti tahu apakah sebab yang menyebabkannya tak lena tidur malam. Ubatnya ialah dia mesti kutuk dan hentam BA habis-habisan baru dia dapat tidur lena. Sebab itu kita boleh katakan kutukan dia kat BA adalah yang paling teruk sejak penangguhan pertemuan Pas dengan UMNO. Sejak penangguhan pertemuan yang tidak menjadi, Mahathir amat berhati-hati mengeluarkan kenyataan takut-takut keluar kenyataan yang bukan-bukan. Akhirnya dia tidak dapat lawan Tuhan yang amat Kuasa. Sifat buruknya yang suka hentam BA tidak dapat dikawal dan akhirnya seperti gunung berapi yang tidak mengeluarkan lava sekian lama dan orang yang ketagihan dadah, Mahathir melepaskan giannya hentam BA.

Tuhan telah memecahkan tembelang Mahathir dan sifat munafiknya. Apa yang Pas mahu tunggu lagi. Kutukan Mahathir di Putrajaya dan Jitra ada kaitan dengan agenda yang akan dibincangkan dalam pertemuan Pas dan UMNO. Oleh itu tiada apa yang hendak dibincangkan apabila Mahathir dengan sendirinya membuka pekung di dada.  Tak payah dibincangkan lagi apabila kita boleh buat kesimpulan Mahathir tidak akan setuju, bertolak ansur dan mengalah mengenai apa sahaja topik yang akan dibincangkan semasa pertemuan diadakan. Pas mesti fikir dua kali atau lebih dari itu kerana sifat talam dua muka Mahathir. Mahathir begitu seronok sekali hentam Pas tetapi pada masa yang sama ingin mengadakan pertemuan dengan Datuk Fadzil Noor. Manusia jenis apakah ini?

Pada pandangan saya ia lebih merupakan pertemuan dengan orang separuh gila. Kejadian-kejadian yang memberi tamparan hebat kepada Mahathir menjadikannya sewel dan nyanyuk. Apabila orang yang sudah sewel dan nyanyuk, segala percakapan dan perlakuannya sudah tidak dapat dikawal lagi. Oleh itu buang masa bincang dengan orang yang kepalanya yang sudah tidak betul lagi.  Belum bincang lagi dengan Pas, Mahathir sudah keluarkan kenyataan memperlekehkan BA, memperlekehkan demonstrasi jalanan. Orang yang munafik tetap munafik dan adakah Mahathir akan telan ludahnya sendiri dengan menarik balik semua kenyataannya semasa pertemuan diadakan jika jadi kenyataan? Tepuk dada tanya selera.

LTL