Umno Sudah Terlalu Zalim

    Semakin hari semakin menyerlah kezaliman yg dilakukan oleh UMNO terhadap rakyat dengan bertopingkan kerajaan. Tidak ada mahluk didunia ini yg dapat menasihatinya apa lagi menegur kekejaman dan kezaliman yg mereka lakukan. Menuduh rakyat yg mahukan keadilan ditegakkan sebagai pengkhianat negara dan penimbul huru-hara sedangkan merekalah sebenarnya yg membuat huru-hara serta menjadi pengkhianat yg tidak berhati perut langsung. Sia-sia amanah yg diberikan oleh rakyat kepada mereka untuk mentadbir dan melindungi rakyat serta negara sebelum ini. Suara rakyat terbanyak langsung tidak diambil kira. Tanggungjawab sebenar mereka abaikan. Polis yg sepatutnya menjaga keamanan dan ketenteraman negara disalah gunakan dan dijadikan barua untuk melindungi mereka bukannya melindungi rakyat. Polis digunakan saban hari untuk mengugut rakyat. Mungkar yg mereka lakukan dipendam dan disembunyikan serapat-rapatnya sedangkan rakyat telah maklum apa yg mereka lakukan. Beberapa kerat cerdik pandai dan orang ugama mereka perbodohkan untuk melindungi serta menjamin kedudukkan, pangkat, harta benda, anak beranak dan kaum kerabat mereka. Seluruh sistem kerajaan dilacurkan supaya menyebelahi mereka.  Fahamlah kita sekarang ini tidak ada lagi tempat untuk rakyat yang mahukan perlindungan dari kekejaman dan kazaliman. Rakyat yg prihatin sentiasa ditindas.
 
    Kita sebagai rakyat biasa amat jijik diatas tindak tanduk mereka. Pihak kerajaan yg memerintah tidak boleh diharapkan dan dipercayai lagi walau pun mereka  mengatakan kita masih ada saluran tertentu untuk menyatakan pendirian atau menyuarakan pendapat tetapi  semuanya adalah bohong semata-mata. Parlimen, Dewan Negeri, Perlembagaan Negara, kedaulatan undang-undang, mahkamah, media, pihak polis malah SUHAKAM dan segelintir aktivis rakyat sekali pun semuanya tidak boleh diharapkan lagi. Dengan itu pihak kepimpinan Barisan Alternatif dan seluruh rakyat Malaysia yg mahukan perubahan hendaklah berkorban dan mengembeling tenaga demi menyelamatkan negara walau apa cara sekali pun. Pada pendapat saya,  perlindungan terakhir yg masih ada dalam sistem pemerintahan negara kita adalah Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja. Kita boleh lakukan dengan cara menghantar memorandum rakyat secara besar-besaran samada dengan perhimpunan aman serentak disemua Istana seluruh negara. Sessi Ceramah BA bolehlah di gunakan untuk menyampaikan maklumat dan hasrat serta tujuan kita. Disitu juga kita bolehlah mengumpulkan tandatangan tanda sokongan rakyat untuk dimajukan kepihak istana. Jikalau ini juga tidak berhasil maka tiada pilihan lagi bagi kita melainkan minta Badan Antarabangsa campur tangan walau pun cara itu dianggap tidak patriotik dan pengkhianat oleh Umno dan kerajaan. Mereka tidak boleh menuduh kita kurang ajar atau penderhaka setelah segala daya usaha melalui sistem negara yg ada telah kita gunakan tetapi gagal.

    Ingatlah bahawa apa jua kemusnahan, kehancuran dan malapetaka yg melanda negara kita sekarang dan dimasa akan datang walau pun dilakukan oleh UMNO dan tali barutnya maka kita jua akan dipertanggungjawabkan oleh anak cucu kita nanti.

Bangunlah wahai rakyat tak kira apa bangsa sekali pun, selamatkan Malaysia.

locos11