BERUNDING DENGAN ORANG GILA? HENTIKAN SAJA

Apabila MAHAFIRAUN menyatakan pertemuan antara parti lapuknya dengan PAS adalah 50-50, maka ini menunjukkan betapa tiada maruah atau malunya lagi MAHAFIRAUN yang masih mengharapkan pertemuan itu berlangsung. Nah, lihatlah betapa kecil dan jijiknya parti beliau sekarang yang `hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'. Pada kebanyakan rakyat peluang 50-50 itu melucukan sedangkan sebenarnya pertemuan itu berada di tahap hampir sifar.

Mana mungkin pemimpin-pemimpin PAS mahu berdepan dengan orang yang dah gila seperti MAHAFIRAUN itu? PAS boleh berdepan lagi dengan orang zalim atau jahil tapi bukan dengan orang gila sepertinya.  Ternyata beliau sudah gila, gila kuasa sudah tentu, gila menggunakan wang rakyat untuk kroni-kroninya, cakap beliau pun sudah tidak ada nilainya lagi sama seperti cakap orang tua gila yang bersepah di Chow Kit merepek tak tentu pasal. Penangkapan Sdr. Ezam menjelang Hari Raya Idil Adha adalah kerja gilanya yang terbaru. Tahun lepas ditahan musim raya, baru balik umrah ditahan juga. Apabila Sdr. Ezam membuat laporan polis di seluruh negara berkaitan isu rasuah dan penyelewengan pemimpin-pemimpin kerajaan termasuk beliau sendiri dengan bukti dan dokumen yang sah, hampir 2 tahun siasatan masih tidak dibuat dan tiada seorangpun dari mereka yang dituduh ditahan atau disiasat. Tapi, bila akhbar mereka menyiarkan dakwaaan bahawa Sdr. Ezam ingin menggulingkan kerajaan, tidak sampai 2 hari dahpun disiasat dan Sdr. Ezam terus ditahan berdasarkan laporan akhbar semata-mata tiada bukti kukuh yang lain.

Ini menggambarkan betapa takutnya orang gila ini kepada semangat anak muda pewaris Dato' Seri Anwar Ibrahim ini. Tapi mereka jangan lupa, Dato' Seri Anwar bukan mewarisi semangatnya kepada Sdr. Ezam sahaja, bahkan ramai lagi tenaga-tenaga muda yang bakal mengibarkan panji-panji REFORMASI bagi menjatuhkan MAHAFIRAUN. Kita mempunyai YB Azmin Ali, YB Saifuddin Nasation, Us. Dr. Badrul Amin, Sdr. Zahid Md Arif (Cucu Ghafar Baba), Sdr. Malek Husin, Sdr. Gobalakrishnan, Sdr Lokman dan banyak lagi REFORMIS-REFORMIS yang mampu berdepan dengan MAHAFIRAUN serta juak-juaknya. Mereka ini bukan seperti pondan siam Hishamudin @ Hashimah yang hanya pandai bergaya di depan TV 3 Suku sahaja tapi hilang `jantan' apabila berdepan dengan rakyat.

Kepada kepimpinan PAS, keputusan segera hendaklah dibuat dengan membatalkan sahaja pertemuan dengan orang gila seperti MAHAFIRAUN ini. Janganlah kerana kita melayani kerenah si gila tua ini, maka kita mungkin kehilangan pejuang-pejuang kita yang bakal mewarisi takhta MAHAFIRAUN di tahun 2004 nanti, insyaalah. Kita telahpun kehilangan hak kita yang banyak angkara MAHAFIRAUN, tapi jangan sesekali kita mengorbankan pejuang-pejuang kita hanya semata-mata mengikut selera tua MAHAFIRAUN yang tidak pernah puas itu.

Kepada keluarga Sdr. Ezam, syabas diucapkan kerana pengorbanan kamu semua. Dato' seri Anwar tentu merasa bangga kerana beliau kini tahu masih ada yang sanggup ketawa dan menangis bersamanya. Kita ingin melihat suatu hari nanti apabila MAHAFIRAUN kehilangan kuasanya, siapakah yang sanggup menangis bersamanya? Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan dan gerakan REFORMASI telahpun mengorbankan seorang pejuangnya sempena Hari Raya Korban ini. Semoga Sdr Ezam kembali lebih bersemangat untuk menjatuhkan diktator tua MAHAFIRAUN.

MASSURIA NS