Sekat BN dari bermahajalela

Kita semua telah maklum bahawa Umno dan BN sekarang ini boleh bertahan dan mencengkam rakyat hanya kerana wang rakyat masih ada sumber wang. Penyokong, pembodek, penjilat dan tali barutnya masih setia hanyalah  disebabkan mereka mampu menaburkan wang ringgit. Wang ini lah yg menjadikan mereka ini hilang perinsip dan kewarasan. Sekiranya tanpa wang kita pasti mereka akan tenggelam dan akan kehilangan penyokong kerana selama ini mereka telah disuap kenyang oleh Umno dan BN.

Kita sedia maklum bahawa kerajaan sekarang ini telah menyalah gunakan wang negara dan juga wang rakyat sewenang wenangnya. Dari maklumat yang disampaikan dalam kenyataan melalui media dan ceramah BA negara sekarang ini dianggarkan berhutang melebihi RM 190 bilion. Sekarang ini kita ketahui mereka tiada sumber lain untuk meneruskan 'survival' mereka bagi menunjukkan mereka masih mampu, melainkan mereka bertindak menggunakan wang rakyat seperti KWSP, LTAT, Tabung Haji, Wang Amanah, Wang Pencen, Dana Negara, Wang-wang tajaan Syarikat Swasta dan lain-lainnya. Semua ini mereka lakukan adalah  demi untuk menjaga perut dan nafsu serakah PM anak-anak serta kroni-kroni mereka.

Jadi salah satu cara untuk menjatuhkan mereka yg mahazalim, pengkhianat, lintah darat, tamak, dan berbagai lagi tabiat buruk mereka ini adalah dgn menyekat sumber atau punca kewangan mereka. Antara puncanya adalah dari Institusi Kewangan seperti Bank-bank kroni mereka, Amanah-amanah  Saham, Tabung Haji dan lain-lainnya. Apa yang kita perlu lakukan hanya dgn mengeluarkan semua wang simpanan kita yang berada di dalam Institusi-institusi (kroni) yg mereka kawal dan pindahkan kebadan kewangan yg bebas yg tiada kaitan dgn mereka dan kroninya atau simpan saja macam orang dulu-dulu(bawah bantal) buat sementara waktu. Contohnya wang kita dalam Tabung Haji dan ASB/ASN. Selama ini mereka melaung-laungkan supaya rakyat berjimat dan menabung untuk masa depan tetapi sebenarnya untuk nafsu tamak mereka. Kita yakin sekiranya semua penyimpan bersatu hati nescaya puak-puak ini akan lemah dengan mudah dan dlm masa yg singkat. Tanpa wang semangat mereka akan luntur dan mereka akan "mati".

    Ini adalah salah satu cara yg baik dan mudah serta tanpa risiko untuk difikirkan selain dari usaha-usaha yg keras untuk menyentap "pelepah pisang" ini jatuh.Diharap semua yg ingin mewujudkan keadilan dan menentang segala jenis kezaliman didalam negara kita ini dapat bertinda seberapa segera. Mari kita tengok kegelabahan mereka nanti. Kita buktikan kuasa mereka ditangan rakyat. Insya'allah.

locos11

Nota webmaster:
Cadangan penulis sungguh baik sebagai jalan singkat yang sangat berkesan. Saya berharap para netters bergabung tenaga dan bermuafakat melakukan tindakan ini. Saya ingin melanjutkan hal ini dan menggesa pihak BA melaksanakan satu cadangan yang lebih berkesan. Ia pernah diutarakan oleh Ketua Pembangkan dalam DUN Perak dari parti DAP, iaitu pimpinan BA mengistiharkan kepada seluruh warganegara yang mengundi BA dalam pilihanraya yang lalu supaya:

Ini antara yang utama. Dan kita bolehlah mengusulkan agar melaksanakan yang selainnya. Saya percaya taktik ini lebih berkesan kerana rakyat perlu menentukan bahawa setiap wang yang mereka bayar melalui cukai bukan untuk diselewengkan atau sebagai senjata yang menikam mereka kembali. Harap cadangan ini segera mendapat sambutan para pemimpin BA ~ webmaster