Dr.AQ~

ISU PERTEMUAN UMNO DENGAN PAS. APA “MEREKA” KATA.

safety- valve

Satu daripada  beberapa isu politik yang besar sekarang ialah tentang “URA-URA” pertemuan  UMNO dengan PAS di peringkat pimpinan tertinggi. Ada beberapa pendapat yang berupa “andaian-sebab” mengenai latar belakang keingian tersebut dikemukakan.  

PENGENALAN 1,

UMNO mempunyai agenda atau tujuan tertentu yang ramai orang tidak mengetahui. Hal ini bukan suatu cetusan tiba-tiba. Langkah telah dibuat untuk melemahkan Barisan Alternatif terutama PAS bukan perkara baharu. Baca sahaja apa yang tersiar  di akhbar, majalah,  tv, radio dan berbagai ceramah untuk menetukan “serangan” dan balas serangan dari kedua pihak. Apakah isu untuk “pengguna” peringkat bawahan, nasional atau internasional. Apakah ia untuk satu “tawar menawar” dalam jaul beli kuasa kepada mereka yang mengarah dan menekan. Arahan dan tekanan politik, di mana sahaja dalam dunia ini ialah datang dari kuasa yang “berlebihan” dalam ikatan bentuk “ekonomi”, hutang dan malahan “scandal” yang diperangkap kepada pemimpin.  Pada umumnya sangat sukar mencari mereka yang “bersih” kerana mereka bukan malaikat dan nabi yang tidak menodai oleh rasa dan nafsu.

UMNO “ bukan kecil anak”. Semua bidang “sistem” pemerintahan berada di bawahnya  Malahan media massa boleh memainkan peranan perang urat saraf (psychological warfare) dan “turning over” yang berkesan sekali.  Laporan dan penyelidikan begitu teratur dan diatur.

 Kekuatan dan kelemahan PAS diketahui dengan terperinci. Kerja ini dibuat bukan oleh seorang atau satu kumpulan sahaja. Malahan penanam modal dari puluhan ribu ringgit sampai berbillion-billion ruggit juga memebri kata “putus” (decision) dan berhati-hati dengan “siapa” (pengganti) yang sanggup menjaga harta dan kepentingan mereka.. Dewan perniagaan China dan India baik yang di MaLaysia, Singapura, Hongkong, Taiwan malahan di negeri China sendiri pun tidak khayal dengan “mainan” politik.   Segala kedutaan asing “tidak mengantuk” dengan lagak UMNO dan PAS. Kenyataan yang langsung atau tidak langsung memberi “aatribute”  kepada UMNO dan kerajaan.

[banyak perihal andaian dari kelaziaman yang menekan kepada negara kecil tgerutama di luar blok Barat, China dan Jepun boleh disebut di sini. Tetapi kerana penulisan ini bukan berbentuk buku maka memadai disebut  sedikit. Semoga pembaca boleh faham apa yang saya maksudkan yang tertulis dan yang tersirat di sini. ]

 

PENGENALAN 2.

Telur itek tetap jadi itek walaupun diram oleh ayam.

PAS  mempunyai pengalaman dalam politik sejak ia dididirkan. Meskipun ramai penulis menyatakan PAS lahir dari UMNO apabila dihubungkan dengan Ahmad Fuad dan pimpinan atau ulama seangkatan dengannya. Ini dalam bentuk organisasi antara UMNO dengan PAS sahaja  ; tetapi mereka tidak meliat “benih Islam”  dalam gerakan lain baik yang politik (Hizbul Muslimin) mahupun yang bersifat non-politik termasuk madrasah dan terutama pondok atau pesatren. MUNO sendiri dalam  sejarahnya dipupuk bersxama oleh orang berpendidikan agama  (lihat buku oleh Yunus Hamidi tentang  wakil yang menghadiri perjumpaan “Melayu” sehingga “lahir” Pertubuhan Kebangsaan Melayu Berdsatu atau Pekembar (bahasa iInggeri UMNO).     Logik “benih” ialah jika ia telur itek maka ia tetap jadi itek walaupun  ia diramkan oleh ayam.  Kelemahan PAS ialah kerana kurang menguasai bidang kehidupan yang lain ; terlalu lama tinggal dalam tekanan dan “kecaman”.  Manakala UMNO terlalu lama berkuasa. Dua keadaan ini membentuk satu sikap yang sangat berlainan.

[ Lihat sahaja, umapamanya, sikap seorang sewaktu menjadi  calon MP dengan sikap apabila ia telah menang sangat lain. Dia mula tunjuk “belang”nya. Ada yang sombong  dan tunjuk “kuasa” ; cakapnya pun mengigit. Hal ini bukan UMNO sahaja malahan seorang tokoh PAS sewaktu bersama dengan BN dahulu pernah  menyampaikan jawapan kepada saya melalaui seorang “keluarga”nya  bahawa krtikan saya itu “saya boleh ditangkap”.]

 

 Kelemahan perjuangan Islam disebebkan oleh kepimpinan yang tidak cukup “disiplin”, kurang persediaan yang ilmiah, tidak tahu mana yang “utama” (priority), suka bercakap tanpa keputusan keputusan mesyuarat.  Beliau dan mereka tertentu  buat keputusan dahulu, kemudian baharu mencari alasan untuk nampak jadi benar dan sah. [hal ini lebih banyak berlaku dalam UMNOyang berkuasa] ; mereka  menepikan manifesto, seperti membuat perjanjian mengubah wailayah, mengizinkan sesuatu yang berkait dengan kepentingan nasional  perjanjian sosio-politik dengan rakyat.

Dengan kata lain bahawa, perjalanan politik banyak sekali melulus dan mejalankan sesuatu diluar daripada papa yang dijanjikan kepada pengundi (rakyat). Ini bagi mereka yang menang dan berkuasa. Ini tabiat politik dalam banyak negara  di Asia, Amerika Latin dan Afrika.

[ Apabila “aku”  ada kuasa, peduli apa  kepadaa bantahan kerana semua itu adalah “demi kepentingan rakyat.”  Inilah yang berlakiu dalam banyak “negara kedua dan ketiga”.]

 

APA YANG MEREKA KATA :  

Pertama, kerana UMNO sudah lemah kerana tidak dapat sokongan terbesar orang Melayu  maka UMNO berikhtiar dengan cara begitu ia dapat memulihkan keadaan. Ertinya Melayu akan melihat bahawa UMNO merupaka tempat bergantung kuasa politik ;

 

Kedua, dalam UMNO sendiri selain daripada ramai yang keluar parti, terdapat pimpinan di berbagai peringkat merasa diri mereka tidak sapat dipertahankan dengan tahap sekarang. Hal ini terdengar suara di dalam dan di luar berbagai perjumpaan. Akhbar tempatan sering memperlihatkan gejala kurang sehat tersebut ;  justeru itu mereka bertunkus lumus kumpul wang melalui berbagai projek baharu atau yang yang dihiudopkan.  “End of the end-result” atau akbiat sesudah itu  mereka tidak peduli. Tanggung  sahaja wahai generasi akan datang baban itu.

 

Ketiga, mereka menyebut bahawa pimpinan UMNO, terutama Dr Mahathir sedniri “dikatakan” mahu mengalih perhatian rakyat daripada terlalu tertumpu pada kelemahannya, di halakan  kepada satu “pola” kepentingan  “kapsul” kekuatan Melayu. Akhbar utama dan media massa lain memiankan peranan tersebut. . 

 

Andaian tersebut di atas (faktor) ketiga ini sering bermain di kepala pengamat dan pemantau politik kerana suasana politik sekarang “mencurigakan”.

Sebenarnya, “kumpulan orang “ tertentu memegang media massa ini  berkuasa. Pengalihan pandangan {fokus} rakyat boleh dibuat oleh media massa dengan berbagai laporan “perisitiwa” Ada yang bersifat gempar dan hebuh dengan usnur “takut dan menakutkan” ; begitu  ketidak-tentuan arah beberapa perjalanan bidang kehidupan menyumbang kepada berjayanya permainan “alih” fokus.  Penyulap atau pemain silap mata memang pintar mengalih pandangan penonton uspaya sunglapnya tidak ketara.

[Satu contoh “toeri pengaliah pandangan”  ialah apabila Soekarno mengarahkan pandangan rakyatnya ke Malaysia untuk berkonfrontasi.  Indonesia di bawah Seokarno memang teguh semangat juang kerana unsur  “rasa terikat” dalam wadah  nasionalisme   

terbina iaitu “satu bangsa, bangsa Indonesia : satu bahasa, bahasa Indoensia ; dan satu negara, negara Indoensia”.  Tetapi kehidupan bagi harapan demi harapan  (expectation) tidak tercapai di samping nilai agama dan maruah sosial kian merosost. Jalan keluar secara kebetulan maka meletus “konfrontasi”….]      

 

Keempat, diandaikan lagi bahawa perpaduan tersebut bukan apa-apa, tetapi hanya untuk mengekalkan “kuasa” pimpinan sekarang sahaja dengan maksud untuk terus dapat berthanan selama yang mungkin.  Jadi disoalkan : “siapa yang bersatu ? di bawah pimpinan siapa mereka itu bersatu ?  menghapa selama ini Melayu jadi begini. Sudah setengah abad Melayu masih merempat ? Lompat-lompat siapa yang dapat  dan siapa yang selepat ?”.

 

{Pendapat seterusnya : Orang China sesama mereka tidak boleh bersatu dalam banyak hal. Namun demikian, mereka dapat bersatu dalam bidang ekonomi-perniagaan dan pendidikan. Dua bidanmg utama ini merupaka dasar pegangan mereka malahan membina kekuatan bagi kehidupan  sesebuah masyarakat dan negara. Mereka, sejak berzaman menumpukan kerja  dan usaha  pada dua bidang ini. Sebab orang China  tahu di Malaysia orang Melayu sukar hendak melepaskan “kepimpinan”, ketua, gelar kebesaran, “kehormatan pangkat”.  Keinginan orang Melayu mahu jadi “raja” dan bergelar tuan  mereka tidak ambil “pusing” ; tuan, tuanlah,  tetapi hal jaringan ekonomi  jangan kacau “kami”. Sekian lama merdeka dibawah UMNO  Melayu masih lemah, malahan sebahagi;ada bidang tertentu tinggal di bawah bahaya….Melayu kena berjuang walaupun perkara yang su;dah tertulis dalam perlembangaan….malahan  hendak “mendaulatkan” bahasa Melayu pun, orang Melayu kena berjuang !; ….sehingga ke hujung apabila 13 peguam Melay termasuk Tun Fdaim dan Tun Hussein Onn diminta turun tanda tangan. ;.hendakkan tanah pun kena “berkelahi” dan “tangkap” (antaranya Hamid Tuah) dan teroka hutan secara berani. Ratusan ribu ekar tanah orang Melayu sudah di”ambil, belum lagi dikembali atau diganti…”   

Antara lain apa kata dan ulasan selari “mereka” sambil menghiurp kof hari raya aiddil adhha.  Maaf zahir bathin.

dr_ahmadkamar@hotmail.com

Mac, 2001.