Peristiwa Penahanan Sdr. Ezam

Berita penahanan Sdr. Ezam yang diterima pada 5/3/2001 telah meragut segala keseronokan dan kemeriahan yang selalunya menyelubungi setiap rumah pada malam menjelang raya, setidak-tidaknya buat diri saya dan keluarga. Selepas sahaja mendapat berita sedih itu, kami menghubungi beberapa kenalan rapat bagi mengetahui strategi seterusnya dan berkira-kira untuk turun ke KL pada malam itu juga. Kami disyorkan agar menunggu perkembangan seterusnya. Pada saat dan ketika itu saya begitu yakin satu pergerakan yang pantas dan berkesan akan diambil oleh pihak-pihak tertentu kerana sudah jelas peristiwa ini tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Kesabaran itu ada batasnya. Panggilan dari mereka yang selama ini dikira boleh diharapkan tidak kunjung tiba. Harapan hanya tinggal harapan dan penantian itu ternyata sia-sia sahaja. Perkembangan terakhir kami dimaklumi (Wallaualam!) yang PEMIMPIN dinasihatkan agar tidak turun ke KL! Arahan siapakah ini.....atau sengaja dijadikan alasan untuk bersemayam dengan selesa di istana masing-masing di hari raya.....atau tidak sanggup berpisah dengan anak isteri.......atau tidak sanggup memikul risiko.......atau mahu MENIKUS seperti si Shamsiah, ketua pemuda meno tu???!!!!

Ahhh.....persetankan dengan strategi mereka. Sementelah pula kami bukanlah PEMIMPIN.........jadi walaupun agak terlewat, ke KL juga keputusan yang tepat.

Saya tiba di KL pada tengah malam 6/3/2001 di mana pada keesokan harinya Sdr. Ezam dijadualkan akan dibawa ke Mahkamah Majestrit Kuala Lumpur untuk didakwa. Penghargaan setinggi-tingginya buat perkhidmatan info sms Webreformis yang menyalurkan makluman-makluman penting buat kami yang tidak memiliki laptop/notebook ini. Berita penahanan 9 reformis yang menyertai perhimpunan lilin di hadapan balai polis Dang Wangi beberapa ketika sebelum itu diterima melalui khidmat tersebut. Terkilan juga kerana tidak dapat bersama teman-teman seperjuangan lain menghadapi saat-saat itu. Rupa-rupanya bukan sahaja mereka telah dihambat oleh anjing-anjing kurap itu, kereta-kereta mereka yang diletakkan di kawasan yang berhampiran turut menjadi mangsa calaran kata-kata kesat anjing-anjing yang terkutuk itu.

Keesokan harinya ke mahkamah tempat dituju. Para penyokong BA telah siap berhimpun di perkarangan mahkamah. Ibu dan Isteri Sdr. Ezam turut hadir. Begitu juga Sdri. Nurul Izzah, Puteri Reformasi, yang kehadirannya sudah cukup memberikan satu semangat buat kami semua pada pagi itu. Dengan menyandang sebuah bag yang memuatkan fail nota pengajiannya, ada juga yang mengambil kesempatan mengusiknya sebagai 'tuang kelas'. Kemesraan dan keceriaan Nurul Izzah begitu bermakna kepada kami pada pagi itu.

Kisah yang diceritakan oleh Puan Bahirah, isteri Sdr. Ezam, dan ibu Sdr. Ezam begitu menyayukan hati. Pada peristiwa kali ini, isteri Sdr. Ezam tidak dapat menahan air mata beliau di balai anjing kurap Dang Wangi tatkala mahu menemui suaminya semalam. Namun ketabahan hati seorang ibu mengatasi segala-galanya......tidak diizinkan barang setitis air matapun tumpah di hadapan anjing-anjing kurap MAHATAIK itu. Biarpun jiwa merana, tidak selayaknya haiwan hina itu untuk dirayu belas kasihan. Begitulah cekalnya seorang ibu yang telah melahirkan seorang pejuang rakyat.

Sdr. Ezam tiba di mahkamah pada jam 9.45pagi dengan disambut laungan reformasi oleh para penyokong yang telah menunggu seawal jam 8.30 pagi. Beliau dikenakan tahanan reman selama 4 hari sehingga hari Sabtu, 10/3/2001. Anjing-anjing MAHAFIRAUN ternyata gerun dengan kehadiran para reformis pada pagi itu. Manakan tidak, selesai sahaja kes pendakwaan sekitar jam 12.00tgh, Sdr. Ezam telah dilarikan mengikut jalan lain dan menggunakan kenderaan lain. Kami yang menjangkakan beliau akan dibawa mengikut jalan yang satu lagi telah dipermainkan oleh anjing-anjing kurap itu. Ini hari depa.......

Para penyokong bergegas pula ke balai anjing kurap Dang Wangi di Jalan Stadium. 9 penyokong reformasi yang ditahan malam sebelum itu dijangka akan dibebaskan pada hari itu.

Beberapa aktivis reformasi yang berpengalaman segera mengambil langkah-langkah tertentu menguruskan pembebasan rakan-rakan seperjuangan itu dari segi menentukan penjamin dan sebagainya. Nasi bungkus yang dibawa dimakan dengan begitu berselera sekali oleh rakan-rakan yang ditahan......pilu melihatkan keadaan mereka di hari raya kedua itu......tiada ketupat dan rendang yang dapat dijamah.

Terkejut juga apabila melihat keadaan dalaman bangunan balai anjing kurap Dang Wangi di mana sebahagian rakan-rakan yang ditrahan ditempatkan itu. Dari mula masuk hingga ke tangga dan ke keseluruhan bangunan keadaan amatlah kotor dan busuk. Sampah bertaburan merata-rata, pengudaraan pula seperti tersekat dan suasana di dalam kelam dan muram. Di tingkat atas merupakan kuarters anjing-anjing kurap itu sendiri. Memang patutlah mereka melakukan kerja-kerja kotor selama ini kerana tempat tinggal mereka juga kotor......selayaknya dipanggil kandang sahaja!

Sdr. Ruslan Kassim juga hadir di Balai tersebut memberikan sokongan. Puan Bahirah dan ibu Sdr. Ezam begitu setia menunggu sehingga ke petang di balai itu. Mereka mengambil inisiatif membantu aktivis reformasi yang lain menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pembebasan 9 tahanan reformasi itu.

Sdr. Ezam sendiri tidak dibawa ke balai anjing kurap di Jalan Stadium itu. Sebaliknya disembunyikan di Ibu pejabat Polis Kuala Lumpur mungkin untuk mengelakkan pertembungan dengan penyokong-penyokong yang berhimpun di Jalan Stadium. Namun peluang menemui Sdr. Ezam datang juga apabila berpeluang memikul tugas untuk menghantar nasi bungkus. Wajahnya tetap tenang dan tidak sedikitpun memperlihatkan kesugulan. Kesempatan yang amat pendik itu sudah cukup untuk meyakinkan bahawa gerakan reformasi akan terus membara dan menghantui KERAjaan si tua nyanyuk. Semangat Sdr. Ezam akan terus meresapi jiwa penyokong-penyokong BA yang lain........seribu Ezam sudah muncul!

Lebih kurang jam 6.45 petang 8 tahanan reformsai telah dibebaskan dengan jaminan polis manakala Raja Petra dibebaskan lewat sedikit.......

Barisan pemimpin lain yang hadir memberikan sokongan dan semangat kepada Sdr. Ezam dan 9 rakan-rakan yang lain adalah Sdr. Tian Chua. Beliau turut menunggu pembebasan tahanan reformasi itu hingga ke petang. Sebenarnya kehadiran pemimpin BA biarpun seketika bukan sahaja memberikan semangat kepada mereka yang ditahan tetapi juga kepada para penyokong BA yang turut hadir. Para penyokong tidak jemu-jemu menyahut seruan untuk hadir ke satu-satu program dan kehadiran pemimpin akan menjadikan ianya lebih bermakna. Hairan juga kerana kali ini pemimpin juga yang ditahan tetapi ke mana perginya yang lain......ketandusan pemimpinkah kita??

Peristiwa penahanan Sdr. Ezam bukanlah permulaan kepada kekecewaan ini tetapi merupakan kemuncak kepada sikap sesetengah yang masih enak dibuai mimpi nan indah! Maafkan di atas luahan ini........

LAWAN TETAP LAWAN!
ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!

Kak Id 2000