Mengapa orang Islam perlu
berpolitik?
From: "Syed Mohamed" <smham@pc.jaring.my> To:
<dppkd@hotmail.com> Subject:
Pertanyaan yg penting! Date: Sat, 17 Feb 2001 19:13:12 +0800
Assalamualaikum
wbt....
USTAZ, saya ni bukanlah mewakili mana mana parti
politik,dan saya ada soalan penting untuk ditanya kepada ustaz.Saya harap
sangatlah ustaz dapat menjelaskan persoalan saya ni berdasarkan
hujah dan dalil naqli Alquran dan juga hadis soheh.
Adakah
menubuhkan sesuatu parti politik itu haram? Setahu saya di Arab Saudi
tiada parti politik kerana katanya ia boleh memecahbelahkan umat. Jadi
apakah hukumnya penubuhan parti politik ini? Kerana setahu saya semasa
zaman nabi terdahulu tiada seorang nabi,para anbiya dan syuhada yg
menubuhkan parti utk mendaulatkan Islam.Malahan penubuhan parti politik
inipun sebenarnya bukan datang dari islam malahan ianya diasaskan oleh org
kafir!
Lagipun, bukannya saya ni jahil sangat mengenai keadaan
politik di negara ini. saya tahu bahawa pihak pemerintah pun banyak
menyeleweng dari islam! Umat islam hanya akan bersatu dibawah kalimah
laailahaillalah dan tiada pertikaian pun mengenainya! Tapi saya agak ragu
ragu dgn memperjuangkan islam ini dgn menubuhkan parti!mengapa tidak
boleh kita perjuangkan islam melalui cara dakwah spt pertubuhan tabligh
tersebut?
Lagipun,saya dapati bahawa cara mereka berdakwah ialah
dgn memantapkan iman dan amal.Saya berkata sedemikian kerana inilah
baru kali pertama saya mengikuti tabligh selama 3 hari bertempat di
Naza Plantations, Raub, pahang. Sepanjang saya mengikuti tabligh
tersebut,Banyak perkara telah saya belajar. Tujuan tabligh inipun
sebenarnya bukannya utk hanya berdakwah pada org,tapi utk mentarbiahkan
diri sendiri,agar Iman dan amal dapat dimantapkan.Saya dapat merasakan
sendiri persaudaraan islam,dan Allah telah merahmati dan memberkati kami
dgn memberikan pengertian sebenar tentang hakikat kehidupan!!
Dan
apa yg menakjubkan hati saya ialah ada diantara jemaah tabligh ini ada yg
sebelum ini tak pernah sembahyang dan tak FAHAM apa itu agama pun,
Menangis kerana keinsafan dan mula Faham akibat daripada usaha Ustaz
yg memberikan syarahan, bayan dan majlis taalim mengenai Iman dan amal!!
Dan
saya pun berfikir semula tentang usaha Parti Pas khususnya.banyak yg
berbicara mengenai kepentingan kembali pada Alquran dan assunnah.
Memang betul, usaha itu perlu disokong,tapi, kebanyakan masy. kita hari
ini tak paham kenapa kena kembali pada Alquran dan sunnah, Sebab apa
ustaz, SAYA percaya kerana iman dan amal mereka sendiri AMAT RAPUH!!
Salah satu perkara yg amat amat ditekankan semasa tabligh itu ialah
SEMBAHYANG BERJEMAAH. Kita boleh lihat betapa kosongnya masjid dan surau
hari ini!!Jadi tak hairanlah masy.kita terus berada dalam kelalaian!!
Saya
percaya jika pihak PAS menekankan usaha iman dan amal ini dalam dakwah dan
ceramah mereka,insyaallah masy. akan mula paham!
Jadi saya amatlah
berharap pada ustaz utk menerangkan kepada saya mengenai persoalan diatas.
Saya yg tak ada ijazah agama ni tak tau apa pun! Kalau boleh
penjelasan itu jangan lah terlalu bias. Pegang pada kebenaran..
Jazakallahu
khairan kathira.
Muhammad Syafiq
|
Jawapan Ustaz Ali Muda |