MGG 5401 

Hanya Bowwow  Di Boao  Powwow
(Only  Bowwow  at  Boao Powwow)

Ketika  peniaga  Cina  membina satu  kompleks persidangan  di  Pulau  Hainan di  bandar  Boao Haikou,  mereka  juga  telah  merancang   satu  persidangan  tahunan   yang  diberi nama  Boao Forum for  Asia (BFA).  Ia  merupakan satu pelancaran  khas untuk kumpulan  kapitalis  berhimpun  secara selesa dan  memperagakan  kejayaan mereka serta  merancang  agenda  terbaru  pula.  

Sebuah  syarikat  bernama  Boao  Investments Holdings Co. Ltd. menyelia  kerja-kerja  membangunakan  Pulau  Hainan ini dengan segala  gahnya untuk menjadkan  tempat itu  satu  nirwana pelancongan.  Pelbagai  kegiatan  dilaksanakan seperti  pembikinan  padang  golf,  hotel dan sebagainya  untuk  bersaing denan   Miami ataupun   Gold  Coast.  Untuk memberikan  tempat  kepada satu aura  keintelektualan, tercetuslah  ilham mewujudkan BFA, walaupun  itu adalah satu  cetusan minda  dan    rasa yang  tertunda.

Para  penganjur  mengharapkan  BFA  akan  berjaya  membikin dunia  tunduk  kepada  nirwana  pembikinannya dan berjaya  pula  menjadikannya  satu  pusat penyelidikan tersohor  di Asia.  Memangnya  ini satu  impian  yang  sungguh tinggi angan-angannya.   Pusat-pusat  penyelidikan  yang tersohor  memang  tidak   wujud  di bangunan mega seperti kompleks Boao, tetapi  lahir daripada sumber  manusia  yang ada dan  kemudahan yang  disediakan kepada  mereka. 

Ini sebabnya  kedutaan-kedutaan di  Asia  tidak  berapa  berminat  dengan  projek  ini. Bagaimana  pun  anda  melihatnya,ia  harus diamati  sebagai satu  usahaChina untuk  mewujudkan  satu pengaruh  ikutan  di kalangan negara Asian  dalam  usahanya  untuk  merenggangkan kuasa  dan  pengaruh  Amerika Syarikat. Apakah  ia akan  berjaya ataupun tidak  bukan  menjadi  isunya. Mungkin  jua  ia  berjaya, tetapi kesangsian mengenainya  masih  ketara.

Jepun  tidak berminat.  Australia  masih  marah   kerana kewujudannya  tidak diberikan  satu  keutamaan  dalam  perancangan  Boao.  Kementerian  Luar India  memang  telah  lama tidak ambil  peduli, walaupun  seorang  bekas  perdana menteri India, I.K. Gujral adalah salah  seeorang  penajanya.

Tiga  orang  ahli  politik  yang  sudah  pun bersara – dua daripada  mereka  pernah menjadi  perdana  menteri   dan seoran  lagi bekas  presiden  negaranya telah  terlibat. Mereka  telah  dipujuk  untuk  menganjurkan Boao Forum  sebagai sesuatu  yang  bersesuaian  untuk  Asia. Ada  juga  beberapa  ahli  politik lain  yang turut  serta.  Dua  ratus  ahli  pengasas forum   itu  telah  berkempen  untuk  menyediakan  wang modal sebanyak $500,000 setiap  seorang.  

Semua  ini ada  masalahnya. Setidak-tidaknya,  beberapa  rakyat  Malaysia   yang menjadi  ahli penaja   membuat  kesanggupan  itu  bukan kerana  mereka  merestui  BFA itu, tetapi   sebagai  satu  bentuk  sumbangan  politik  untuk mengampu  pihak  berkuasa  di Kuala  Lumpur.   Tentu  sekali  penubuhan  kumpulan  begini tidak  memberi kredibiliti  kepada  penubuhan  satu  kumpulan pemikir.

Boao  Bukan  Serupa  Davos

Seorang  pesara  diplomat  Malaysia  yang pernah  menjadi  bekas  setiausaha agong  ASEAN, Ajit  Singh  telah dilantik  menjadi  setiausaha  pertama   persidangan itu. Mahathir  Mohamaed  pula  telah  diberi  kehormatan untuk  memberikan ucaptamanya  di  hari  perasmian  pada  Febuari  26.

Tetapi  Boao  bukanlah serupa  Davos.  BFA  menghidupkan  kembali ilham Mahathir Mohamad ketika   mengimpikan  penubuhan  Asian  Forum.   Kumpulan  East  Asian   Economic Group  yang  diingininya  dulu  telah menjadi  satu  East Asian Economc  Caucus, yang sudah tidak  bergigi  lagi. Kerana  itu  dicarilah  satu  wadah  untuk  mewujudkan  Asian  Forum  untuk  orang-orang  Asia.  Tetapi  kewujudan  BFA  di Pulau  Hainan  itu  adalah  satu  usaha  untuk  mengurangkan  belanja dalam usaha  pembangunan  berbentuk raksasa.

Setakat  ini memang  terdapat  dewan  persidangan  yang  melambak banyaknya. Kebanyakannya menjadi   kelam setelah   beberapa  tahun  sahaja kerana kewujudan asalnya adalah untuk berseronok  sahaja.  Untuk  BFA   menjadi   satu  persidangan yang  berjaya  ia  terpaksa  berusaha  lebih  gigih  lagi untuk  menarik  para  peniaga  dan  ahli  politik  Asian  untuk  membincangkan  segala  kelemahan  yang  ada dan  mencari jawapan  kepada  cara membaikinya.  Mesti ada  sesuatu  yang istimewa dalam  setiap persidangan  tahunan itu yang  membuatkan   ada  sahaja  pesertanya  seperti  persidangan di  Davos.

Persidangan puncak  Selatan-Selatan (South-South) sudah  pun bersifat   indah  khabar daripada  rupa. Dr. Mahathir yang memulakan  puncak  itu tetapi  tidak ada siapa  lagi  yang  menunjukkan minat menirunya sehinggakan ia bertukar laksana warong kopi   sahaja.  Langkawi  International  Dialogue, satu  lagi  ciptaan  Mahathir, mencungap-cungap  untuk  dijadikan  persidangan  yang  berjadual di pulau  itu terpaksa  dipanjangkan  selama tiga hari  lagi kerana para  peserta  tidak  mahu menjatuhkan  airmuka tuan rumah  dan penganjur utamanya.

Kawasan  Yang  Terpencil  

Ketara  sangat  betapa  kewujudan  BFA itu  adalah disebabkan keinginan bersama  China  dan  Malaysia. Setiausaha  Agong  daripada  Malaysia  itu sepatutnya  telah  mempersilakan seorang pemimpian Asia untuk  memberikan   ucapan utamanya  selain  daripada  perdana  menteri  Malaysia. Memang,  seorang  lain  diberikan  penghormatan  itu. Malahan,  Dr. Mahathir  yang  pada  mulanya  setuju  dengan peranan itu telah pun menarik dirinya. Cuma di saat  akhir dia bersetuju semula.

Kerana   itu hanya  rakyat  Malaysia  yang mengetahui  bahawa  Dr.Mahathir  dan  Presiden Jiang Zemin  akan  hadir  di  persidangan  itu. Orang  lain  termasuk  para  peserta  sengaja tidak diberitahu. Bekas  timbalan  perdana  menteri Musa  Hitam, telah  melaungkan  harapan  Dr.Mahathir  terhadap  kewujudan  FBA itu. Ramai ketua  gerajaan  yang   menghadirinya  berada di situ  dengan tujuan  yang  amat  jauh berbeza daripada  kegunaan   forum  itu.

Ajit  Singh  mengharapkan BFA  menjadi  satu  persidangan  yang memberi “orientasi  kepada  hasilnya”, tidak   kiralah apa  sebenar  maknanya. Sebabnya memang  jelas kerana dia berpendapat  bahawa  persidangan itu adalah  hasil biayaan sector  awam. Mungkin  juga. Tetapi, sector  awam lebih mementingkan  keuntungan  dan tidak  kepada  cakap-cakap  mengenai apakah  sebabnya  mereka  bermasalah.   Di Asia  setidak-tidaknya, keuntungan  bererti  dollar di  dalam poket, dan bukannya  idea   mengarut   yang tercetus  daripada  dailog  yang  membinca

Tetapi, apa hebatnya  Boao?  Forum itu adalah  hasil  ilham  China, kata Ajit, dan  “Boao  terletak  jauh  di  bahagian  selatan  Beijing   dan  berhampiran  dengan  Hong Kong.” Bandar  baru  itu  mempunyai kemudahan  yang  hebat-hebat dan persekitaran  yang  sunyi  berpadan  dengan  persidangan yang  besar. Lagipun  sebarang  kemungkinann  tercetusnya  demonstrasi rakyat  marhaen  sudah   tentu  muda

Dengan lain  perkataan  Boao  diwujudkan  di lokasi  yang  jauh  daripda  hingar  bangar, seperti  Davos tetapi tanpa  sebarang hubungan  seperti  pengangkutan darat dan  sebagainya. Bukankah  Pulau  Hainan  itu amat  hampir  dengan Lautan Cina Selatan di mana Chian  telah  membuat  tuntutan  kepada beberapa  kepulauan  di mana  negara lain  pun menuntut  hak  mereka  mengikut  undang-undang ruang persisiran benua.  

-MGG Pillai-

pillai@mgg.pc.my

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT9/3/2001<<<<<<<<<<<<<<<<<<<