April Fool is coming..

Assalamualaikum  wbh..

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka  penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu  memandu atau sedang makan pun  kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.

Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan dahulu, penulis pernah  terbaca  tentang suatu trajedi  yang berlaku pada 1hb April ini.Seorang suami yang jahiltentang agama, telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak.Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka  selamba kemudiannya mengucapkan'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun
jatuh!!!

Berbalik kepada  perayaan April  Fool's Day ini, adalah dipercayai bahwa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada,Sepanyol, kerajaanIslam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di  Sepanyol ( Moors )terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk menyelamatkan  diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati  dan usaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini,diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh diperlabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan,telah  pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal  yang dimaksudkan. setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), merekamengambil semua barangan telah disiapkanlalu  menuju ke pelabuhan.Pada  masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.

Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya; laki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah  yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata  dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

   
   
     Petikan  drpd  Risalah  Fikrah
>
   
     '  Peliharalah Allah,  nescaya  Allah akan memelihara kamu
.....rawa

 attirmizi Illal Liqaq '



Komen saya:-

1. Inilah tektik halus musuh kita untuk menjauhkan kita dari Islam. Mereka mempunyai ejen-ejen yang dilantik dan dilatih dari kalangan bangsa kita sendiri.

2. Sebarkan melalui e-mail dan apa-saja cara. Jakim, Ikim, Astora dll - sila beri pendapat kamu. Kami tetap yakin pendapat kamu itu tetap menyesatkan kerana bagi kamu semua, Mahathir/UMNO/BN adalah tujuan hidup dan mati kamu!!!