Laporan Terkini 10 Mac 2001

Majistret Fatimah pada hari ini telah mengeluarkan perintah sambung reman terhadap Sdr. Ezam Mohd Nor selama 4 hari. Oleh itu, Sdr. Ezam akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada hari Selasa 13 Mac 2001 untuk ditentukan kedudukan yang seterusnya. Seramai lebih kurang 100 orang penyokong KeADILan dan BA berkumpul di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sejak daripada pagi lagi untuk mengetahui nasib Wira Negara yang mereka kasihi.

Menurut satu lagi laporan yang diterima, webmaster laman FAC (www.freeanwar.com) dikatakan tidak dapat memasuki laman tersebut kerana semua kata laluan (password) ke laman itu telah ditukar. Ini dipercayai dibuat semasa CPU (komputer) milik Raja Petra berada dalam tangan pihak polis setelah dirampas dari rumah kediaman beliau. Mungkinkah ini merupakan satu lagi cubaan pihak kerajaan untuk menyekat kebebasan Internet di Malaysia?

RE-FOR-MA-SI !!!

(berita diterima daripada Sdr. Lokman Noor Adam)

Membujur lalu melintang patah,
Namun REFORMASI mesti diteruskan.

Webmaster.