"Berita Arus Perdana Boleh Dipercayai Jika Diterbalikkan"

Assalamualaikum dan Salam Reformasi

Pertama sekali diucapkan tahniah kepada pimpinan PAS yang telah berjaya mentidakrealisasikan perjumpaan UMNO-PAS yang terlalu menjadi harapan kuat bagi menyambung dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti lapok UMNO dan Barisan Nasional. Semakin lama semakin hancur harapan "Hidung Waja" untuk mengharapkan perbincangan itu menjadi kenyataan setelah pimpinan PAS meletakkan beberapa syarat yang semestinya menjadi masalah bagi "Hidung Waja" jika syarat-syarat itu diterima untuk diketengahkan didalam perbincangan undangan "Hidung Waja" tersebut.

PAS yang selama ini dikatakan tidak mendapat sokongan rakyat khususnya melayu, kini telah menjadi satu parti harapan demi untuk menyokong tiang-tiang UMNO yang sudah lapok lagi reput yang kini sedang menunggu masa untuk runtuh. Oleh kerana tidak sanggup dan takut pada syarat-syarat yang dikemukakan oleh PAS, keyakinan "Hidung Waja" mula pudar. Setelah sedar bahawa syarat-syarat tersebut hanya akan membuatkan beliau bertambah terhimpit, maka "Hidung Waja" kembali mengeluarkan perkataan-perkataan bangsatnya dengan mengutuk dan mengecam PAS. Semasa dalam rayuan "Hidung Waja" terhadap PAS, terserlah sungguh kesopan dan budi perkerti beliau yang berlakon seperti orang yang benar-benar inginkan sesuatu dengan penuh harapan lagi penuh keikhlasan…..(Kununnya).

Setelah perbincangan perpaduan melayu menemui jalan buntu buat "Hidung Waja" mulalah keluar berita-berita meloya lagi menghairankan. Satu ke satu topik dicuitnya, tak habis-habis. Demonstrasi jalanan yang dahulunya dikatakan tidak mendapat sambutan rakyat oleh pihak media, kini menjadi perkara yang paling menakutkan lagi mengerikan yang sentiasa menghantui fikiran "Hidung Waja". Maka timbulah pelbagai berita dan kecaman-kecaman hebat terhadap demonstrasi jalanan yang dahulunya dikatakan tidak mendapat sambutan. Jika benar tidak mendapat sambutan, mengapa mesti takut? Mengapa mesti mengugut, menakut-nakutkan rakyat?, capai pihak sana, capai pihak sini, sampaikan pihak tentera pun habis ingin dipergunakannya demi untuk menyebelahi kezaliman yang dilakukan olehnya. Saya tidak fikir bahawa pihak tentera akan menjadi seperti kaldai-kaldai peliharaan "Hidung Waja" yang disarungkan unifom berwarna biru gelap dan terus gelap masa depan.

Saudara Ezam ditahan, dikatakan membuat kenyataan untuk menggulingkan kerajaan. Berita fitnah daripada Utusan Meloya direka sebagai bahan untuk dibuat aduan oleh pihak-pihak UMNO terkutuk semata-mata untuk menangkap saudara Ezam. Belum pernah dalam sejarah Malaysia, berita akhbar dibawa ke balai "Kaldai" oleh mereka yang tidak ada kena-mengena dengan pihak tertuduh, lalu dibuat aduan, kemudian ditahannya pihak yang dituduh melakukan kesalahan dengan bersaksikan beberapa helaian "kertas pengesat najis" iaini Utusan Meloya. Inilah satu-satunya negara yang paling mengamalkan DemoKERASi yang adil lagi saksama Negaraku Malaysia.

Internet dahulunya dipromisikan secara besar-besaran juga dipersalahkan. Dikatakanya sebagai tempat memfitnah dan tempat untuk mengulingkan kerajaan. Juga terselit didalam kata-kata "Hidung Waja" bahawa orang ramai tidak lagi percaya dengan berita-berita memfitnah kerajaan melalui internet. Dahulu demonstrasi pun dikatakan tidak mendapat sambutan, kini internet pula dikatakan memaparkan berita-berita fitnah yang tidak dipercayai oleh rakyat, tetapi apa yang kita lihat mengenai demonstrasi jalanan yang dikatakan tidak mendapat sambutan tersebut adalah sebaliknya. Sebenarnya apa yang dikatakan oleh pihak media atau kerajaan MAHAZALIM adalah apa yang terkeluar daripada isi hati mereka sendiri, bukannya rakyat. Lebih mudah diperkatakan disini jika kita ingin mempercayai media-media arus perdana sekarang, maka kita perlulah menterbalikkan apa yang disiarkan atau diberitakannya.

Sekian.

 

ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR !

REFORMASI ! REFORMAI ! REFORMASI !

"ARM"

Nota webmaster: Zainuddin Maidin (Mamak Maidin) tu patut baca tulisan anda (he.. he .. he ..) ~ Webmaster