Orang Ramai Mula Hilang Keyakinan Maklumat Melalui Internet

ALOR SETAR, 10 Mac (Bernama) -- Orang ramai mulai hilang keyakinan terhadap maklumat yang dipaparkan melalui Internet oleh portal web bebas kerana mereka sering menyiarkan berita-berita palsu.

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Datuk Zainuddin Maidin pada Sabtu berkata laman-laman web personal politik masakini sering menyiarkan berita-berita yang tidak boleh dipercayai dari sumber yang tidak sahih.

"Jika sekali dua disiarkan berita-berita seperti itu, orang tak berapa nak kisah tetapi apabila kerap, ia mencerminkan setiap berita Internet adalah berita palsu," katanya ketika berucap di majlis perjumpaan dengan kakitangan Jabatan Penerangan Kedah di sini.

-- BERNAMA

Nota webmaster: Selepas membaca berita ini cuba-cubalah menjawab kuiz yang disediakan ~ webmaster