MB S'GOR, KETUA POLIS NEGARA KETUAI SENARAI PENERIMA PINGAT

Nota webmaster: Tujuan saya memaparkan berita ini daripada Bernama ialah berita sahih (bukan palsu atau khabar angin) untuk menyatakan betapa dunia sekarang sudah terbalik. Orang yang sanggup menjual kepentingan rakyat, menekan rakyat sehingga kehidupan rakyat menjadi tertekan dan senget akan diberikan anugerah dan darjah penghargaan. Lihatlah betapa gahnya seorang MB yang baru menjadi Menteri Besar setahun jagung sudah mendapat anugerah Datuk Seri. Begitu pula dengan seorang Ketua Polis Negara yang gila kuasa dengan perintah 'memukul rakyat' juga menerima anugerah yang sama. Kepada para pengampu yang gagal menerima sebarang pingat, saya ingin menasihati anda belajarlah dari Mohamad Khir Toyo atau Norian Mai bagaimana mahu dianugerah darjah kebesaran ini. Tetapi jangan lupa untuk menilai diri sendiri apakah jaminan pangkat dan darjah kebesaran ini mampu menyelamatkan kita dari hentakan azab kubur Mungkar Nangkir, akibat perbuatan kita 'memukul insan yang tidak berdosa dan menggadai harta mereka kepada yang tidak berhak menerimanya'. ~ webmaster

SHAH ALAM, 10 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Datuk Dr Mohamad Khir Toyo dan Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai mengetuai senarai 2,036 orang penerima darjah, pingat dan bintang kebesaran sempena ulangtahun keputeraan Sultan Selangor yang ke-75 pada Sabtu.

Mohamad Khir dan Norian dianugerahkan darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) kelas pertama yang membawa gelaran Datuk Seri.

Dua orang lagi - ahli perniagaan Datuk Lim Bok Seng dan anggota Parlimen kawasan (MP) Gombak Datin Paduka Zaleha Ismail - dianugerahkan darjah kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSSA) kelas pertama yang juga membawa gelaran Datuk Seri.

Seramai 20 orang menerima darjah kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) kelas kedua yang membawa gelaran Datuk.

Antaranya ialah dua orang anggota mesyuarat kerajaan negeri Lum Weng Keong dan Hajah Norkhaila Jamaludin, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya Ismail Kijo, Adun Batu Laut Mohamed Khailani Mangon, MP Shah Alam Datuk Mohamed Zin Mohamed, MP Tanjung Karang Datuk Noh Omar, MP Hulu Langat Badrul Hisham Abdul Aziz dan Ketua Polis Negeri Selangor Datuk Nik Ismail Nik Yusof.

Penerima DPMS yang lain ialah Pengarah Urusan Edaran Otomobil Nasional Bhd Datuk Adzmi Abdul Wahab, Setiausaha Sulit Yang di-Pertuan Agong Raja Haidar Raja Iskandar, Setiausaha Agung Persatuan Bulan Sabit Merah Johan Shamsudin, Engku Maha Kurnia Bijaya Seri Amar Diraja Selangor Raja Abdul Hamid Raja Nong, pensyarah Universiti Sains Malaysia Profesor Dzulkifli Abdul Razak, Pengurus Penerbangan Malaysia (MAS) Eddie Soong Kwong Choon dan Presiden PKBM Dr Ahmad Kamal Abdullah (Kemala).

Penerima lain ialah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Ismail Adam, Pengarah Urusan Somascen (M) Sdn Bhd Lim Sin Khong, Naib Presiden Multimedia Development Corporation (MDC) Mohamed Salleh Masduki, bekas Adun Sungai Panjang Mohammed Pauzi Abdul Murad (posthumus) dan Pengarah Lembaga Koko Malaysia Sabah Dr Mohamad Musa Jamil.

Seramai 65 orang menerima darjah kebesaran Datuk Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) kelas kedua yang juga membawa gelaran Datuk.

Antara penerimanya ialah Adun Sekinchan Chia Kim Lem, Adun Teluk Datuk Ei Kim Hok, Adun Balakong Hoh Hee Lee, Adun Sungai Pelek Liew Chee Khong @ Liew Che Choong, Adun Seri Kembangan Liew Yuen Keong dan Adun Jeram Mesrah Selamat, Pegawai Daerah Klang Ahmad Latffi Hashim dan Pegawai Daerah Hulu Langat Ramlan Othman.

Penerima yang lain ialah Pengarah Jabatan Kerja Raya Selangor Ibrahim Yakub, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Mansur Ramli, Pengarah Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa Dr Halimaton Saadiah Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Abdul Rahman Mohamed Noor, Brig Jen Mushardin Mohamed, Ketua Jabatan Cawangan Khas Selangor Lazim Ahmad, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Abdul Halim Mohamed Nawawi, Allahyarham Leftenan Adnan Sairi (posthumus) dan ahli perniagaan Datuk Abdul Ghani Minhat.

Turut menerima DSSA ialah Perunding Utama Akademi Aidit Ghazali, lagenda bolasepak Datuk Mokhtar Dahari (posthumus), Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang Datin Phang Oi Choo @ Phang Ai Tu, Pakar Perubatan Pusat Perubatan Seri Kota Dr Lau Siew Gek, dan Pakar Perunding Pusat Pakar Perubatan Pantai Klang Dr D.

Boopalan, Abrar Mohamed Rafie, ahli-ahli perniagaan Anwar Haji @ Aji, Basari Mohamad Kasim, Chan Wui Ing, Chuah Teong Tat, Foo Sae Heng @ Foo Sea Hing, Heng Fook Kum, Hui Swee Seong, Hong Yee Keong dan Jeffrey Lim Huat Soon.

Ahli-ahli perniagaan lain yang menerima DSSA ialah Koh Cheng Keong, Koay Soon Eng, Kok Onn, Khoo Ah Chye, Kunhi Mohammed M.V.

Ahamed Kutty, Low Tuck Kwong, Lee Su Ha, J.

Loga Bala Mohan, Loke Fay, Mohamad Abdullah,Mohamed Said Ismail, Mansor Mohamed Jaafar, Eng Tiong Seng, Ng Teck Hoe, DrOng Tay Khim, Stephen Woon Chee Keong, See Teow Chuan, Thomas Tong KimYoong, Tee Boon Kee, Tan Kar Meng, Wan Zakariah Wan Muda, Wong Swee Yee,Raja Wahid Raja Kamaralzan, Yusoff Abdullah, Yeok Heok Kah dan Azman Ibrahim.

Penerima lain ialah pakar perubatan Dr Razif Abdul Aziz, Setiausaha Koperasi S.Gopala Krishnan, Pengerusi Eksekutif Darul Fathi Husin Taib, Pengarah Urusan Johawaki Sdn Bhd Johari Mat, anggota persatuan wanita Sophia Mohamed Nor, Timbalan Rektor Kolej Universiti Terengganu Prof Dr Sulaiman Mohamed Yassin.

Sementara itu, 66 orang akan menerima darjah kebesaran Setia Mahkota Selangor (SMS) kelas ketiga.

Antaranya ialah Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor Jalaludin Ismail, Imam Istana Selangor Haji Damanhuri @ Damanur Rajali @ Haji Ali, Pengerusi Pertubuhan Pesara Ghiathuddin Long, Setiausaha Kedua Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi Jahaya Jalil, usahawan Raja Ropiah Raja Abdullah dan Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya Prof Dr Mohamed Amin Jalaluddin.

Seramai 64 orang pula menerima Darjah Kebesaran Setia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSA) kelas ketiga.

Antara penerimanya ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang Bakaruddin Othman, isteri bekas menteri besar Selangor Datin Seri Asbi Rohani Asnan, Pengurus Besar Bahagian Berita Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3) Chamil Wariya, Ketua Pengarang Malaysian Namban A.Kumana Pupathi, Penolong Pengarang Kumpulan Berita Harian Manja Ismail, Penolong Pengarang Berita The Star K.Parkaran, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Kamardin Hashim, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor ACP A.Parasivam, Pengarah Urusan SAP Holdings Bhd Mohamad Nik dan Ketua Pengarang Berita Kumpulan New Straits Times Press Bhd Syed Nazri Syed Harun.

Seramai 124 orang menerima darjah kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS) kelas keempat termasuk Pengarah Jabatan Perpaduan Selangor Abdul Karim Abu Seman, anak bekas menteri besar Selangor Hasnorliza Abu Hassan, Timbalan Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya Datin Latifah Endut dan Pengarah Bahagian Biro Tatanegara Rawi Sulaiman.

Seramai 167 orang lagi menerima darjah kebesaran Ahli Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (ASA) kelas keempat dan antaranya ialah Ketua Polis daerah Hulu Selangor Supt Azman Yusof, Penolong Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang P.David Rajan, jurutera Al Bakry Mohamed Alias, Pengarah Jabatan enaga Rakyat Fadzil Mustafa, Hakim Mahkamah Sesyen Iskandar Ahmad, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Mohamed Saleh, penyanyi lagu asli dan ahli perniagaan Orkid Abdullah dan Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor Salamat Dolah.

Seramai 33 orang lagi menerima watikah pelantikan Jasa Pengaman (JP) termasuk Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk M.

Kayveas, Pengerusi Tetap Umno Selangor Datuk Abdul Aziz Mohamed Desa, dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Selangor Datuk Kamarul Baharin Abdul Raof.

Seramai 140 menerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT), dan 948 lain menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) antaranya wartawan Bernama Abdul Aziz Harun dan wartawan Nanyang Siang Pau Lam Chee Song.

Seramai 288 menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) dan 117 lagi menerima Pingat Perkhidmatan Selangor (PPS).

-- BERNAMA