Politik dari sudut Islam

Assalamu'alaikum wmwb semua,

Diharap article di bawah ini dapat menjelaskan segala kekusutan mengenai hukum berpolitik dalam Islam. Kita dapati ramai di kalangan masyarakat kita yang amat cetek pengetahuan dan kesedaran politik. Dari survey yang telah dibuat sekitar 1998 oleh sebuah agency independent, hanya 58% bangsa Melayu yang layak mendaftar mengundi telah mendaftar berbanding dengan 72% di kalangan India dan 94% di kalangan bangsa Cina. Angka untuk yang pergi mengundi pula mungkin lebih rendah.

Yang paling saya sedih ialah ada kumpulan atau jemaah Islam yang menolak politik secara total. Saya merupakan seorang karkun Tabligh juga tetapi telah lebih cenderung kepada parti PAS dan menjadi aktif sekarang sebagai pendokong PAS. Ini disebabkan kesedaran yang timbul selepas pelbagai selidikan, perbincangan, perbahasan dsb dengan inisiatif sendiri untuk mendapat gambaran jelas tentang politik. Malangnya ramai di kalangan ahli Tabligh yang tidak berminat untuk berpolitik atau menganggap politik bukannya Sunnah sedangkan seperti yang saya tulis tempohari, menegakkan hukum Allah (adakah cara lain selain memegang tampuk kuasa politik) merupakan Sunnah Rasulullah s.a.w. yang paling besar dan menjadi fardhu ke atas kita. Jadi kenapa kita lebih menekankan Sunnah-sunnah kecil yang samada sunat atau wajib sedangkan ada Sunnah yang lebih agung?

Maafkan saya kerana komen ini. Tulisan dan pandangan saya adalah untuk kebaikan dan kemenangan Islam. Alangkah indahnya jika jemaah Tabligh yang mempunyai keahlian (tidak formal) beserta sympathizers dianggarkan sekitar 500,000 orang di Malaysia ini sama-sama berjuang menegakkan negara Islam dan tertegaknya hukum Allah. Dengan cara itu akan memudahkan kita berdakwah dengan iman dan amal tanpa banyak halangan. Dengan kuasa politik nanti, kita boleh mengurangkan sarang maksiat dan mengadakan banyak program kesedaran untuk  remaja yang memang sengaja dirancang dan dipupuk oleh UMNO/BN supaya jauh dari Islam.

Mahathir pandai mengatakan di dalam banyak majlis menyeru masyarakat menghayati Islam yang sebenar dan bukannya Islam ala PAS, kununnya. Tapi bagaimana Islam sebenar mengikut UMNO? Apa yang ada sekarang kah? Kalau kita biarkan UMNO/BN memerintah lebih lama saya yakin Malaysia akan menjadi Turki. Tanda-tanda ke arah itu sudah ada (mengurangkan bantuan ke sekolah ugama, tidak mengiktiraf sekolah pondok, khutbah diseragamkan dan lebih mengampu UMNO/BN, tazkirah dan kuliah diharamkan, hukum menutup aurat sentiasa di kelirukan oleh Astora Jabat dan Jakim sendiri, masjid untuk solat - lepas doa mesti balik, dan banyak lagi).

Saya meminta izin dari Minda Rakyat (
Mengapa orang Islam perlu berpolitik) untuk membuat salinan article di bawah dan disebarkan kepada saudara kita yang lain. Diharap semua netters juga memainkan peranan menyebarkan article seumpama ini. Pedulikan jika orang kata kita spamming - kita tidak ada cara lain lagi. Kalau UMNO/BN dok spamming dan paksa rakyat percaya berita fitnah oleh Bernama, BH, UM semua kenapa boleh pula?

Diharap sebarkan juga kepada semua karkun Tabligh yang anda kenali supaya mereka sedar kebenaran politik Islam. Tampalkan di masjid/surau/kilang dsb juga.

Wassalam