Re: dakwah...kasar lembut???


From: MD Kamil <******@tm.net.my>
To: alimuda@hotmail.com
Subject: dakwah...kasar lembut???
Date: Thu, 08 Mar 2001 16:20:38 +0800

en ali...
maaf ganggu...yang sebenarnya, banyak orang confuse dakwah. semua claim dakwah....sampaikan dakyah pun jadi macam dakwah. lagu nasyid pun orang kata dakwah.dakwah sebenar ialah sebagaimana azan, dakwah terunggul. cuba lihat apa sarikata azan. dalam azan kita kata allah besar 4 kali, ucapkan kalimah syahadah. ajak pada solat dan ajak pada kejayaan. sama tak azan tu dengan tulisan-tulisan en ali? sebab itu orang tak marah bila dengar azan, tapi banyak orang marah bila kita "dakwah cara kita".....

Jawapan Ustaz Ali Muda:


Assalamualaikum saudara Md kamil,

Tak mengapa, saya tak terganggu dengan emel saudara. Alhamdulillah, emel saudara pendek dan senang dijawab serta tak perlu kepada kajian. maka saya boleh jawab terus.

Saya tak pasti daripada mana definisi dakwah yang saudara ambil. Nak kata daripada al-Quran atau hadis, tak mungkin. Kalau saudara kata salah satu cara dakwah ialah sebagaimana azan dilaungkan, boleh juga diterima sedikit. Tapi kalau kata "dakwah sebenar ialah sebagaimana azan", amat sukar untuk diterima. Apakah maknanya orang Islam hanya melaungkan azan saja untuk berdakwah? Lain cara tak boleh? Kalau begitu, bagaimana pula dakwah dengan keluar beberapa hari tertentu? (Maaf, saya tak berniat untuk condemn cara dakwah sesuatu kumpulan...)
Kalau saudara maksudkan dengan "dakwah sebenar ialah sebagaimana azan" itu ialah kita hendaklah berdakwah mengajak kepada kalimah tauhid, maka ia boleh diterima. tetapi mengajak kepada tauhid tidak semesti secara azan sahaja. Apakah saudara faham, tidak boleh mempelbagaikan cara dalam berdakwah? Adakah saudara sangka Rasulullah s.a.w. hanya berdakwah dengan azan sahaja?

Memang tulisan2 saya tak serupa dan tak sama dengan azan, sebab saya ada cara yang pelbagai dalam berdakwah. Tiba waktunyanya, saya juga laungkan azan. Tapi bukan setiap masa nak azan.

Betulkah tak ada orang marah bila azan dilaungkan. orang yang sakit hatinya akan marah juga. Ada orang Islam yang benci mendengar suara azan kerana mengganggu tidur, katanya. orang kafir pula, ada yang tak marah dan ada yang marah. Ada yang marah sehingga tak membenarkan bunyi azan di sesetengah negara.

Kalau ada orang marah dengan beberapa tulisan saya, itu normallah tu. mana ada dakwah kepada kebenaran tak ditentang orang? kalau dakwah tak dimarah orang (sebahagian orang), itu bukan dakwah namanya. Itu 'lu`bah' (permainan) namanya. Biasanya orang tak marah bila diajak bermain-main. Mana ada nabi yang tak dimarah bila berdakwah kepada Allah s.w.t. Semuanya ditentang hebat kerana dakwah, termasuk Nabi Muhammad s.a.w. Jadi kalau ada yang marah, menentang, melawan dalam kerja2 dakwah ni, biasalah. Memang begitu tabiat dakwah yang tak boleh dipisahkan.

Sekian, wassalam `ala man ittaba`a al-huda.