Tahniah Umno dan BN !!!

Seluruh rakyat tertanya-tanya akan peristiwa yg terjadi di sekitar Jalan Kelang Lama sekarang ini. Kalau mengikut lapuran media 'yg tak boleh dipercayai' juga terkeluar dari mulut busuk PM bahawa trajedi tersebut bukannya berunsur perkauman tapi cuma pergaduhan kecil pasal 'pecah cermin kereta' tambah Timb. Ketua Polis Umno. Boleh percaya ke? Siapa percaya 'angkat tangan'!!! Nampaknya apa yg dilaung-laungkan, diapi-apikan dan didoakan oleh Umno dan BN kebelakangan ini bahawa sekiranya melayu tidak bersatu rusuhan kaum seperti 13 Mei akan berulang, nampaknya telah "masin mulut" @ dimakbulkan. Pihak manakah agaknya yg selama ini menghangatkan isu perkauman? (Jangan jawab kuat-kuat, nanti SB dengar, kena cekup pulak!!) Nampaknya Umno telah berjaya dengan kempen perkaumannya, tahniah!!!

Sekalung tahniah lagi kerana Umno dan BN telah berjaya meletakkan pihak polis berkhidmat ditempatnya yg betul dimana berlakunya pergaduhan dan rusuhan( real punya!!!). "Halal ai.. gaji bulan ni"!!!! Bukannya menjadi "perusuh/pesuruh" ditempat orang berhimpunan aman yg hanya meminta keadilan dijalankan dan "perompak siang" dihapuskan.

Akhir kata kepada Umno, BN dan yg sewaktu dgnnya lepas ni 'boleh'lah buat pulut kunyit dan 'bayar niat' atas kejayaan tersebut. Tak lupa juga diucapkan "selamat bertugas kepada anggota-anggota pDrM, jangan lupa bawa banyak-banyak bom asap dan air pancutnya sekali. Cuma tak payahlah ajak ATM sebabnya ATM tak ingin apa yg kamu inginkan.  "Abang buat abang tanggung laa"!!! betultak ATM???.

locos11

Nota webmaster: Bukan sekadar tahniah patut diberikan kepada anak didik Mahathir seperti Norian Mai atau Khir Toyo, tetapi peristiwa pergaduhan di Taman Medan, Jalan Kelang Lama itu beserta dengan peristiwa menembak Balai Polis Guar Chempedak Februari lalu akan menjadi satu faktor mengapa ISA patut dikekalkan. Inilah taktik Mahathir setelah rakyat sekelian lama mahu ISA dimansuhkan. Dengan pengekalan ISA maka musuh politiknya pasti senang dimusnahkan, hanya dengan satu tangkapan yang tidak memerlukan apa-apa sebab, melainkan menunjukkan satu waran, 'anda diperintah tahan di bawah ISA'~Webmaster