Nasihat untuk Umno

Kalau kita amat-amati sejak timbulnya isu pertemuan Umno-Pas mengenai penyatuan melayu ini kita berasa sungguh belas dan kasihan terhadap kesungguhan Umno untuk membuatkan pertemuan ini menjadi kenyataan. Macam-macam pujuk rayu dan tak kurang juga "maki hamun" yg kita dengar ditujukan kepada Pas serta Parti BA. Ini semua akibat kegagalan pertemuan 19 Feb lalu. Seperti yg diketahui dunia, Pas sudah pun kemukakan syarat supaya Umno patuhi tapi semuanya masih sunyi sepi. Tiba-tiba Umno pulak nak letakkan syarat (4 agenda). Nampak sangatlah maha dunggunya Umno ni. Mereka sendiri yg kata dan kita pun tahu yg keempat-empat perkara iaitu Hak Istimewa orang Melayu, Ugama Islam ugama rasmi,  Bahasa Melayu dan mempertahankan Raja-raja Melayu yg hendak mereka bawa tu sudah pun termaktub dalam Perlembagaan Malaysia tanpa boleh di ganggu gugat oleh sesiapa pun. Apakah selama ini orang Umno tak tahu ke? Kalau pun dah tahu, carilah modal lain kalau nak bincang pun. Takkanlah 'Wira Dunia Ketiga' otak takat tu aje!!!???  Kalau payah sangat nak fikir minta bantuan "Professor-professor Kangkung Celur" ( istilah Mahfuz) mesti mereka ni banyak idea. Lagi pun isu ni mereka juga yg timbulkan untuk di"nyanyi"kan oleh Penyanyi tua Dr. M agar rakyat lupa tentang kisah salah guna kuasa, korapsi, kezaliman dan bla...bla...bla...lagi. 

Disini, selaku hamba rakyat inginlah rasanya dikemukakan sedikit panduan untuk pihak Umno lakukan. Janganlah bawa 4 agenda tu kepada Pas untuk dibincangkan bukan apa takut Mahfuz dan Mohamad Sabu "keras perut" sebab dapat dengar "lawak free". Kerana yg bagi pelingkup semua tu bukannya orang lain.... Umno jugaaa.... Takkan selama ini kuasa pemerintahan dan tanggung jawab menjaga perlembagaan itu terletak ditangan Umno maka orang lain pulak nak di salahkan?? Oleh itu disebabkan "benda" ini Umno yg syorkan eloklah dibincangkan dalam Umno sendiri, tak payah campur orang asing.(nanti takut kena jajah pulak!!!) Apa kurangnya Umno, kamu ada Wira Dunia, MT (Majlis Makan Tidoq), Ketua Pemuda/i (Siti Hishammudin @ elek teloq), Ketua Wanita (tok Rafidah D'rambut sarang tabuan), Menteri Hal Ehwal Wanita (Shahrizat D'rambut perang), Ketua Puteri Umno (dengar khabaq nak lantik Umi yg masih virgin - untunglah A.Rahim T), atau lepas ni boleh juga tubuhkan Ketua Budak Umno(terbuka kepada anak yg baru lahir hingga keatas). Kalau masih tak cukup lagi ajak lah sama JKKK setiap daerah dan mukim.

Kesimpulannya :-  Sudahlah tu Umno, tamatkanlah semua sandiwara ini, berpijaklah dibumi nyata, jangan tegakkan benang basah, jangan hampakan bangsa yg seugama dgn mu dan masa depan anak cucu kita nanti. Kepada semua perwakilan yg akan ke PWTC, kamu diberikan kuasa, gunakan kuasa kamu untuk cuba membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran walau pun sedikit.  Janganlah lagi bersubahat dengan orang yg zalim dan bertaubatlah semasa pintu taubat masih terbuka. 

locos11