POLIS BERSEKONGKOL DENGAN REGIM  MAHATHIR

Makin jelas sekarang POLIS kita tak boleh diharapkan lagi. Harapkan pagar, pagar makan padi! PDRM lebih cenderung mempertahankan kedudukan Mahathir dan para2 juaknya. POLIS kita tidak lagi ‘impartial’, tak bersikap professional. Sebaliknya, POLIS sekarang dengan jelas mengikut telunjuk Mahathir. Segala agenda kotor dan keji Mahathir sanggup dilaksanakan semata2 kerana segelintir pegawai2 tingginya telah terlibat dengan bermacam2 penyelewengan, rasuah dan juga konspirasi menjatuhkan DSAI!

Siapa yang menyebut dalam mahkamah bahawa beliau tak jumpa ayat dalam Quran yang menyatakan judi itu haram? Bekas ketua POLIS negara yang sekarang menjadi pengarah syarikat judi! Siapa yang memukul DSAI semasa dalam tahanan dulu? Ketua POLIS Negara sendiri! Dimana ia berlaku? Di Bukit Aman, dalam kawasan POLIS! Siapa yang bersama sama ketua samseng ini semasa DSAI dibelasah? Dua orang pegawai tinggi POLIS, salah seorangnya ialah Yaacub Mat Amin! ! Adakah rawatan diberi kepada DSAI selepas beliau dibelasah di depan dua pegawai tinggi POLIS ini? Dibiarkan DSAI menderita selama beberapa hari tanpa rawatan semasa DSAI dalam penjagaan POLIS!  Satu badan penyiasat ditubuhkan untuk menyiasat kejadian ini yang dianggotai oleh seorang pegawai POLIS tapi laporannya, TAK DAPAT KENAL PASTI SIAPA YANG MEMUKUL DSAI!

Siapa yang mengugut secara menanam peluru dalam laci Dato’ Nalla dulu? POLIS! Pistol jenis lain, peluru jenis lain! Siapa yang mendera dan memaksa Sukma dan Dr Munawar membuat pengakuan bersumpah dulu? POLIS! Siapa yang berbohong dalam mahkamah dulu dengan menukar nukar tarikh Azizan diliwat walhal Tivolli Villa belum lagi siap ketika itu? Seorang pegawai POLIS! Siapa punya kerja mengheret tilam yang kononnya bertompok2 ke mahkamah? POLIS! Macam mana VCD fitnah DSAI yang dirakam semasa Sukma dan Munawar dalam tahanan boleh diedarkan kalau bukan kerja POLIS sendiri!

Kalau nak bongkarkan pekung2 yang dilaku dan ditanggung oleh POLIS kita, memang tak habis! Disebabkan segelintir pegawai2 atasannya yang penuh dengan pekung2 dan bergelumang dengan dosa2, maka mudahlah Mahathir memegang mereka. Nak selamat kena ikut telunjuk dan melaksanakan segala agenda2 kotor yang dicipta oleh Mahathir! Ikut arahan Mahathir,  kalau tidak,  habis pekung2 didedahkan oleh media2 massa yang dikontrol oleh Mahathir. Diaib habis habisan.

Imej dan kredibiliti PDRM kita sekarang berada di tahap yang paling rendah. Habis anggota2 POLIS bawahan diperkudakan kononnya untuk menjaga keselamatan negara tapi sebenarnya  untuk menyelamatkan kedudukan pegawai2 tertentu ini. Kerana dah terlanjur, korup, maka mau tak mau kerajaan di bawah Mahathir sekarang perlu dipertahankan. Kepada segelintir pegawai tinggi POLIS ini, risikonya terlalu tinggi jika  Mahathir tumbang! 

Maka tak hairanlah, tiga jam selepas Pemuda UMNO membuat laporan POLIS, Sdra Ezam pun ditangkap! Kononnya nak mengguling kerajaan.  Tumbang Mahathir, habislah pekung2 segelintir pegawai2 tinggi POLIS ini terdedah!  Bila Pemuda UMNO beraksi lucah dengan melemparkan kata2 kesat yang berbau perkauman di depan Dewan Perhimpunan Cina, POLIS buat2 tak tahu aja! Bila Badan Bertindak Melayu mengeluarkan kata2 kesat berbau perkauman dengan gambar keris berdarah, POLIS buat2 tak nampak! Tapi bila BA membuat ceramah atau perhimpunan aman, POLIS bertindak ganas. Adakah institusi POLIS negara kita ini bebas dan bersikap professional sekarang atau lebih menjurus mengikut telunjuk puak2 tertentu yang sudah tersepit? Yang nyata imej dan kredibiliti POLIS kita sudah hancur diliwat oleh Mahathir dan para konspirators. Disebabkan nila se titik, hancur seluruh institusi PDRM!

BEKAS POLIS