PENCETUS DAN PENAJA RUSUHAN KAUM

Kita sekarang digemparkan dengan insiden insiden berbau perkauman yang sengaja diperbesar besarkan oleh media media tempatan. Siapa penaja dan pencetus insiden insiden perkauman ini? Dari maklumat yang disampaikan oleh  seorang pegawai tinggi dalam PDRM, beliau berkata ‘rakyat perlu berhati hati sekarang  kerana ada rancangan ‘top secret’ yang akan dilaksanakan oleh pihak  PDRM. Atas arahan pihak2 tertentu. Satu rancangan  yang dirancang oleh Mahathir dan puak puaknya dengan ditaja oleh se golongan towkey towkey Cina dan dibantu dan disokong oleh pihak POLIS sendiri untuk mencetuskan huru hara khususnya ketegangan kaum di negara ini’.

Apabila ditanya lebih lanjut, pegawai polis ini berkata, ‘Mahathir memang sudah tersepit sekarang apabila melihat orang2 Melayu sudah tidak menyokong beliau lagi dan kekalahan di LUNAS di mana pengundi pengundi Cina telah terang terang menolak BN ialah satu tamparan hebat yang sungguh memening dan menakutkan beliau. Tambah lagi apabila pihak SUQUI sekarang terang terang menyokong pihak BA dan isu sekolah Cina di Damansara pun disokong oleh pihak BA. Sambil itu, ada pula towkey towkey Cina yang telah menerima banyak habuan semasa pemerintahan Mahathir dan telah bersubahat dalam konspirasi menjatuhkan DSAI sedang merasa ketakutan dengan perkembangan perkembangan yang berlaku di Filipina dan Indonesia.’

Bagaimana pula pihak Polis boleh terlibat? Jawab pegawai tinggi polis ini, ‘Polis  khususnya pegawai pegawai atasan tertentu telah terang terang terlibat dengan konspirasi menjatuhkan DSAI.  Pegawai2 tinggi ini sudah korup dan mempunyai terlalu banyak sangat pekung2! Kerana sudah terlalu kotor, pegawai2 tinggi polis ini sudah dalam tangan Mahathir dan puak2nya.  Imej polis memang sudah habis diliwat oleh puak2 ini.’

‘Jika Mahathir tumbang maka habislah golongan golongan ini. Maka terbongkarlah pekung2 mereka. Disebabkan inilah maka pihak pihak ini tidak ada jalan lain melainkan terus  menyokong dan melaksanakan segala agenda agenda kotor yang dirancang oleh Mahathir dan puak2nya.’

 Tambah lagi pegawai polis ini, ‘jangan terperanjat jika apa yang berlaku di Kampung Medan, Kampung Datuk Harun dan Kampung Lindungan Jaya sebenarnya dicetus oleh pihak polis khususnya SB SB sendiri! Jangan hairan juga insiden insiden di SS2, Petaling Jaya di suatu kawasan perumahan orang2 Cina di mana harta2 penduduk2 keturunan orang2 Melayu dirosakkkan dengan kata2 yang sengaja nak  menyakitkan hati orang2 Melayu, sebenarnya  dilakukan oleh SB SB sendiri.’

Sudah tentu kita tidak boleh pandang ringan pendedahan yang dibuat oleh pegawai tinggi polis ini. Memang masuk akal kerana Mahathir yang sudah tersepit sanggup melakukan apa saja! Isu SAUK, isu SUQUI, isu BBM dan yang terbaru isu perjumpaan PAS dan UMNO kesemuanya ialah ciptaan dan tajaan Mahathir sendiri tapi sayang sekali, semuanya tak menjadi. Sebaliknya, makin ramai rakyat menyampah dengannya. Makin ramai orang2 Melayu lari  dari UMNO. Makin ramai orang2 Cina tak percaya dengan BN. Maka tak hairanlah, sebagai langkah terakhir  untuk menakut nakutkan orang2 Melayu dan bukan Melayu ialah dengan mencetuskan ketegangan kaum! Ini ialah permainan yang merbahaya dan jijik yang dicipta dan dimainkan oleh Mahathir sekarang. Berhati hati!

Apa yang perlu dilakukan? Kita perlu menyediakan minda seluruh rakyat mengenai sandiwara jijik ini ciptaan Mahathir dengan dibantu oleh pasukan polis dan towkey towkey tertentu. Jangan sesekali melatah. Jika boleh kita tangkap mereka yang melakukan angkara2 jijik ini dan dapatkan maklumat siapa yang menaja dan mengarahnya melaksanakan kerja2 kotor ini. Insyaallah, sampai satu ketika kelak, rakan2 dalam PDRM, pegawai pegawai dalam PDRM sendiri yang sudah tidak tahan dengan segala kemungkaran dan penyelewengan dalam PDRM, akan mendedahkan siapa sebenarnya yang terlibat secara langsung dalam mengarah  perlaksanaan kerja2 kotor ciptaan dan tajaan Mahathir ini! 

 

DSP BERSARA