PILIHANRAYA NEGERI

Sarawak dijangka mengadakan pilihanraya negerinya dalam tahun 2001 ini. Bagaimana sentimen rakyat negeri Sarawak sekarang? Dari tinjauan rambang yang dilakukan, majoriti mahukan perubahan. Majoriti tidak tahan lagi dengan karenah Ketua Menterinya. Baik orang Melayu, Melanau, Bidayuh, Iban, Dayak dan Cina, semuanya mahukan perubahan. Inilah sentimen rakyat Bumi Kenyalang sekarang.

Walaupun sentimen majority rakyat mahukan perubahan,  mampukah BN ditumpaskan? Adakah pilihanraya yang akan diadakan, satu pilihanraya yang bersih? Dengan SPR dan POLIS memihak kepada kerajaan yang ada sekarang, besar kemungkinan macam2 tektik kotor akan dilakukan untuk mempastikan kemenangan memihak kepada pihak BN.

Dengan logistik dan infrastruktur yang serba kekurangan di Sarawak, ini lebih memudahkan kerja2 kotor yang akan mereka laksanakan. Pengundi2 hantu akan diguna. Berjuta2 wang akan ditaburkan. Tong2 undi akan ditukar. Nama2 pengundi akan dilesapkan……macam2 lagi! Apa yang berlaku di LUNAS di mana pengundi2 hantu telah cuba digunakan, akan digunakan sewenang wenangnya dalam pilihanraya negeri Sarawak kelak! Di Sanggang, BA tewas kerana tidak dapat mencegah pengundi2 hantu yang telah dibawa masuk 2 hari sebelum hari mengundi! Bukankah semasa pilihanraya umum dulu bekalan eletrik di negeri Sarawak, telah tiba2 terputus semasa pengiraan undi sedang dijalankan?

Sudah pasti, kita tidak boleh mengharapkan satu pilihanraya yang adil dan bersih! No Way! Bersedialah! Latihlah dari sekarang orang2 Melayu, Bidayuh, Melanau, Iban, Dayak dan Cina di negeri Sarawak ini bagaimana nak membanteras penipuan dan penyelewengan  dan mencegah pengundi2 hantu dari mengundi dalam pilihanraya negeri kelak. Kalau ini dapat dilakukan dari sekarang, insyaallah, kerajaan negeri yang ada sekarang akan tumbang! BA akan memerintah Bumi Kenyalang!

ANAK SARAWAK