MAHAFIRAUN semakin tersepit….

Saya tidak memohon maaf kerana kekesatan bahasa yang bakal saya gunakan dalam artikel ini. Namun kekesatan bahasa saya, adalah pada pendapat saya, setimpal dengan perangai barua, bangsat, hina, keji, celaka lagi menjijikkan yang terdapat pada Mahathir laknatullahu alaihi.

Artikel-artikel yang mengutuk dan menghina Mahathir di dalam laman web pro-reformasi bukanlah suatu fenomena yang baru. Hatta, sudah menjadi norma untuk mengutuk si diktator tua itu dalam laman-laman web tersebut yg bertindak sbg suatu wadah untuk rakyat marhaen menyuarakan kebencian mereka saban hari selagi media arus utama terus dilacurkan oleh pemerintah.

Namun tidak putus-putus juga rakyat – yang mahukan keadilan ditegakkan dan kezaliman yang bermaharajalela dewasa ini dihentikan – meneruskan penulisan yang sedemikian sehingga kini, dengan harapan agar Mahathir laknatullahu alaihi menghentikan kegiatan-kegiatan keji beliau. Bagi seorang yang telah terlajak mendayung seperti Mahathir, amat sukar sekali untuk undur, jauh sekali memohon maaf atas kesilapan-kesilapannya.

Hakikatnya, kiranya si bapa Mirzan ini undur – akan punahlah kehidupannya; punahlah kehidupan si pengampu dan pembodek di sekelilingnya; akan terciritlah Kak Mah anak Pak Ali. Gambarkan seketika cek det tiba di mahkamah Jalan Raja dalam keadaan tergari dengan kepala yang tunduk dan muka yang resah. Itu baru mahkamah dunia. Bagaimana pula di padang mahsyar? Mahathir akan diiringi dua malaikat dalam keadaan berbogel untuk dihadapkan kepada Allah azza wajalla. Fikirlah sikit wahai Mahathir si diktator bangsat!

Mahathir kini benar-benar tersepit. Sudah semakin nyaring kedengaran khabar-khabar yang mengatakan Mahathir tidak akan dapat bertahan ‘takhtanya’ lebih dari tahun 2001 ini. Di kalangan ahli perniagaan, pelabur antarabangsa, malah ahli politik sendiri telah mula berlegar-legar jangkaan bahawa Mahathir akan turun dari takhta haramnya dalam tahun ini juga. Saya sendiri tidak cepat ingin mempercayai jangkaan sedemikian kerana saya hanya percaya Mahathir akan berhenti menjadi diktator bagi kerajaan Darul Boleh hanya apabila malaikatul maut datang menjemputnya ke alam barzah.

Langkah Mahathir bersungguh-sungguh untuk mengadakan pertemuan perpaduan dengan PAS adalah antara pementasan sandiwara-sandiwara terakhir yg kini di arahkan oleh pengarah filem Bollywood M.K. Mahathir demi untuk menyelamatkan nyawa politik beliau yg semakin nazak.

Sebenarnya, dalam bulan Mac dan April ini, cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian parti lembu-lembu (UMNO) seluruh negara sedang sibuk mengadakan mesyuarat tahunan, termasuk pemilihan ketua yang baru. Itu pun ada juga cawangan yg mengalami kesukaran amat sangat untuk membentuk ‘quorum’ lantaran tiada lagi ahli yg tinggal dalam parti yg hampir pupus itu. Di kebanyakan mesyuarat tersebut, sudah terdapat usul untuk menendang keluar lembu tua Mahathir sebagai langkah terakhir untuk mempastikan ‘survival’ parti tersebut.

Pemuda UMNO Johor misalnya, sedang menyiapkan strategi untuk mengemukakan usul tidak percaya kepada pimpinan Mahathir dalam mesyuarat tahunannya. Ini dijangka akan disusuli pula oleh UMNO Perak dan UMNO Kedah. Semakin lantang suara-suara kedengaran di peringkat akar umbi yg mahu menyingkirkan si diktator tua itu dari UMNO atas alasan ‘demi masa depan UMNO’.

Langkah-langkah tersebut amat membimbangkan Mahathir – oleh yang demikian isu pertemuan penyatuan Melayu adalah antara usaha beliau untuk mengalihkan perhatian negara agar desas-desus agenda mesyuarat UMNO seluruh negara dapat disenyapkan, biarpun buat sementara waktu. Padahal, apalah yang hendak dibincangkan sangat dalam pertemuan tersebut? Apa dia hak Melayu yang hendak dibincangkan? Bukankah dalam masa pemerintahannya si Mahathir durjana sendiri yg telah mengakibatkan segala hak Melayu terkikis dan hancur?  Apakah pembelaan Melayu yg si Mahathir maksudkan dan kini dilaung-laungkan? Bukankah si mahathir sendiri yg telah menafikan hak rakyat Melayu  Kelantan dan Terengganu? Berapa ramaikah rakyat Kelantan yg telah menderita kerana tidak mendapat peruntukan per kapita dari kerajaan persekutuan?

Memang benar Kelantan miskin di bawah pemerintahan PAS tapi adakah mereka berhutang terok seperti negara ‘kaya’ Kedah? Dan kini berapa ramaikah guru sekolah Agama di Terengganu yg telah tidak dibayar gaji bulanan mereka kerana penindasan kerajaan Mahafiraun yang merompak wang kerajaan Terengganu? Lantaran itu, hak kepala bapak apa yg Mahathir ingin bincangkan dgn PAS? Hak Raja Melayu? Bukankah itu telah diselewengkan oleh si Mahathir bedebah semasa krisis Raja-Raja dalam dekad sudah? Lagi pula, saya sendiri pernah menulis mengenai betapa kesalnya saya ketika pemimpin-pemimpin reformasi ingin bertandang ke Istana Negara untuk menyampaikan memorandum kepada YDP Agong. Apakah yg dapat dibuat oleh baginda Sultan Salahudin yang telah disogok oleh Mahathir? Cukuplah kita biarkan dia dimanja dan dibelai oleh ‘Tuanku’ Aishah dalam keadaan hayatnya yg mencecah waktu maghrib. Telah sekian lama saya tidak pernah mengaminkan doa Khatib tatkala memohon agar dipeliharakan YDP Agong atau Sultan-sultan tertentu di akhir khutbah kedua setiap solat Jumaat.

Terus terang saya nyatakan, hanya Sultan Terengganu dan Kedah sekarang masih mempunyai kehormatan dikalangan rakyat. Yg lain tu, hanya tau ‘mengabihkan boreh’ saja. Apa guna persidangan Raja-Raja Melayu? Apa guna sambutan hari keputeraan Sultan kalau bukan sekadar memberi pingat kebesaran (atau kehinaan?) kepada pengampu dan pembodek? Contoh terkini adalah Harijadi Sultan Selangor kelmarin – apa besar sangatkah jasa Dr Khir sehingga mendapat darjah tertinggi negeri Selangor? Baru setahun dua mengenali politik negeri dan tidak sampai setahun menjadi MB, sudah dikira berjasa besar? Saya pernah juga menyentuh hal ini dalam artikel saya mengenai merit darjah kebesaran tidak berapa lama dulu. Betapa darjah kebesaran persekutuan dan negeri diliwat sewenang-wenangnya oleh pemerintah.

Dewasa ini kita dapat perhatikan betapa media-media lacuran beria-ia kononnya ingin memertabatkan bangsa Melayu. Di penghujung berita TV1 misalnya, akan diselit pantun Melayu. Di TV3 pula, akan diselitkan kata-kata oleh pakar budaya Melayu seperti Azah Aziz mengenai budi pekerti orang Melayu, atau mengenai permainan tradisional, musik asli seperti ghazal dan sebagainya. Hatta, sehingga TV3 sanggup menerbitkan rancangan yg bertajuk ‘cara kita’ untuk menengahkan budaya Melayu seperti dikir barat, congkak, silat dan sebagainya. Alhamdulillah, penerbit di TV3 semuanya bangang belaka kerana menyusun ‘slot’ siaran rancangan tersebut pada jam 7 petang. InsyaAllah, orang yg lebih mementingkan solat Maghrib akan ‘buat tak gheti saja’ terhadap rancangan bahlol seperti itu. Kita bukan bodoh seperti Mahathir. Kita tahu ini semua sandiwara belaka. Ini semua usaha ‘desperate’ seorang diktator yg kakinya sudah tersepit di bawah batu yg besar sedangkan tubuhnya luka teramat parah akibat terjatuh terhumban dari bukit yg telah dihuninya sepanjang 20 tahun yang lampau.

Mengapa setelah 20 tahun baru diungkit kembali tentang hak melayu? Mengapa setelah 20 tahun baru laungan Melayu bersatu dicanang ke sana ke mari? Memang Melayu sudah bersatu – hatta Melayu di Jalan Kelang Lama minggu lalu telah bersatu menentang anasir-anasir pelampau Hindu yg telah berlagak sombong terhadap masyarakat Melayu sehingga mengakibatkan maut dikedua-dua belah pihak. Itu pun pihak berkuasa masih mahu menafikan keadaan yg semakin meruncing di Taman Medan dan Kampong Dato’ Harun. Seorang kenalan yg diam di Taman Dato’ Harun menyifatkan keadaan di situ sebagai Bronx di New York lantaran kehadiran anggota polis serta bunyi siren kereta patrol polis yg begitu gawat sekali. Melayu sudah bersatu di bawah panji-panji Barisan Alternatif – jadi usah membuang masa wahai cek det! Kita semua sudah tahu silap mata murahan cucu padri Kristian keturunan India Kutty. Dan kita tidak akan termakan lagi umpan kamu yg cukup beracun itu.

Sehingga kini, Mahathir si penghina Nabi s.a.w. masih menekan PAS agar menerima jemputannya ke meja rundingan. Namun jemputan tersebut tidak ubahlah seperti saya menjemput orang yang telah saya sepak terajang dan merompak harta benda mereka, ke rumah saya dengan agenda mesyuarat ‘perpaduan’. Adakah munasabah orang yg dijemput saya itu tadi akan datang tanpa sebarang syarat? Apakah tidak mungkin orang yg dijemput tadi mengatakan dia hanya akan hadir dengan syarat barang yg dirompak perlu dipulangkan kembali? Bagaimana mungkin pertemuan perpaduan dapat diadakan tatkala Sdr Ezam Mohd Noor dianiayai sebegitu rupa? Apakah hak Melayu yg ingin dibincangkan jika hak untuk menyuarakan ketidakpuasan hati orang melayu dikongkong oleh polis upahan yg tidak bermaruah?

Cukuplah dengan sandiwara belit kamu wahai cek det lidah bercabang. Ini semua tidak lain hanyalah satu kaedah bagi dirinya untuk mendapatkan jalan keluar secara ‘terhormat’ lantaran kedudukannya sebagai seorang diktator bangsat yg takut untuk didakwa sekiranya jawatan Presiden parti lembu UMNO, dan sekali gus jawatan Perdana Menteri, yg telah dibrahminkan itu terpaksa dilepaskan. Desas-desus kini menyatakan bahawa si mahathir barua begitu terdesak sehingga sanggup untuk menimbangkan beberapa jawatan menteri dan timbalan menteri – termasuk Timbalan Perdana Menteri Kedua – untuk ahli-ahli parlimen PAS sebagai pemanis di akhir pertemuan penyatuan Melayu yg amat-amat diharapkan olehnya agar dapat terlaksana.

Media massa dilacurkan sebegitu hebat agar memberi tekanan terhadap PAS supaya menerima tuntutan pertemuan atas dasar ‘perpaduan Melayu’ tersebut. Namun kita semua sudah arif. Hampir 3 tahun kita memerhatikan betapa Mahathir cemas dan kurang tidor memikirkan masalah yg terpaksa dipikul di atas jasadnya yg sudah berusia 75 tahun. Dia tahu, masanya kian hampir tiba apabila nanti, ada insan yg menunggu untuk mengetahui di jirat manakah jasadnya akan disemadikan sebelum disirami dengan air kencing……

Marhainmuda
12 Mac 2001