Sedikit pandangan tentang Jemaah Tabligh

assalamualaikum,
saya rasa ingin pulak berkongsi ilmu berkenaan jamaah yang dikatakan menolak politik secara total sepertimana yang dikatakan oleh salah seorang sahabat kita.

Dulu saya tidak pernah dengar pun nama jamaah ni jadi saya pun tanyalah pada sahabat-sahabat saya dan ustaz.

maklumat yang saya terima banyaklah juga tapi masih belum mencukupi. saya berhasrat untuk mengikuti jamaah ni 'keluar di jalan Allah'. cuma mungkin belum masanya. saya bukan memburukkan jamaah ni tapi sekadar nak berkongsi ilmu sahaja.

apa yang saya tahu jamaah ni berasal di india dan diasaskan oleh maulana ilyas. matlamat utama jamaah ni ialah mengajak umat islam menghayai kebesaran Allah dan mengikut sunnah rasulullah.

namun apayang menghairankan saya ialah ada sesetengah amalan jamaah ni yang tidak sepadan dengan sunnah rasulullah saw. contohnya keluar di jalan Allah. saya ada terdengar salah seorang ahli jamaah ini yang mengatakan sehari keluar di jalan Allah adalah lebih baik daripada berdoa di dalam hijr Ismail pada malam Lailatul-qadar. saya ada mencari hadis berkenaan perkara ini namum jawapannya begitu memeranjatkan. hadis tersebut menyebutkan sesaat menjaga sempadan antara pasukan islam dan pasukan kafir ketika peperangan adalah lebih baik daripada berdoa di dalam hijr ismail pada malam lailatulqadar. Rujuk kitab Jamius Saghir.

selain itu saya ada dengar ahli yang lain kata rasulullah berjalan di setiap lorong dan mengetuk setiap pintu yang ada di mekah dan berkata kebesaran Allah. saya cuba cari hadis berkaitan perkara ini namun masih belum jumpa. tapi saya masih fikir rumah yang ada di mekah banyak rumah orang kafir tapi bagaimana mereka ketuk rumah orang islam dan kata kebesaran Allah. ini mengubah sunnah rasulullah.

dan bayak lagi perkara yang pelik yang saya dapati ketika saya mengikut jamaah ni.

yang penting setiap perkara yang dikatakan sunnah mesti diikuti dengan hadis dan Al-quran sebagai bukti.

sekian wassalam