JANGAN SETAKAT MENYALAK SAJA

Saya ingin mengingatkan  para saudara reformis yang amat saya hormati.  Janganlah terlalu mudah mengeluar ugutan, tetapi tidak disusuli dengan sebarang tindakan jelas. Semenjak bermulanya era reformasi saya kerap baca ugutan serta ancaman terhadap pihak  penyokong mahafiraun.   Dari para konpirasi seperti ummi, azizan, hakim augustine, fru, polis, ibrahim katak, aziz sam, daim, rafidah, dugong, rahim nor……. dan terbaru zul alwi bangsat.  Setelah anak bini serta saudara kita diperlakukan dengan zalim maka timbul lah ugutan serta ancaman bersertakan nama, alamat dan nombor telefon sasaran ugutan ini.  Sehingga ada ugutan kepada ahli  keluarga  dan sebagainya. Malangnya ugutan para reformis, setakat ini hanya merupakan ugutan seakan anjing menyalak dari jauh tapi tak berani hampiri, apa lagi mengigit.

Maka saya rasa elok kita hentikan sahaja ugutan kosong ini.  Sekiranya kita teruskan, maka para penyokong BN akan mentertawa dan pandang ringan ugutan reformis. Pihak mereka tidak lagi akan takut kepada ugutan ugutan ini dan akan terus berkasar seakan binatang tidak siuman menyerang para reformis dengan alasan paling kecil.

Sekiranya ugutan ini diikuti dengan tindakan jelas maka baru pihak tertentu akan lebih berhati-hati untuk membuka mulut, membelasah, membuat laporan bodoh, menulis berita perbohongan, menabur fitnah dan sebagainya.

Maka buktikan kesungguhan dan  tunjukan dengan nyata perasaan marah, perasaan tidak puas hati, mempertahan maruah kita, tidak boleh diperbodoh dan diperlaku sesuka hati mereka……  Lawan memang tetap lawan…… tetapi  BILA HENDAK MENGIGIT???

daripada 

GIGIT BN SEGERA

Nota webmaster: Memang benar saya dapati adanya tersiar tentang ugutan tersebut, tetapi tidak disiarkan dalam laman ini. Kita amat menghormati perjuangan yang berhemah, walaupun kadangkala kita akui terpaksa bersikap 'kurang ajar' sikit...~Webmaster