MGG5501

Perundingan  Perpaduan Yang Semakin  Bercelaru
(MGG:  Disunity  Over Malay  Unity  Talks)

Perdana  Menteri  berlagak  laksana tikus  terkepung.  Sekarang ini  ucapannya   hanya  tertumpu  kepada  kepentingan  mengadakan  perundingan  mengenai  perpaduan  Melayu.  Dia  terus  menonjolkan  alasan  yang  lemah  dalam hal itu, sambil  melembutkan  pendirian  UMNO  terhadap  PAS. Tipu helah  UMNO di  tahap  awalan  telah disambut oleh PAS  dengan  meletakkan  beberapa  syarat  yang  tidak  mungkin  dapat  dipenuhi  oleh UMNO  tana  menjatuhkan  air muka sendiri. UMNO  memang  menganggap  dirinya  sebagai  sebuah  parti  politik itu boleh  bertukar  rupa  mengikut  selera mereka  daripada  parti  kepada  kerajaan, kini  diminta  untuk  memulangkan  balik  royalti petroleum  Petronas  kepada  Terengganu. Tentu  sekali  UMNO  menolaknya. Kerajaan  PAS  di Terengganu telah pun  menfailkan  kes  di Mahkamah Tinggi Kuala  Lumpur  untuk  mendapatkannya, lantas  menyekat satu  syarat   yang   tidak  boleh   dipenuhi  oleh  UMNO  tanpa  mempalitkan  lumpur  (taik- penterjemah) di mukanya. Kini  UMNO  berkata PAS  boleh  membincangkan kes royalti  itu di hari  perundingan. Tidak mungkin ia  akan  dibincangkan.  Sokongan  akar  umbi sudah lama jauh  perginya daripada  UMNO  terutama sekali kalau perundingan itu tidak akan terlaksana  akhirnya.

Inilah  yang  mendesak  Mahathir  mahukan  perundingan  itu. PAS sudah  menambah agendanya  dan  hanya  bersedia berunding  kalau semua  pra-syarat  dipersetujui.  Kini  Mahathir  berkata, walaupun  hak  keistimewaan  Melayu itu  menjadi  fokus  perundingan “kami  bersedia  berbincang apa  saja  topik  yang  diingini......Sebut  sahaja dan kami (UMNO)  akan  bersedia  menghadirinya.” Untuk  membuktikan keikhlasannya  itu  dia  sanggup  membatalkan   programnya untuk  menghadirkan  diri. Bukan semudah itu  perkara  ini.  Malah, memang  tidak mudah lagi. Kedua-dua  pihak  mesti  bersetuju  dengan agenda  pertemuan.  Tentu  sekali ini  tidak boleh dicapai kerana  pra-syarat yang  dikemukakan belum  lagi dipersetujui. Yang  sebetulnya  sebarang  perundingan  itu  mesti  diendos  oleh  UMNO dan  Majlis Tertinggi  PAS. Begitu  juga  dengan  perundingan  seterusnya. Apa  yang  sepatutnya  merupakan  pertemuan tidak  rasmi antara  dua  presiden parti itu kini  menjadi  satu  perkara  yang  tidak dianggap  begitu  lagi. Sudah  tentu  perundingan  ini akan terencat juga.

Setiausaha  agung  UMNO  dan  PAS   telah  bertemu  tiga  kali untuk menyelesaikan perkara  titik-bengik.  Setiausaha  Agong PAS  mencadangkan pertemuan  terbaru dilaksanakan  di parlimen  pada Mach 19, ketika parlimen  bersidang. Kedua  individu  ini  memang  tidak  berapa  ngam dalam menentukan  pertemuan  yang  akan datang. Bagaimana  tidaknya  kalau perdana  menteri  terus  menyerang  PAS  dan  Keadilan seperti  yang  dibuatnya  di mesyuarat  Majlis Tertinggi  UMNO  semalam,   sebagai  satu  usaha  untuk  menyemarakkan  namanya  lagi dan  cuba  meraih  sokongan   orang bukan  Melayu pula. Isu  sebenar  memang  lebih  besar  daripada  itu:  UMNO  sudah kehilangan  sokongan   akar umbi  dan semakin kehilangan kuasa  politiknya.  Kerana  itu  perundingan itu adalah bertujuan untuk  memperteguhkan keadaan  yang  menekan  itu. Keadaan  tidak  semudah  itu  lagi. Faktor  yang  paling  utama  sekarang yang tidak dapat diduga  oleh  PAS dan UMNO  ialah pemimpin terunggul Keadilan, yang kini sedang dipenjarakan, yang juga merupakan  bekas timbalan  presiden  UMNO merangkap timbalan perdana  menteri, Dato’ Seri Anwar  Ibrahim.  Perundingan itu   mempunyai satu  sasaran  yang  tidak  pun disebutkan. Sasaran  itu  ialah  menentukan  beliau  terus  terpinggir  mengikut kehendak  UMNO  agar  beliau  tidak  melakukan  sesuatu   yang tidak menyenangkan, setidak-tidaknya  selagi  perdana  menteri  yang   ada  masih  berkuasa. Perkara itu mungkin  lebih  senang  disebut  sahaja  daripada  melaksanakannya.

Kini muncul satu  masalah  lagi. Kerajaan  pusat  telah  menafikan  hak Terengganu kepada  royalti  petroleum. Kes   yang difailkan kepada  Mahkamah   Tinggi oleh kerajaan Terengganu terhadap  kerajaan  persekutuan  dan  Petronas tentu akan  membuka banyak pekung  lagi. Daripada manakah punca tabung  Wang  Ehsan?  Parlimen  tidak pernah meluluskannya. Petronas   telah  menghantar jumlah  wang   yang  sepatutnya dibayar kepada  kerajaan  Terengganu   kepada   satu  tabung  dana khas untuk  dihantar pula kepada satu  Tabung  Penyatuan  Terengganu. Dana itu  tidak boleh  digunakan untuk tujuan  lain.  ‘Writ’ yang ada  menunjukkan  betapa  sejak  1978, selama 22 tahun, pembayaran telah  dibuat  secara  tersusun kepada  kerajaan  Terengganu, dan dihentikan apabila  PAS mengalahkan  kerajaan BN  yang   diketuai  oleh  UMNO  pada  pemilu November  1999.  Lebih  Rm7  bilion  telah dibayar. Jumlah ini  adalah bersamaan dengan  75%  hingga 80%  daripada   jumlah  perbelanjaan  kerajaan  negeri.  Masalah yang timbul ada kaitannya  dengan perlembagaan,  perundangan,  kontrak dan  juga politik. Jawapan    kerajaan  pusat   kepada tuntutan itu tentunya  tidak semestinya dibuat di mahkamah.  Ada yang  sengaja  dinyatakan  secara terbuka seolah-olah  mahu memutarkan minda.  Walaupun persidangan perpaduan  itu  dilaksanakan,  perkara  itu akan terbiar begitu  sahaja. 

Tentu  sekali  perdana  menteri  sudah  sedar  akan perkara ini  dan  juga implikasinya. Perkara  ini dilaksanakan  untuk  menghina  PAS.  Kerana  itu  PAS  tidak merasa tertekan  untuk   meneruskan  perundingan  itu sambil  membuat  segala pra syarat yang ia   mahu. Tindakan semacam itu  tentu  dilakukan juga  oleh  UMNO kalaulah  dia mempunyai peluang begitu, tetapi  peluang  begitulah  yang  sudah  tidak  lagi ada padanya.  Tetapi  perundingan  perpaduan itu mesti diadakan  juga  untuk membantu UMNO keluar  daripada  jerat pasir jerlus yang sedang memerangkapnya.   Gambar Perdana Menteri di  majlis Hari Raya  di kawasan  parlimennya  menunjukkan  satu  kumpulan manusia  yang sedikit; yang   dipenuhi  oleh orang-orang tua  dan  muka  anak-anak  sahaja. Himpunan penyokong  UMNO  yang  mudah  menyendatkan dewan sudah  tidak kelihatan. Bandingkan himpunan manusia dalam  majlis tajaan PAS, yang mengikut   taksiran seorang veteran  UMNO adalah laksana satu  jambori.  Himpunan rakyat seramai    25,000 manusia adalah  satu himpunan  biasa  untuk  majlis  tajaan  PAS. Malahan,  pernah terjadi  himpunan semacam itu terpaksa  dihalang   oleh  Polis  kerana  terdapat seramai 400  ahli  UMNO yang mahu  menyertai  PAS  pada   majlis  itu.  Sudah  terserlah  bagaimana  Mahathir dipulaukan  oleh  rakyat  di  kawasannya  sendiri. Malahan, satu  kumpulan veteran UMNO di  Kedah  telah  memanggil  wakil   peribadi  beliau  yang  juga  merupakan bekas menteri besar negeri,  Tan  Sri  Osman  Aroff, betapa   Perdana Menteri  sudah boleh ditumbangkan berdasarkan suasana sekarang. 

Tetapi, apakah  mungkin  perundingan  mengenai  perpaduan  Melayu  itu dapat menyelamatkan beliau  daripada  kemelut  yang menghantuinya?  Tentu  tidak.  Dia sudah terpinggir   dalam  parti  dan  juga  kerajaan, sehinggakan ada  laporan  sumber  yang boleh  dipercayai mengatakan  betapa beliau amat  runsing  kala-kalau  Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi   merencana sesuatu.  Tidak ramai  yang  mempercayai apa  yang dikatakannya kini, melainkan Paklah  memperakuikannya.  Tidak  ada  menteri dan pemimpin kanan  parti yang  sanggup  mempertahankannya  ataupun  memudahkan  tugasnya. Mereka sudah laksana tikus-tikus  di  sebuah kapal yang semakin  tenggelam, bersiap sedia  untuk meloncat sahaja.   Ada   seseorang  yang  sanggup  meniru  gelagat  Hesseltine ketika mengganyang  Perdana Menteri Margaret Thatcher.   Tetapi,  tumpuan UMNO  bukan lagi terhadap   Perdana   Menteri kerana memberikan  keutamaan  kepada  masalah parti. Perdana   Menteri  memang amat pintar  berlagak seolah-olah tidak menyedari perkara  ini. Perundingan  perpaduan  Melayu  itu  sebenarnya  bertujuan menyanggah kredibiliti jawatan  yang  disandangnya  sekarang.  Tetapi, tindakannya  ke arah  itu sudah jauh terlambat.  Dia lebih  sibuk  membiarkan  dirinya  didesak untuk  mengaibkan bekas timbalannya,  Dato’  Seri  Anwar Ibrahim.  Perundingan perpaduan   Melayu  itu mesti didahului  oleh  satu  kemestian  bahawa   Dato  Seri  Anwar   dibebaskan  dulu. Memang tidak  wujud  seandainya ataupun  jikalau  dan  tetapi  dalam  hal  ini.

-MGG  Pillai-
pillai@mgg.pc.my