Golongan yang mengancam negara

Assalamu'alaikum semua,

Article panjang di bawah adalah sebuah article khusus dari Jemaah Al-Quran Malaysia (lebih popular dengan nama Golongan Anti Hadith) sebuah kumpulan sesat dan murtad yang dipupuk oleh UMNO dan dibiarkan hidup subur. Ini bukan fitnah.

Sekitar tahun 1993 Pusat Islam (sekarang JAKIM) telah membuat kertas kerja berkenaan 2 kumpulan yang disyaki mengamalkan ajaran sesat iaitu Al-Arqam dan Anti Hadith. Lapuran terperinci telah diberi kepada Mahathir. Mahathir mengarahkan Hamid Othman supaya bertindak tegas dan serta-merta terhadap Al-Arqam tetapi KIV indefinitely mengenai isu Anti Hadith. Netters boleh mendapat pengesahan dan salinan lapuran ini. Ini bukan di bawah OSA sebab OSA hanya mengawal maklumat dan dokumen kerajaan yang menyentuh keselamatan dan keamanan awam. Sebab itu Ezam sengaja dianiaya oleh UMNO/BN bila dia didakwa dalam kes lapuran rasuah terhadap Rafidah, Daim dan Tajuddin. Dokumen BPR mengenai pengesahan rasuah Rafidah telah dicopkan "Rahsia" hanya kerana kenyataan bertulis Rafidah bahawa dia mempengerusikan mesyuarat pembahagian saham itu atas arahan Mahathir supaya memastikan anak Mahathir juga mendapat pembahagian saham dan mesyuarat itu. Peguam Negara telah menyalah-gunakan cop "Rahsia" hanya untuk menyelamatkan Mahathir dan diri sendiri!

Al-Arqam diwar-warkan sebagai ajaran sesat lebih dahsyat dari Anti Hadith atau UMNO sendiri. Ini hanya disebabkan 2 perkara utama iaitu Al-Arqam lebih banyak amalan Islam (solat, jemaah ekonomi, usrah, pakaian dsb mengikut Sunnah) - Aurad Muhammadiah yang diamalkan itu mungkin menyeleweng. Satu lagi sebab ialah kenyataan Ustaz Ashaari bahawa dia ingin menjadi Perdana Menteri. Inilah last straw bagi Mahathir. Kalaulah Sapok Biki sendiri mengatakan dia ingin dan mampu menjadi PM, maka lumpuhlah badan Sapok Biki dikerjakan oleh SB dan ejen Mahathir lain. Ustaz Ashaari sekarang semi-paralys kerana diseksa secara fizikal dan di inject bahan kimia yang merosakkan sarafnya.

Siapakah yang lebih sesat dan mengancam negara? Sudah tentulah Anti Hadith. Tetapi majoriti ahli Anti Hadith adalah ahli UMNO. Dalam kes Al-Ma'unah, Mahathir menghasut dan menipu rakyat dengan mengaitkan PAS dengan Al-Ma'unah hanya kerana beberapa orang dari mereka adalah ahli PAS. Maka mengikut aturan dan kaedah Mahathir (bukankah penyokong UMNO/BN akan mengikut sahaja apa yang dia kata dan setuju sebulat suara!) maka confirm lah UMNO terbabit secara langsung dan memang mempertahankan Golongan Anti Hadith kerana beratus-ratus GAH ini adalah ahli UMNO.

Tidak sesatkah ism ciptaan manusia seperti kapitalisme, sosialisme dan sekularisme yang diamalkan dan dipertahankan oleh UMNO/BN? Apa pandangan yang berbahagia Sahibul Samahah Astora Jabat, Nakhaei Ahmad, Hamid Zainal Abidin, Hamid Othman, Md  Noh Gadut dll? Cadangan menghapuskan nama Islam dalam pertubuhan (idea dari Turki), sengaja mengelirukan mengenai hukum menutup aurat, amalan fitnah dan saksi palsu, menghina dan membuat lawak terhadap hukum murtad/hudud dan Sunnah Rasulullah dll itu adakah tidak sesat? Bukankah itu amalan dan budaya mereka? Kenapa tak tangkap dan hukum Mahathir dan pengampunya?

Maka awaslah jika menerima e-mail di bawah. Tajuknya sengaja diubah oleh pengirim dan pengedarnya untuk menarik perhatian orang. Walhal tak ada kena mengena dengan KRU. Inilah cara dan budaya yang dipupuk oleh UMNO/BN dan dipromosi dan disokong secara hebat semenjak Mahathir memerintah.

TOLONG SEBARKAN DAN SPAM PERINGATAN INI.

Dollah Badui