Arahan Ketua Polis Selangor Bercanggah Dengan Kenyataan Timbalan Perdana Menteri

Larangan ke atas sebarang perhimpunan dan ceramah umum di Negeri Selangor yang diumumkan oleh Ketua Polis Selangor bercanggah dengan kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri bahawa keadaan di Jalan Kelang Lama sudah pulih seperi biasa.

Arahan Ketua Polis Selangor ini hanya akan menyebabkan mayarakat menjadi resah walhal rakyat perlu diyakinkan bahawa mereka tidak perlu bimbang.

Sekiranya keadaaan sudah pulih mengapakah larangan ini dikuatkuasakan ?

Pihak Polis di Negeri Selangor sepatutnya tidak memberi peluang kepada penyebar khabar-khabar angin dengan benar-benar membiarkan orang-ramai menjalankan aktiviti mereka seperti biasa.

Dan ini sudah tentunya termasuk membenarkan semua perhimpunan dan ceramah umum.

Jika masih terdapat sebarang larangan dan sekatan maka orang-ramai sudah tentu akan terus merasa bimbang akan keselamatan mereka.


Iskandar Abdul Samad
Setiausaha PAS
Kawasan Ampang Jaya
Selangor D.E.
13 Mac 2001