Ezam dibebaskan

 

13 Mac 2001 17:30 - Sekurang-kurangnya 100 orang pencinta keadilan berhimpun di luar Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sejak jam 9:00 pagi lagi untuk menunggu ketibaan Sdr. Ezam Mohd Nor, Ketua Pemuda KeADILan, yang dijadual dihadapkan ke mahkamah pada hari ini. Antara pimpinan KeADILan yang kelihatan hadir adalah Sdr. N. Gobalakrishnan, Sdr. Lokman Adam, Sdr. Ghani Harun dan Sdr. Zahid Mat Arip. 

Namun begitu, orang ramai hampa kerana sehingga jam 3:00 petang Sdr. Ezam masih lagi belum tiba. Beliau hanya dibawa ke mahkamah tersebut sekitar jam 4:00 petang iaitu selepas waktu pejabat dan semua bank telah tutup. Ini dipercayai sengaja dilakukan oleh pihak polis dengan harapan agar orang ramai sudah pun bersurai dan pulang apabila Ezam tiba. Namun, mereka gagal kerana sehingga petang tadi penyokong-penyokong reformasi dan keadilan masih tidak berganjak dari tempat di mana mereka berkumpul sejak daripada pagi. 

Pada sekitar jam 5:00 petang, Sdr. Ezam telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000. Pada mulanya pihak pendakwa telah meminta ikat jamin sebanyak RM50,000, walaubagaimanapun setelah dirayu, mahkamah telah membenarkan Sdr. Ezam diikat jamin sebanyak RM5,000. Beliau juga telah didakwa dibawah Akta Hasutan dan kesnya akan dibicarakan pada 6 hingga 10 Ogos depan. Alhamdulillah, Sdr. berada dalam keadaan yang baik dengan semangat yang lebih kuat untuk menuntut keadilan di bumi tercinta Malaysia. Beliau dijadualkan akan memulakan ceramahnya yang pertama selepas ditangkap di Pendang, Kedah pada malam esok 14 Mac 2001. Sama-samalah kita hadir beramai-ramai ke program tersebut bagi menunjukkan sokongan kita kepada Sdr. Ezam serta perjuangan reformasi.

 

RE-FOR-MA-SI !!!

 

Membujur lalu melintang patah,

Namun REFORMASI mesti diteruskan.

 

Webmaster.