MGG5701

Imbas kembali:  Projek  Empangan  Yang Menyimpang
Flashback:  (The  dam’s in  a  mess)

Projek  kontroversi Malaysia berkaitan  pembikinan   sebuah  empangan di Sarawak  sudah  semakin ketara akan keretakannya.  Beberapa  laporan  kecelakaan  di  tapak  binaan dan  masalah  kewangan   yang menghantui  Ekran, kontraktor utama Projek Empangan  Bakun itu  sengaja  dipendam untuk  siaran  media  massa tempatan  yang  memang  dikuasai ketat  oleh  kerajaan.    Seorang wartawan  baru-baru  ini telah  disuruh  pulang  (keluar negeri)   sebaik sahaja   dia pergi  ke tapak pembinaan   untuk  melaporkan  penempatan  semula  9,500 penduduk   yang  kehilangan  perkampungan  mereka. Namun, beberapa penulisan terbaru di internet  oleh  seorang wartawan ternama Malaysia, M.G.G.Pillai   telah   memberikan ruang kredibiliti  kepada berita itu.

Pillai, merupakan anak Malaysia   yang pertama sekali  dianugerahkan  ‘Nieman Fellow in  Jounalism’  oleh  Harvard  University.  Beliau  telah  ditegah   memasuki  Singapura  daripada 1971-1980, dan  satu lagi pengharaman  itu  dikenakan  pada   1990.  Sebagai  seorang  penulis   tetap  di  internet  newsgroup, Pillai  memang  sudah  biasa  dengan pelbagai  kontroversi.   Analisis tajam  beliau   mengenai   politik  Malaysia   akhirnya  telah  mencetuskan  satu   kes  tuntutan malu  yang  masih   menunggu  keputusan  mahkamah   persekutuan, setelah  mahkamah  rayuan  sudah  pun  memperakukan   keputusan Mahkamah  Tinggi  mengenai   denda   ganti rugi RM2 juta  yang dikenakan  ke atasnya dan lagi  RM100 juta  yang  dituntut  oleh pengerusi Ekran,  Ting  Pek  Khiing.

Petanda awal akan adanya   masalah  dalam  projek Bakun  itu  muncul  d awal  April:  satu  laporan  menyatakan  betapa   Ekran  mungkin   membatalkan usaha   penawaran  IPO (Initial  Public  Offering-  Tawaran  Awalan Saham) kepada   pihak asing dalam Bakun  Hydro-Electric Corp., yang  merupakan  syarikat induk   pengurusan.   Ramai   ketua  projek   mengharapkan  orang asing  akan  membeli  satu   per  sepuluh  daripada  saham  IPO  yang bernilai  US$1.2 bilion  pada bulan  Jun. Sebaliknya, pengurus  dana  pelaburan  merungut, kerana kerisauan kemungkinan terjadinya  pulangan  yang lembab  yang disebabkan  kos  projek empangan  yang  tinggi,  sekitar $5.5.billion.    Para  pelabur  tempatan  terpaksalah   menaikkan    pembabitan  mereka kepada  25%  daripada angka 15% yang  dicadangkan  sebelum  itu. Apabila  ini  berlaku,  bererti  inilah  kali pertama  para  pelabur  asing diketepikan   dalam  satu  terbitan  IPO  dalam pasaran  saham  Kuala  Lumpur. Para  pegawai   Ekran memang  enggan membuat sebarang  kenyataan.  Pengerusi  Ekran,  Ting  Pek Khiing   masih  pula   mengatakan  betapa  saham  yang  diperuntukkan  kepada  pelabur  asing  sudah  dilanggan   berganda kali.

Beberapa   desas-desus yang  bertiup  kencang tetapi  dinafikan  oleh  Ekran, telah  menyebut  betapa   beberapa  pekerja  telah  diperangkap dalam satu peristiwa  tanah  runtuh   ketika pembinaan  terowong. Para  saksi  di  tempat  bencana  itu  telah  melapurkan  10  kematian -  6  kematian  membabitkan  pekerja  Korea  dan  4   rakyat  Malaysia. 

Dengan  adanya  sokongan  padu  daripada  pemimpin  kerajaan,    Ting  memang  berani mempertahankan    Bakun.  Kini  dia sudah  mengugut  untuk  menyaman  Pillai kerana  komen  beliau  di internet yang  mempersoalkan  kewajaran membina empangan  itu.

-aduru@pl.jaring.my-

3.3.2001

MT12/3/2001