Tragedi Jalan Kelang Lama...

Assalamualaikum w.b.t

Segala Puji hanya bagi Allah, Tuhan Semesta Alam... Selawat dan Salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w

Rakan-rakan seagama dan sebangsa... Bukanlah tujuan saya ingin menghangatkan isu ini akan tetapi episod tragedi Jalan Kelang Lama telah membuktikan sesuatu. Apa yang pastinya, episod ini memperlihatkan bahawa bangsa melayu (kaum melayu) sebenarnya tidaklah berpecah. Begitu juga kaum india dan lain-lainnya. Isu perpecahan melayu yang digembar-gemburkan itu hanyalah satu daripada propaganda yang ditiupkan oleh pihak Barisan Nasional agar ianya dapat memperkuatkan perikatan mereka.

Dalam banyak kes, kaum melayu tidak sama sekali berpecah. Kalaupun berpecah, mungkin setakat tidak bertegur sapa ataupun tidak menghadiri aktiviti masyarakat setempat. Tapi ini bukanlah isu sebenarnya. Jika kita lihat di bandar-bandar besar seperti contoh di Kuala Lumpur, tegur menegur sesama jiran pun amatlah kurang walaupun jirannya adalah sebangsa dengan mereka. Adakah ini juga satu perpecahan.. Apa yang pastinya, kaum melayu belum lagi berpecah..

Jika kita imbas kembali episod tragedi Natrah, episod tragedi Kampung Memali dan episod tragedi Kampung Rawa 1997, kita akan dapati bahawa orang melayu amat sensitif terhadap isu agama. Walaupun begitu semangat kemelayuan masih amat utuh... Oleh yang demikian perlulah diingatkan bahawa ORANG MELAYU TIDAK BERPECAH, bak kata bidalan, air di cincang tak akan putus.

MELAYU TIDAK BERPECAH, UMNO SAHAJA YANG BERPECAH

Wartawan Laman Ketua Perusuh - (saksi kes Kampung Rawa 1997) 
http://members.xoom.com/ketuaperusuh
 
http://www.4u2ask.cjb.net