Sekatan ceramah di Selangor...tindakan kita!

Oleh :irzaimi

Kerajaan melalui Polis DR Mahathir telah menyekat semua ceramah di Selangor, ini adalah berkenaan dengan kejadian di Kampung Medan dan kawasan sekitarnya. Sama ada kejadian itu dirancang seperti yang digembar gemburkan atau tidak dari segi politiknya Mahathir telah untung, beliau yang begitu terdesak untuk bertemu dengan PAS nampaknya sudah punya alasan yang kukuh untuk bertemu. Dan dari segi lainnya, sekurang kurangnya Mahathir boleh memberitahu dunia yang beliau tidak boleh bersara lagi kerana tidak punya pengganti yang berkelayakan, Dolah Badawi nampaknya telah dilihat sebagai gagal mengawal keadaan, isu yang sepatutnya boleh diselesaikan tanpa meragut nyawa telah menjadi sedemikian parah. Dunia menyaksikan bahawa timbalan Mahathir yang juga Menteri Dalam Negeri, begitu lemah dan tidak layak untuk mentadbir negara.

Dan yang paling menguntungkan Mahathir adalah ceramah umum telah disekat atas alasan keselamatan. Nampaknya beliau bolehlah menarik nafas lega, kalau sebelum ini untuk menutup kes kes penyelewengan Tabung Haji dan KWSP, beliau menuduh kononnya ada usaha terancang yang diketuai oleh Ezam untuk menggulingkannya melalui kekerasan dan rusuhan, atas alasan itu Ezam ditangkap, webmaster dipantau, diugut dan diancam, rakyat ditakutkan kononnya akan ada kes kes seperti di Indonesia, dan reformasi hanya akan membakar negara.

NAMUN BUKAN SATU JALAN KE MEKAH

  Andai kita disekat dan dihalang untuk berceramah, mungkin dalam tempoh yang agak lama, Mahathir harus sedar yang ceramah bukan hanya satu cara kita untuk menyebarkan maklumat pada rakyat. Ceramah hanya antara cara kita untuk bersemuka dengan rakyat. Kita masih punya banyak cara.

1. Beli dan sebarkan vcd vcd ceramah, dan reformasi. Hadiahkan pada kawan kawan vcd vcd yang lama. 2. Salin dan cetak risalah risalah dari laman laman web, sebarkan pada rakan di pejabat dan jiran. 3. Anjurkan ceramah kelompok, Wanita keadilan dan Muslimat PAS harus memainkan peranan aktif dalam ceramah kelompok. 4.Banyakkan program luar, seperti gotong royong, sukan, dan sebagainya. 5. Sebarkan risalah bergerak oleh pimpinan, seperti yang dilakukan semasa kempen nyah Mahathir, turun dari kedai ke kedai, pasar malam dan tempat tempat kunjungan ramai.

  Kita punya banyak lagi cara untuk bertempur dengan Mahathir dan para pengampunya, jangan ingat sekatan dan halangan akan pudarkan semangat kita. Reformasi ini terus kita junjung dan kita semarakkan. Kita lawan dan bertahan. Kita pohonkan pada Allah hancurkan kezaliman dan penindasan. Semoga rakyat sedar dan membuka mata melihat kezaliman demi kezaliman Mahathir diktator tua.

Reformasi ke arah Malaysia yang lebih adil

irzaimi@yahoo.com

------------------------------------------------------- p/s Selamat 'kembali' Ezam! petang keluar, malam terus ceramah, semoga semangat anda terus kuat dan cekal.

p/s kepada semua reformis. esok malam rumah kak wan ada sikit kenduri dan bacaan yassin, lepas tu ada ceramah kelompok. semua dijemput hadir.