KERJASAMA DENGAN BUKAN ISLAM

From: "Khairil Mashi" <*******@hotmail.com>
To: alimuda@hotmail.com
Subject: Sudi kiranya ustaz perjelaskan.
Date: Thu, 22 Feb 2001 14:17:32 +0800

Assalammualaikum.

Sebelum ini saya pernah menanyakan soalan pada ustaz tentang isu carut, terima kasih saya ucapkan kepada ustaz yg sudi meluangkan masa menjawab persoalan saya dan saya amat berpuas hati dengan jawapan yg ustaz berikan. Kali ini sudi lah kiranya ustaz memberi penjelasan sekali lagi persoalan yang akan saya tanyakan. Kali ni saya ingin mendapat penjelasan dari ustaz mengenai isu bersekongkol dengan orang kafir.

Ramai org umno mengeluarkan kenyataan, dahulu pemimpin PAS pernah berkata berdosa kalau kita bersekongkol dgn parti kafir iaitu berdasarkan umno bersekongkol dengan MIC dan MCA tapi saya kurang pasti siapa pemimpin PAS yang mengeluarkan kenyataan tersebut.

Persoalannya sekarang kenapa PAS pula bersekongkol dengan DAP parti yang diterajui oleh Lim Kit Siang? Apa pandangan Ustaz dalam soal ini? Dan soalan saya apakah betul kita berdosa dan boleh menjadi kafir kalau bersekongkol dengan org kafir dlm tujuan utk memerintah seperti umno, mic dan mca sekarang? Bolehkah sekiranya ustaz perjelaskan situasi ini.

Saya dahului ucapan terima kasih kepada ustaz kerana sudi memperjelaskan apa yang saya  kurang jelas dalam sudut Islam.


Jawapan Ustaz Ali Muda

Assalamualaikum sdr Khairil,

Persoalan sdr ini sebenarnya saya telah sentuh dlm beberapa jawapan e-mel yg pernah tersiar di laman Minda Rakyat dan Tranung Kite. Walau bagaimanapun, dengan sedikit masa terluang ini, saya akan cuba perjelaskan semula utk sdr dan mungkin juga org2 lain yg belum faham dan mungkin keliru.

Bolehlah saya simpulkan bahawa persoalan sdr menjurus kpd apakah perbezaan antara pakatan Umno dlm BN dgn pakatan Pas dlm BA? Menurut sdr, dulu pernah ada pemimpin Pas (saya sendiri tak pasti) yg berkata "berdosa kalau kita bersekongkol dgn parti kafir iaitu berdasarkan umno bersekongkol dengan MIC dan MCA", maka bagaimana pula tindakan Pas sendiri yg sekarang ini telah bersekongkol dgn DAP dlm BA? Apa bezanya antara Umno dan PAS?

Sebenarnya isu ini telah dibahaskan dgn panjang lebar oleh ulama Pas seblm memutuskan utk bergabung dlm pakatan BA. Tanpa bertindak mewakili Pas dlm jawapan ini, sukalah saya jelaskan apa yg sebenarnya menjadi asas pergabungan BA ini.

Yg nyata, tiada satu nas pun yg melarang kita bekerjasama utk kebaikan dgn org bukan Islam. Sebaliknya, keumuman  supaya bekerjasama dan tolong menolong dlm kebajikan dan takwa dlm ayat 2 surah al-Maidah itu, merangkumi kerjasama dgn org kafir/non-muslim, jika tujuan kerjasama itu adalah utk kebajikan spt utk menegakkan keadilan, dan membanteras kezaliman tanpa mengira kaum dan agama. Tidak timbul kerjasama antara Pas dan DAP atas dasar Pas meleburkan prinsip perjuangannya. Pas tidak pernah berganjak drp prinsip perjuangannya utk mendaulatkan Islam, w/pun kadang2 terpaksa melayan sedikit kerenah sesetengah pemimpin DAP yg masih belum faham konsep 'negara Islam' yg phobia dgn istilah itu. maka Pas pun menggugurkan istilah 'negara Islam' dlm manifestonya kerana kawan sana terlalu takut dan bimbang dgn istilah itu. Setakat buang satu istilah, pd pandangan saya, tidak mendatangkan masalah pd matlamat perjuangan. Kalau org takut sgt dgn istilah 'negara Islam', tak usahlah guna istilah itu. Dlm al-Quran dan sunnah pun tak ada suruhan supaya menggunakan istilah itu. Yg ada antaranya, amar makruf nahi mungkar. Maka perjuangan Pas atas dasar amar makruf nahi mungkar masih diteruskan w/pun istilah 'negara Islam' itu digugurkan. Utk org yg dah faham dan jelas ttg istilah itu, boleh digunakan dan dijadikan manifesto. Tidak timbul soal hipokrit atau talam dua muka. Kadang2 kita juga gunakan bahasa dan istilah yg berlainan utk menerangkan benda yg sama kpd org yg berlainan kerana disebabkan tahap pemahaman mereka berbeza. Itu saja.

Jadi kerjasama Pas dan DAP atas dasar kebajikan, menegak keadilan dan mencegah kezaliman. Manakala kerjasama Umno dan komponen2 BN atas dasar sekularisme, mengekalkan sebahagian besar peraturan yg penjajah sendiri telah tak pakai lagi dan banyak asas2 Islam tergadai dgn kerjasama itu. Itu bezanya. Sebab itu dikatakan haram bekerjasama dgn parti bukan Islam spt dlm BN. Al-Quran sendiri melarangnya spt dlm ayat yg sama (Al-Maidah: 2) bermaksud: "….dan janganlah kamu tolong menolong dlm perkara dosa dan permusuhan…"

Umno telah bekerjasama (bahkan meminta pertolongan org bukan Islam) utk membuat fitnah zina dan liwat terhadap seorg sdr Islam sehingga terpenjara kini. Sedangkan al-Quran melarang keras menfitnah org lain berzina spt dlm surah al-Nur: 4. Ini adalah kerjasama dosa dan permusuhan sehingga org Melayu berpecah-belah. Inilah contoh kerjasama haram. Banyak lagi contoh kerjasama haram yg lain yg bukan di sini tempat utk menganalisakannya. Org yg faham Islam akan tahu, tapi org Islam yg tak faham Islam akan kata Umno juga parti yg memperjuangkan Islam.

Apa yg dilakukan oleh Pas adalah berdasarkan prinsip al-Tahaluf al-Siyasi, iaitu satu perjanjian politik. Perjanjian spt ini pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w. sendiri di Madinah apabila org2 Yahudi bekerjasama dgn baginda dan org2 Islam utk mempertahankan Madinah drp sebarang musuh. Ini kerjasama baik, maka Islam tak melarangnya w/pun dgn org Yahudi. Kalau baginda s.a.w. tidak menggadaikan prinsip perjuangan Islam, begitu juga Pas. Islam tetap diperjuangkan, bahkan Islam yg dibawa bukan saja utk Pas, tapi utk org2 DAP juga, bahkan utk manusia sekeliannya. Kerana Islam itu agama rahmat utk sekalian alam. Tidak spt Umno yg menyempitkan pemahaman Islam dlm bab kepercayaan, ibadat, munakahat dan sedikit muamalat sahaja. Islam sebg negara, kehakiman, perundangan, khilafah tidak diterima oleh org2 Islam dlm Umno.

Jadi kalau sdr nak tahu bezanya, itulah beza kerjasama Pas-DAP dan kerjasama Umno-BN. Bentuk berbeza maka hukumnya pun berbeza. Yg berbeza bukan pd nama parti bukan Islam itu, tapi terletak pd asas kerjasama itu, adakah utk kebajikan atau kejahatan, atau kejahatan yg bercampur dgn sedikit kebajikan.

Sekian , wassalam `ala man ittiba`a al-huda.