TAG058

Punca  Ketegangan
(Pressure  Point)
By: S. Jayasankaran. FEER  Kuala  Lumpur
Issue-cover  dataed  March  22, 2001.


Menteri Kerja raya  Dato  S.  Samy  Vellu   menangis hiba  di  Universiti   Hospital  pada  Mach  10  yang  lalu.   Dia  cuba  memujuk  seorang  wanita  yang  sudah   naik   histeria   kerana  suaminya  mati  terbunuh dalam  pergaduhan,  agar  tidak  mengebumikan  mayat  suaminya  itu  di jerat  yang  berdekatan  rumah  kediamannya  di sebuah  perkampungan  setinggan. Itulah  kawasannya  di  mana bermulanya  satu  pertembungan  perkauman  yang  membunuh  enam  manusia (setakat  ini –penterjemah)  dan  mencederakan  40  orang  pula.

Titisan  air mata  Samy  memang  berjaya  menguasai  suasana  pada  malam  itu. Mungkin  juga seluruh  Malaysia   turut  menggenangkan  titisan  air mata  bersamanya  kerana  keganasan   yang  terjadi.  Inilah  pertembungan  kaum   yang  mengorbankan  nyawa   sejak  30 tahun  lalu – memberikan  gambaran  betapa  rapuhnya   hubungan  kaum  itu  dalam satu  negara  yang  memberikan  penekanan  kepada   perpaduan  antara  kaum. Kini  muncul  kecurigaan   keadaan  akan  merebak  lebih  teruk  lagi   kerana   orang  yang  dulunya tidak  berfikir  secara  perkauman,  kini akan  mula   berubah  fikiran  dalam  hal  itu,” kata  Saliha  Hasan,  seorang  ahli  sains politik  di  Universiti  Kebangsaan  Malaysia.  Apabila  perkara  ini  berlaku di kalangan orang  Melayu,  ia  akan  menjadi  satu  keadaan  yang  tertekan  lagi.


Satu  minggu yang  berlalu  sejak   pergaduhan   itu  meletus   di pinggir  kota raya menyerlahkan  satu  keperitan  yang  mendalam;  tercetus  sudah  satu   kesangsian   akan  hala  tuju  negara  dalam   keadaan  ekonomi  yang  semakin  lembab  perjalanannya, kegiatan  pasaran  saham  yang   semakin  merudum  dan  ketidaharuan  politik  yang  disebabkan  perpecahan  di  kalangan  orang  Melayu,  yang  merupakan  58%  daripada  jumlah  penduduk  negaranya.   “Orang  ramai  sudah  semakin  mudah  mempercayai  perkara  yang  buruk,” kata  pakar  sosiologi  P. Ramasamy.  “ Berita  angin    membawa  kesan   pantas  yang  memburukkan  keadaan.”


Keganasan  bermula  di salah  satu daripada    enam  perkampungan  setinggan  di  Jalan  Kelang  Lama,  yang  meminggiri   kawasan  kediaman  kelas  menengah   Petaling  Jaya  yang  terletak  di  bahagian  timur  Kuala  Lumpur.    Sekitar  6,000  manusia -  sekitar  90%  darinya  adalah  bumiputera  dan  bakinya   kaum  India  -  menghuni  perkampungan  yang  dipenuhi  sampah  sarap  di  tepi  jalan raya, tanpa  banyak  lampu  jalan  di  malam  hari,  dengan  rumah  kediaman  yang   dibuat  daripada  kayu dan  berbumbung zinc.

Kemiskinan  memang  terlalu  nyata,  seperti  juga   kebajingan  samseng-samseng  dan  pengedaran  dadah yang  berleluasa  terutama  sekali  di kalangan  penduduk   kaum  India.  “Sejak  1991,  kadar  jenayah  memang  semakin  memuncak di  kawasan  itu,” kata   Ramasamy, seorang penduduk   India  di  situ. “Sebenarnya, saya  sendiri  pun   takut  untuk  berjalan-jalan  sendirian  di  kawasan  India  pada  malam   hari.”

Punca   pergaduhan   bermula   pada   Mach  4,   di antara  dua  isi  rumah. Satu keluarga  Melayu  sedang  bersiap untuk  kenduri  kahwin dan satu   keluarga  India  pula  sedang  bersiap  untuk  pengkebumian  salah  seorang  ahli  keluarga  mereka.  Satu  khemah  yang  dipasang  di  atas  jalan raya  di  hadapan  rumah  telah  menghalang  seorang penunggang  motor  yang  sedang  mabuk. Dia  telah  menyepak  beberapa  kerusi di khemah  itu  dan  melarikan  diri ke   sebuah  rumah  yang  sedang  berkabung  itu.   Cermin  kereta  seorang  peniaga India    di  sebuah  kampung  yang  berhampiran  telah  dilastik  secara   tidak  sengaja,  sehingga  mencetuskan   berita  angin   mengenai  pergaduhan Melayu-India.   Laksana   putaran  pedati  yang  menggila  pusingannya,   pelbagai  peristiwa  terjalin  sehinggakan   muncul  kumpulan  bersenjatakan  parang  panjang  yang   mengganas  di  kawasan  perkampungan  dengan   menetak   orang  yang  dianggap  musuh.  Lima  daripada  yang  terkorban  adalah  daripada  kaum  India. Yang  Ke enam  ialah  seorang  pekerja  binaan Indon  yang  disalah cam  sebagai  orang  Melayu.   Polis  telah  menangkap  sekurangnya  184  orang,  sebahagian  besar  di kalangan  mereka  adalah  orang   Melayu.

Ahli  politik  parti  pembangkang   berkata  bahawa  pertempuran  itu  telah  dicetuskan  bukan  disebabkan isu  perkauman  tetapi  kerana   keadaan  tegang  yang  amat  dirasai  oleh   rakyat  marhaen. Mereka   hidup  dengan  serba  kemiskinan  dan  sebagai  rentetan  kepada   pembangunan  yang  tidak  seimbang  sejak  zaman  kemewahan  tahun  1990-an.  Memang  ramai  orang  yang  bersetuju  dengan  pendapat  itu.    “Kalau  saya  terpaksa  hidup  semacam itu,   saya  akan  marah  juga,” kata  seorang   ketua pengarah  sebuah  syarikat  yang  menetap  berjiran  dengan  kawasan   itu.   “Kerajaan  membazirkan  berbilion  ringgit  dengan segala   kemegahan  di  sebuah  bandar  baru  seperti  Putrajaya  sedangkan  kemarahan  rakyat  marhaen  semakin  membara.   Inilah  yang  berbahaya kerana  kumpulan  ini memang   tidak  rugi  apa-apa  lagi.”

Masalah  politik  menyukarkan  keadaan  lagi.  Orang  Melayu  sudah  berpecah  sejak  1998  lagi   ketika  bekas  timbalan  perdana  menteri  Anwar  Ibrahim  dipenjarakan.  Majoriti  orang  Melayu sudah  pun  berpaling  arah  dan  tidak  menyokong  UMNO  lagi, kerana  itulah  parti  yang  dipimpin  oleh  Perdana Menteri  Mahathir  Mohamad.

Mahathir  tidak   lagi  berjaya meraih  sokongan  orang  Melayu  sejak  itu.   Itu  sebabnya  UMNO, sejak  awal  tahun  ini  terlalu ghairah  mahukan  satu     majlis perundingan perpaduan Melayu  dengan  pihak  pembangkang.  – terutama  sekali  dengan  PAS,  sebuah parti  yang  disokong  oleh  majoriti  orang  Melayu.   Para  analis  membuat  pengamatan  betapa  laungan  untuk  berpadu  itu  selalunya   diasaskan  terhadap   serangan  luar – kadangkala  diberi nama (puak Cina  yang  ekstim, misalnya)  kadang kala  tidak  bernama  pula  (kuasa  asing)  -  yang  dikatakan  sedang  mencuba  menghakiskan  hak  keistimewaan  orang  Melayu  yang  sebenarnya  termaktub  dalam  perlembagaan   negara.


Gelagat  UMNO  memberi  penekanan  terhadap  perkauman,  kata  analis  lagi,  memang   mencetuskan  kemarahan  orang.   Itu  sebabnya  ada  pemerhati yang  menyindir  bahawa  keganasan  itu  mungkin  sudah  dirancang.   Ramai orang  yang  meragukan  anggapan  ini.   Tetapi   syak  wasangka  seperti itu   memang  diulang-ulang  juga.   “Adalah  merunsingkan  apabila    orang  bercakap  mengenai  perpaduan  Melayu  tanpa  mengambil  kira  kesannya  kepada  kaum  lain,”  kata  Ramasamy.  “Ini  memberi  gambaran  seolah-olah  kaum  lain  tidak mempunyai  hak  ke atas  percaturan  sistem  hidup negara  ini.”

-S.Jayasankaran-
Kuala  Lumpur

Terjemahan MT