Kenyataan akhbar Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada 11 Mac 2001


Menyeru Mahathir supaya memberi keutamaan untuk menyelesaikan pergaduhan kaum yang terburuk di Malaysia dalam 32 tahun, menghentikan penyebarannya ke kawasan lain dan menubuhkan suruhanjaya penyiasatan untuk mengenalpastikan puncanya dan mencari cara penyelesaian demi mengelak sebarang kebangkitan semula

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad harus memberi keutamaan untuk menyelesaikan pergaduhan kaum yang terburuk di Malaysia dalam 32 tahun, menghentikan penyebarannya ke kawasan lain dan menubuhkan suruhanjaya penyiasatan untuk mengenalpastikan puncanya dan menjalankan cara penyelesaian demi mengelak sebarang kebangkitan semula.

Dalam 2 hari yang lalu, rakyat Malaysia diberitahu oleh pemimpin-pemimpin tertinggi seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, supaya jangan percaya dengan khabar angin dan ini adalah kejadian terpencil dan keadaan di bawah kawalan, tetapi dalam 24 jam yang lalu, jumlah kematian telah bertambah daripada seorang kepada 3 orang, jumlah orang yang ditahan bertambah dari 15 kepada 70 orang, jumlah orang yang cedera bertambah dari 18 orang kepada jumlah yang tidak dipastikan, kejadian sedemikian juga dilaporkan di beberapa kawasan perumahan sesak di Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, Kampung Lindungan, Kampung Medan, Kampung Ghandi, Taman Desa Ria dan Kampung Datuk Harun, serta kawasan luar.

Akhbar hari ini melaporkan jaminan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mohamad Jamil Johari, misalnya akhbar Star pada hari Ahad membuat laporan yang membawa tajuk "Under control - Police arrest 70 and beef up security after clashes". Jika jumlah kematian, penahanan, orang yang cedera dan kejadian yang masih bertambah boleh dianggap sebagai “keadaan sudah di bawah kawalan”, apakah maksudnya apabila “keadaan tidak di bawah kawalan” – adalah ini bermaksud bahawa berpuluh ratus kematian dan beribu-ribu penahanan?

Jaminan Perdana Menteri bahawa polis akan menjaga keselamatan penduduk Kampung Medan dan kawaasan berdekatan di Jalan Klang Lama adalah amat bertentangan dengan percakapan Presiden MIC merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu di Pusat Perubatan Universiti Malaya semasa berhadapan dengan ahli keluarga K. Muneiretham yang meninggal dunia selepas diserang dalam perjalanan balik ke rumah. Beliau berkata:

“Setiap orang tanya saya apa boleh buat. Saya tidak dapat buat apa-apa pada ketika ini kecuali menangis”.
Tugas pertama pihak berkuasa adalah untuk menghentikan kebangkitan pergaduhan dalam kawasan perumahan sesak dan di kawasan-kawasan lain dan memastikan jumlah pergaduhan, kematian dan kecederaan tidak akan bertambah.

Amat mengejutkan selepas pergaduhan di Kampung Lindungan Ahad lalu di antara dua kumpulan, satu kumpulan menyediakan majlis perkahwinan manakala satu kumpulan lagi menyediakan upacara pengebumian, di mana seorang lelaki telah dikelar pada lengannya, 4 buah motosikal terbakar dan cermin beberapa kereta dipecahkan, tetapi polis gagal mengambil tindakan yang berkesan untuk mengelakkan ketegangan yang dapat dihentikan dari awal-awal lagi di kawasan itu. Pergaduhan yang berlaku pada malam Khamis melibatkan 200 orang atas cermin sebuah kereta yang dipecahkan oleh beberapa orang pemuda yang bermain lastik di rumah pangsa Desa Ria.

Kegagalan polis dan kerajaan untuk menghalang pergaduhan kaum itu harus disiasat, tetapi keutamaan harus diberi untuk menyelesaikan pergaduhan dan menghentikan penyebarannya dengan memulihkan keamanan dan keselamatan peribadi bagi setiap orang.

Kerajaan tidak boleh berpura-pura bahawa kejadian ini adalah kejadian kecil kerana pergaduhan itu telah dilaporkan oleh CNN dan media asing di seluruh dunia.
 
Mahathir harus melawat ke tempat kejadian demi memastikan pemulihan keamanan dan keselamatan peribadi dan pergaduhan ditamatkan, serta menunjukkan bahawa walaupun ketiga-tiga kematian adalah orang India, V. Segar, 34, A. Ganeson, 28 (seorang pemandu bas yang diserang oleh sekumpulan orang yang bersenjata parang dan batang besi pada pukul 2 pagi hari Sabtu) dan K. Muneirethnam, tetapi kerajaan masih mengambil berat terhadap kematian itu.

Sebaik sahaja pergaduhan ditamatkan dan keamanan dipulihkan, 3 tugas yang seterusnya adalah seperti berikut: