Kenyataan akhbar Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang di Penang pada 11 Mac 2001


Parlimen harus berjumpa terlebih dahulu sebelum 19 Mac untuk mengutuk tindakan Taliban memusnahkan Buddha Bamiyan

Parlimen harus berjumpa terlebih dahulu sebelum 19 Mac untuk mengutuk tindakan Taliban memusnahkan Buddha Bamiyan.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berjumpa dalam suatu sesi khas untuk menerima resolusi yang menyatakan bahawa perhimpunan agung berasa “terkejut” dengan dasar Taliban yang tidak bertamadun kerana memusnahkan patung Buddha dan menggesa Taliban supaya “mengambil tindakan segera untuk menghalang pemusnahan warisan kebudayaan Afghanistan”.

Jika Perhimpunan Agung PBB dapat berjumpa dalam sesi khas, maka tiada alasan bagi kerajaan Malaysia dan Parlimen berdiam diri semasa pengutukan antarabangsa dituju kepada tindakan Taliban dan seruan supaya pemusnahan itu dihentikan.

Saya bersetuju dengan seruan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Azam Abdul Rahman supaya jangan menyamakan ekstremisme Taliban dengan Islam kerana tindakan Taliban adalah tindakan yang ekstrem dan tidak menggambarkan ajaran sebenar Islam.
 
Walau bagaimanapun, ekstremisme Taliban telah menjejaskan imej Islam dan menjadikan orang Islam sebagai pesalah dan adalah penting pemimpin, cendekiawan dan negara Islam mengutuk tindakan Taliban itu.

Sesi tergempar Parlimen harus memanggil Persidangan Organisasi Islam (OIC), badan Islam terbesar di dunia supaya seluruh dunia Islam akan bersatu dengan dunia bukan Islam dalam Dialog Antara Tamadun PBB yang memupuk toleransi dan pemahaman  antara agama, kebudayaan dan tamadun