AWAS..??? PERANGKAP MAHATHIR@MAHAFIRAUN

Para Pejuang Reformasi dan Pendokong BA perlu berhati-hati serta bersiap bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

AWASI PERANGKAP MUSUH BA DAN RAKYAT MARHAEN.

UNIT PSARAFHQ telah menerima beberapa maklumat dari pihak dalaman ….???? Akibat dari kegagalan projek Kg.Medan… dan media hari ini telah secara lansung memetik kenyataan dari Mahathir@Mahafiraun salah satu punca pergaduhan di Kg.Medan adalah dari tindakan Sdr.Ezam dan Parti Pembangkang sendiri. Fitnah ini akan terus dimainkan oleh pihak media kroni terutamanya Utusan Malaysia sehinggakan rakyat menjadi takut serta kelam-kabut. Projek Kg.Medan yang menemui kegagalan telah menjadikan mereka-mereka ini begitu kelam kabut serta menerima tekanan yang amat sangat dari pihak dalam  dan luar negara.

INFO TERKINI - Dari info yg diterima, mereka sedang gigih berusaha untuk merebakkan pergaduhan perkauman (bukan hanya krisis perkauman). Khabar-khabar angin adalah usaha mereka. Rancangannya agar benar-benar tercetus rusuhan kaum untuk membolehkan mereka mengishtiharkan darurat dan Mageran, hanya kali ini untuk memahkotakan Mahathir@Mahafiraun  sebagai kepala rejim tentera yang sah, dan negara ditadbir dibawah rejim tentera seperti di Filipina semasa bawah Marcos dan Indonesia dibawah Suharto. Mageran kali ini bukan lagi sementara seperti yang lepas, tetapi kekal - sebagai rejim diktator yang sah dan kekal. Cemuhan dan ugutan kuasa luar tidak ada erti lagi baginya. Maruah diri sudah hilang sama sekali baginya. Apatah lagi maruah negara dan hak rakyat - sudah tidak wujud lagi istilah-istilah seperti ini dalam perhitungannya. Bagitu juga UMNO, MT, Bahagian dan Cawangan - kokokan mereka tidak terdengar ditelinga yang sudah ditulikannya itu.

FORMULA MUKTAMAD - Malah, sekarang ini beliau sedang mencari satu formula yang menyeluruh utk menangani semua kritikan dan "duri-duri" ini. Seperti Saddam dan Gadafi, beliau tidak akan peduli apa-apa lagi. Beliau hanya perlu satu helah bagi membuka peluang untuk mengishtiharkan dengan sah dirinya berkuasa mutlak. Sekarang ajen-ajen provokasi mereka sudah mula bergerak secara rapi, menabur fitnah, mengapikan sentimen perkauman. Hanya menunggu "catalyst" pembakar untuk menyalakan api rusuhan besar-besaran. Nyawa, darah dan harta benda rakyat bukan urusan penting baginya. Rakyat berkhidmat untuknya, berkorban untuknya kerana beliau adalah pemimpin agung rakyat, sebagai Mahafiraun yang baik dan beriman (kata Astora Jabat ).

AWAS - agar tidak terjerat dalam perangkap mereka. Demonstrasi BA boleh "diolah" dengan senang oleh ajen-ajen provokasi, menjadikannya satu rusuhan dahsat yang membolehkan beliau mengambil alih semua kuasa. Ingat - kali ini bukan untuk operasi lalang, tetapi mengishtiharkan Mahathir@Mahafiraun sebagai diktator yang sah untuk "menyelamatkan" negara dan rakyat,  justeru itu beliau akan berjaya mempengaruhi rakyat mengiakan perbuatannya kerana dalam masa rusuhan dan ketakutan, rakyat akan terima apa saja agar selamat. Maka akan terjulanglah kepimpinan beliau sekali lagi. BA sekarang yang disanjung oleh rakyat akan dianggap sebagai musuh rakyat; wira-wira dalam BA akan dianggap olih rakyat sebagai penderhaka yang rakus. Cerita sebenarnya hanya akan jadi bahan bacaan generasi esok, tetapi buat hari ini, muslihat Mahathir@Mahafiraun  akan berjaya jika kita semua terperangkap dengan taktik kotor regim zalimnya.

PERINGATAN - kali ini bukan penangkapan orang-orang tertentu dan tidak merupakan pengorbanan atau perjuangan individu. Sebaliknya, kali ini adalah pemusnahan perjuang negara secara total, termasuk DSAI yg telah pun secara tidak langsung diishtiharkan sebagai musuh negara. Risikonya kali ini adalah AMAT, AMAT merbahaya. Mahathir@Mahafiraun  terlalu desperate sekarang - sudah tidak mampu lagi bermain secara politik; sekarang main hentam-kormo dan serang membuta tuli sehaja. Rasionaliti sudah tak diperlukan lagi. Tambahan pula harapannya agar pergaduhan Kg Medan merebak menjadi rusuhan tidak termakbul, jadi akan dicari peluang utk merebakkannya. Seperti kes DSAI - bila tidak terbunuh semasa serbuan di rumah pada 20hb.Sept.1998, maka dibelasah dan kemudian diracun agar mati terus. Risikonya AMAT tinggi sekarang ini.

NASIHAT - lebihkan bijaksana daripada keberanian. Silap langkah negara dan kita juga akan hancur lebur. Keselamatan DSAI dan pemimpin BA serta rakyat wajar diutamakan daripada maruah perjuangan. Peluang memupuk maruah perjuangan dan semangat juang rakyat sentiasa ada tetapi peluang utk DSAI untuk terus hidup amat terbatas. Banyak cara untuk menang perjuangan. Adalah lebih bijak supaya strategi dialih selalu supaya langkah kita tidak mudah dibaca dan ditangani dek pihak musuh. Demonstrasi sekarang ini bukan lagi merupakan satu strategi utama, ia sekarang sudah menjadi satu routine dan pihak musuh sudah boleh baca langkah dan tengkah kita dari A sampai Z. Ubah strategi - cari formula baru, matikan akal bicara mereka dengan apa cara pun. Sekat media kroni dari mempengaruhi rakyat marhaen, tingkatkan usaha memberikan penerangan masalah sebenar negara sehingga keperingkat akar umbi.

CADANGAN - teruskan usaha membuat pendedahan salah laku rasuah serta kezaliman regim zalim Mahathir@Mahafiraun  dan pelbagaikan cara penyebaranya. Seperti program ceramah terbuka dan kelompok; saman institusi-institusi kerajaan diatas kecurangan mereka seperti yang dibuat oleh En. Lim Kit Siang keatas KWSP. Tabung Haji juga boleh disaman, BSN, kerajaan tempatan dan negeri, kementerian, SPR dll. Bagi mereka pening. Perang saraf saperti inilah yang lebih mereka geruni kerana mereka tidak cukup jawapan dan alasan untuk menafikanya. Mereka lebih senang mengunakan senjata kekerasan, dan ini dapat mereka lakukan dalam memusnahkan hak demokrasi rakyat marhaen. Tetapi senjata mental dan saraf, atau psywar, mereka tak cukup kekuatan untuk memeranginya, apatah lagi sekarang ini rakyat dan dunia tidak percaya langsung penerangan mereka. Setiap kali mereka menjawab serangan kita, setiap kali itulah mereka terpaksa "menceritakannya" di media kroni dan lantaran itu ini memberi peluang publisiti pula untuk serangan balas kita. Lapuran polis, saperti juga demonstrasi perlu hadkan buat sementara waktu. Terangkan kepada rakyat marhaen bahawa kita difahamkan bahawa ajen provokasi akan mengambil kesempatan untuk mengapikan rusuhan perkauman semasa demonstrasi aman kita, ini bertujuan untuk memburukan kita, maka kita tangguhkan demonstrasi buat sementara waktu.

PERKAUMAN - lebihkan suara membela kaum India dan Cina. Kita jadikan tragedi turning point bagi kaum India dan Cina menyebelahi BA, saperi mana Suqui menjadi turning point bagi kaum Cina.

INGAT - awasi selalu perangkap musuh BA.

Ingatan penting :- Beberapa pegawai tentera serta polis telah diarah bertemu Mahathir@Mahafiraun dalam minggu ini apabila projek Kg.Medan gagal …. Ejen-ejen provokasi telah ditambah untuk terus menyusup kedalam BA dan menjadi dalang keganasan dalam segala perhimpunan Aman anjuran BA atau rakyat marhaen.

Tingkatkan anggota unit keselamatan dan risik dalaman, pastikan pemantauan dalaman ini benar-benar berjaya, musuh dalam selimut selalunya lebih cekap dari ahli biasa. Musuh dalam selimut ini cukup bijak mempengaruhi ahli BA, seperti dalam Al-Arqam dan Kes Al-Maunah … musuh dalam selimut inilah yang telah menjadikan mereka sebagai militan dan menjadikan alasan kukuh kepada pihak pemerintah untuk mengambil tindakan kepada musuhnya.

Sentiasa cemburu dengan orang yang kita percayai, mereka ini mungkin ejen provokasi yang diupah dengan lumayan oleh pihak musuh BA, kawal maklumat dan bahasa dalam membuat kenyataan rasmi semasa ceramah atau kenyataan akhbar, jika kita lalai dan silap…. Point-point yang back-fire ini akan digunakan untuk memerangkap BA.

Salam Reformasi dan selamat berjuang mempertahankan demokrasi di Malaysia.

" PSARAF HQ "
16HB.MAC.2001

e-mail kami :- hakrakyat@mymaxis.com.my

REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL