Siapa Pengganas Komunis di Malaysia?

Dulu YAB (Yang Amat Bacul ) Presiden Umno menyamakan Suqiu dengan pengganas komunis kerana hanya disebabkan Suqiu membuat tuntutan yang kononnya mahu merampas hak keistimewaan orang melayu. Sebenarnya 'orang Melayu' bagi Presiden Umno itu adalah dia, anak-anaknya, saudara maranya, kroni-kroninya dan Umnonya. Orang melayu lain sebenarnya dia tak ambil peduli. Apa nak kisah sangat dengan melayu bangsat yang lain hanya "menghabiskan boreh" aje bukankah selama ini dia yang bersusah payah "menjajah" negara ini kenapa orang lain pula yg nak merasa senangnya. Sebagai Pemimpin Wira Dunia sepatutnya dia  dan  "angkatan" nya saja yang layak untuk 'disenangkan'. Orang Melayu lain mesti tahu atau patut bersyukur sahaja di atas kesenangannya itu. Ini kerana sekurang-kurangnya orang melayu boleh berbangga dengan ada nya KLCC, Menara KL, Litar F1 Sepang, KLIA, STAR, LRT, Cyber Jaya, Bakun dan lain-lain "ter...." lagi. Disamping itu juga kita wajib bersyukur kerana kita juga akan berpeluang untuk melawat Putra Jaya terutama "Mahligai Air Mata". His... bukan senang ooo nak dapat tengok tempat yg .... 'gitu-gitu'. Nasib baik Presiden Umno buat kalau tidak kempunan kita, nanti mati mata tak tutup rapat!!!.

Menyentuh kembali akan gelaran "Pengganas Komunis" yg telah dianugerahkan oleh Presiden Umno kepada Kumpulan Suqiu tadi, ada pun darjat yg diberikan itu hanya lah sebagai "hadiah percuma' sahaja kerana sebenarnya Suqiu tak dapat apa-apa pun keatas apa yg mereka tuntut. Jadi kalau Suqiu yg tak dapat menuntut agar hak istimewa orang melayu dihapuskan pun sudah boleh dipanggil pengganas komunis, bagaimana pula panggilan yang patut diberi kepada orang Umno yg diamanahkan menjaga hak orang melayu tapi dia sendiri yg memusnahkan keistimewaan tersebut???

Dua hari lepas kita lihat 'kaki jilat pungkok"  bukan sahaja menyokong ceramah diharamkan di Selangor (pada hal memang dah haram pun) malah menyarankan supaya larangan itu di buat keseluruh negara. Adakah  Malaysia kita ini masih merupakan negara demokrasi setelah media-media disekat dari menyatakan kebenaran, bermacam-macam akta zalim direka serta digunakan sesuka hati, kehakiman dihamba abdikan, mengkritik tidak dibenarkan, keganasan polis direstui dan kini satu-satunya ruang yg masih ada kepada pembangkang iaitu ceramah umum juga hendak dilarang sepenuhnya. Cuma setakat hari ini Ketua Polis Kedah sahaja yg bertindak profesional memberikan kebenaran. Macam mana pula dgn Ketua Polis negeri-negeri lain selain Negeri Selangor Darul takda Ehsan ?. Mari kita tengok... polis negeri mana yg masih berani memberi kebenaran dan masih ada "telur"!!!.

Pendapat kita oleh kerana Umno ketika ini sedang "menghalakan" Malaysia kepada sebuah negara komunis sepenuhnya kerana terbukti sudah merekalah yg merupakan "pengganas komunis" maka adalah dinasihatkan supaya Raja-raja Melayu bersiap sedia untuk turun dari tahtanya sebab tak silap kita Negara Komunis selalunya tidak ada raja dan sekarang ini Umnolah yg "beraja dimata bersultan dihati"

Walau bagaimana pun kita  cuma ada satu lagi harapan besar orang melayu dan rakyat lain bagi menghapuskan "komunis-komunis" ini iaitu dgn kuasa DYMM Yang Di Pertuan Agung ( itu pun kalau Tuanku tak begitu sibuk dgn Permaisuri barunya dan istana yg bakal di bena di Putra Jaya @ rasuah Umno) supaya Tuanku memerintahkan bala-bala tenteranya berjuang untuk menghapuskan "Pengganas dipekan" setelah lama Malaysia kehilangan "pengganas dihutan" dan lagi pun tentera telah diberikan latihan intensif di Bukit Pelanduk baru-baru ini. Sasaran anda kepada yg mempunyai penyakit dulu bolehlah dihalakan pula kepada puak-puak "pengganas pekan" yg berpenyakit ini. Semoga perjuangan anda tidak sia-sia dan berbaloi.

 locos11