Tunggu 2004

Puak-puak Umno semakin berkeping-keping. Inilah yang membuat Mahathir pening. Pergaduhan di Jalan Klang Lama merupakan pengajaran yang paling mahal untuk menunjukkan betapa perpaduan kaum di Malaysia sebenarnya tidak wujud.

Sementara menunggu datangnya saat kejatuhan Umno/BN dalam pilihanraya 2004, Mahathir sedang berusaha untuk memperpanjangkan usia pemerintahannya. Di antaranya dengan mengajak Pas berbincang tentang perpaduan Melayu. Untuk memecahbelahkan Barisan Alternatif, kini mulai tersebar berita di kalangan ahli Umno bahawa Mahathir akan menawarkan jawatan kedua tertinggi negara (sebagai Timbalan Perdana Menteri) kepada presiden Pas, Fadzil Mohd Noor.

Saya tidak nampak tawaran itu akan diterima oleh Fadzil, kalau demikian adanya. Tetapi diberikan jawatan Perdana Menteri, ya mungkin sahaja. Itu pun dengan syarat, majoriti menteri kabinet terdiri daripada tokoh-tokoh Barisan Alternatif.