KESILAPAN GOLONGAN ANTI-HADITH

 

Oleh: Rozi bin Muda, ISIS.

Assalamu'alaikum wrt wbt!

Alhamdulillah!

 

Nampaknya bebanan kerja mulai reda dan dengan keizinanNya saya berharap dapat memanfaatkan ruang masa ini untuk menulis sesuatu. Saya memerhatikan bahawa serangan golongan anti-hadis ini masih sengit, dengan pergerakan mereka yang lebih terancang, menghantar e-mail secara peribadi dengan menggunakan alamat e-mail yang tidak dapat dijejaki (untraceable)! Saya sendiri adalah termasuk dalam kalangan yang sering menerima e-mail anutan mereka dan sengaja saya membiarkan ia berlanjutan supaya saya dapat memerhati gelagat dan mengkaji penyelewengan mereka secara lebih mendalam.

Sayugia juga diberitahu bahawa mereka juga memerhatikan dalam setiap perbincangan dalam msm-net, hizbinet, MISG dan beberapa kumpulan diskusi lain dan mengambil peluang apabila ada ruang untuk mereka menyalurkan tohmahan mereka. Buktinya, apabila timbul isu syi'ah, mereka menulis tentang syi'ah dan perpecahan ummah kerana bergantung kepada ulamak, apabila timbul isu 'airkencing unta' mereka pun turut menyibuk untuk beri komentar mengikut perspektif mereka. Di samping itu,mereka mencerca dan memperli beberapa ikhwan yang terlibat dalam perbincangan tersebut misalnya terdapat e-mail khusus untuk memperli akh Dr. Tanpa Nama, THTL dan memutarbelit hujjah-hujjah yang mereka bawakan untuk kepentingan anutan mereka.

Semakin lama saya mengikuti tohmahan mereka, rasa benci kepada mereka semakin menebal kerana tindak-tanduk mereka yang amat jahat ini.Saya terus mengawal rasa kebencian itu supaya ia dapat dipergunakan sebaiknya, bukan melulu. Maka, setelah memohon pertolongan Allah, saya memutuskan untuk menghuraikan beberapa kesilapan mereka yang menyebabkan mereka sesat, semoga dengan ini dapat menjernihkan sedikit perasaan beberapa ikhwan yang sudah bercelaru dengan tohmahan mereka di samping dapat menyalurkan serba sedikit rasa marah saya terhadap mereka ini kepada suatu tindakan yang bermanfaat. Memanglah mereka ini telah SESAT, bahkan berusaha menyebarkan kesesatan mereka dengan menjadi soldadu kepada Iblis. Mereka adalah syaitan di kalangan manusia dan amat layak dihapuskan, bila saja kita berpeluang. InsyaAllah, saya akan menggariskan beberapa faktor yang menyebabkan mereka sesat dengan membawakan beberapa nas dan memberikan contoh-contoh yang berkaitan dengan faktor tersebut. Doakanlah semoga Allah membantu saya dalam usaha ini...

BismiLlah.....!

Faktor Penyebab Kesesatan Golongan Anti-Hadith

Setelah memerhatikan hujjah-hujjah, tohmahan dan gelagat golongan anti-hadith ini melalui kiriman e-mail mereka serta merujuk serba sedikit kepada maklumat semasa, saya rasakan ada beberapa faktor yang menyumbang kepada kesesatan mereka. Di antaranya:

1) Meninggalkan petunjuk Sunnah.

Bertolak daripada doktrin mereka bahawa "al-Qur'an telah lengkap" (kenyataan ini memang benar tetapi mereka silap dari segi praktisnya), mereka beranggapan boleh belajar sendiri, ambil saja mana-mana terjemahan(rata-rata mereka tak faham pun bahasa Arab), lalu mentafsirkan sendiri mengikut kefahaman mereka. Tindakan mereka ini secara terus menolak fungsi kerasulan, i.e "mengajar/menerangkan" maksud isi kandungan kitab/al-Qur'an tersebut seperti firmanNya yang bermaksud: "(Kami utus mereka itu) dengan (membawa) keterangan dan kitab-kitab. Kami turunkan kepada engkau (Muhammad) peringatan (i.e al-Qur'an), supaya engkau TERANGKAN kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka, mudah-mudahan mereka memikirkannya" [an-Nahl, 16:44].

Sudah tentu para rasul yang merupakan manusia terpilih bukan hanya berfungsi seperti 'robot', menyampaikan saja apa-apa yang diwahyukan tanpa ada penjelasan. Kalau demikian, mengapa pula perlunya rasul sedangkan Allah berkuasa menurunkan terus kitab-kitab tersebut ? Mengapa rasul mesti dipilih dari kalangan manusia sendiri, sedangkan jika malaikat yang diutuskan misalnya, tentu saja manusia lebih takut dan hormat?

Alasannya, seperti yang diterangkan oleh ayat di atas dan beberapa ayat lagi, untuk menerangkan maksud ayat-ayat yang diturunkan pula secara beransur-ansur itu kepada manusia dalam konteks PRAKTIKALnya, tunjuk-ajar daripada manusia contoh(i.e.rasul itu sebagai MODEL, rujuk misalnya QS 33:21, 47:33) kepada manusia umum. Inilah konsep pendidikan yang benar di mana guru mestilah mengamalkan dulu apa yang diajarkannya sebelum ajaran mereka diikuti, bukannya konsep pendidikan sekular sekarang yang memisahkan antara apa yang diajar dengan apa yang ditunjukkan dengan perilaku pengajar (i.e "You follow what I taught you, do not do what I did !") yang nyata sekali mengelirukan dan gagal terutamanya dalam membentuk akhlak terpuji. 

Konsep pendidikan ini telah diamalkan oleh Islam semenjak dari awal lagi, dan diperturunkan dari generasi ke generasi di mana as-sunnah diambilkira sebagai "alat" dan petunjuk utama dalam mempelajari dan memahami al-Qur'an seperti mafhum hadith: "Sebaik-baik hadis ialah Kitabullah(i.e al-Qur'an) dan sebaik-baik PETUNJUK adalah daripada Rasulullah. Setiap perkara baru(bida'ah) itu adalah sesat dan setiap kesesatan itu (sudahnya) dalam neraka" [Sahih Bukhari].

Maka dalam konteks ini, golongan anti-hadis telah melakukan BIDA'AH yang haqiqi, yang sudah pasti membawa kesesatan apabila mereka membelakangkan as-sunnah. Perbuatan mereka adalah contoh penting untuk isu bida'ah kerana amalan mereka ini memang amalan baru, yang tidak pernah diamalkan oleh golongan sebelumnya dan ia jelas bertentangan dengan maksud hadis di atas.Ia bertepatan dengan takrif bida'ah sendiri iaitu: "Suatu amalan baru yang TIADA berpandukan petunjuk nas (sama ada secara terus atau tersirat)". Maka kesan dari perbuatan ini, mereka telah sesat jauh daripada kebenaran. Sehubungan dengan faktor ini, antara contoh kesilapan mereka dalam memahami al-Qur'an, ialah mereka menganggap:

i) Tidak boleh menulis apa-apa lagi berkenaan agama kecuali yang termaktub dalam al-Qur'an:

Antara hujjah mereka ialah ayat 2:79 yang bermaksud: "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan-tangan mereka, kemudian mereka berkata: 'Ini dari sisi Allah!', ...". Begitu juga ayat 3:78, 9:31. Oleh kerana mereka tidak berpandukan as-sunnah, mereka gagal menanggapi KONTEKS ayat-ayat ini yang merujuk kepada tindak-tanduk para rahib dari kalangan ahli kitab yang telah meminda kitab Taurat, Zabur dan Injil dan mengatakan ia termasuk dalam ajaran kitab tersebut. Akibatnya, rosaklah kandungan sebenar kitab-kitab tersebut dengan isinya bercampur-baurantara isi asal dengan 'sumbangan' para rahib yang menjadikan kitab tersebut bukan lagi asli contohnya Bible sekarang yang tidak boleh dipakai lagi.

Manakala para ulamak Islam, tidak pernah berusaha untuk meminda al-Qur'an, apa yang mereka tulis adalah kitab-kitab yang mengandungi maksud dan faham yang diambil daripada al-Qur'an untuk memudahkan orang awam memahami isi al-Qur'an. Ia seumpama "memberi ulasan" kepada kitab Allah, berdasarkan pengkajian dan fahaman mereka yang bertahun-tahun mengkaji kitab tersebut,supaya masyarakat lebih mengerti terhadap maksud al-Qur'an. Mereka tidakpernah mendakwa kitab-kitab mereka sebagai alternatif atau saingan kepadaal-Qur'an. Isi kandungan al-Qur'an tetap kekal tanpa dicampuri atau ditokok-tambah, tidak seperti yang dibuat oleh para rahib ahli kitab. Konteks ayat-ayat tersebut menyentuh tentang usaha para rahib untuk memindadan menokok-tambah kitab Allah, sedangkan tiada seorangpun ulama yang dikaitkan oleh mereka berbuat demikian.

Maka kefahaman mereka terhadap ayat-ayat di atas adalah silap dan kesilapan begini mendorong mereka kepada salah-laku dan tanggapan yang salah terhadap para ulama, lantas mendorong mereka kepada kesesatan.

ii) Ayat 5:77, mereka faham larangan berlebihan dalam agama dalam konteks yang melampaui maksud ayat ini.

Bagi mereka segala apa perbuatan ibadat, kalau tidak ada suruhan khusus dalam al-Qur'an maka ia haram termasuklah amalan-amalan sunat wudhuk (e.g. berkumur-kumur, basuh hidung dll) yang tidak terkandung dalam arahan berwudhuk pada ayat 5:6. Maka jika kita perhatikan faham ini, banyak sekali amalan sunnah ditafsirkan sebagai HARAM oleh mereka padahal semua amalan itu adalah baik sekali untuk menyempurnakan lagi arahan al-Qur'an itu (tanpa memberatinya), alangkah sempitnya fahaman mereka. Padahal, kalau kita lihat terus ayat inipun kita boleh tahu konteksnya. Perhatikan maksudnya: "Katakanlah: Hai AHLI KITAB, janganlah kamu berlebih-lebihan dalam agamamu SELAIN DARI KEBENARAN dan janganlah kamu turut hawa nafsu kaum yang sesat sebelum itu dan menyesatkan kebanyakan (manusia) dan mereka telah sesat dari jalan yang lurus" [al-Maaidah; 5:77].

Ayat ini bermula dengan arahan kepada Rasulullah ('Qul') supaya menyeru golongan ahli kitab supaya mereka tidak bersikap melampau dalam agama mereka dan tersesat seperti golongan TERDAHULU, dan mengajak mereka kembali kepada kebenaran. Golongan terdahulu di sini termasuklah para pengikut Nabi Musa yang berlebihan bertanya Nabi Musa(AS) dalam banyak hal sehingga menyusahkan [rujuk kisahnya pada ayat 67-71 tentang penyembelihan sapi dan ayat 108 sebagai teguran dari Allah, bersikap melampau sehingga melanggar perjanjian dengan Allah(5:13), dan sikap kecintaan dan pemujaan yang berlebihan kepada Nabi Isa(AS) sehingga sanggup meletakkan baginda sebagai 'anak Tuhan'(5:72)]. Inilah yang dimaksudkan sebagai sikap melampau di sini, iaitu keterlaluan dalam melakukan sesuatu sehingga melanggar batasan yang dibenarkan oleh syarak.

iii) Ayat 2:187, yang menyebutkan 'berpuasa sampai waktu malam'.

Mereka menganggap amalan sekarang yang berbuka pada waktu maghrib/senja telah mengingkari maksud ayat ini. Reaksi spontan saya apabila membaca komentar mereka ialah "Aik! Bila agaknya mereka ni berbuka?". Di sinilah antara contoh peranan sunnah menjelaskan bahawa batasan antara malam dan siang itu adalah pada ketika jatuhnya matahari, iaitu pada waktu magrib. Pada ketika ini berakhirlah siang dan bermulalah waktu malam, maka bolehlah berbuka.

Kenyataan sunnah ternyata benar akhirnya apabila dipersetujui oleh kajian ilmu falak/astronomi kerana pada waktu sianghari, sumbangan cahaya dimainkan oleh matahari, maka apabila matahari terbenam, tamatlah siang dan bermulalah waktu malam. Dengan ini juga, sunnah telah mengaitkan hakikat "malam" disini dengan menunjukkannya 'batas antara malam dan siang' dan mengaitkannya dengan banyak ayat lain misal ayat berikut yang bermaksud: "Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam, Dia menundukkan matahari dan bulan, masing-masing beredar, hingga waktu yang ditetapkan ..." [al-Faathir, 35:13].

Pendek kata memang peranan rasul (i.e, as-sunnah) untuk menjelaskan banyak kenyataan di dalam al-Qur'an, bukan pula bermaksud al-Qur'an itu tidak lengkap tetapi manusia dengan kelemahannya mudah keliru seperti yang ditunjukkan oleh fahaman golongan anti-hadith ini. Sebab itulah juga banyak ayat-ayat al-Qur'an menyuruh kita "mentaati Rasul" dan mengambil Baginda sebagai model ikutan. Kenyataan-kenyataan ini merupaka 'clue'/petanda jelas supaya merujuk sunnah.

Dengan menolak kepentingan sunnah ini bukan sahaja menunjukkan keengkaran terhadap perintah Allah, bahkan menolak 'perkaitan'antara al-Qur'an dengan as-sunnah yang menyebabkan al-Qur'an itu lengkap. Menolak ayat-ayat ini bererti menolak sebahagian daripada maksud al-Qur'an itu sendiri, maka tentu sekali fahaman mereka tidak lengkap, bukannya al-Qur'an !

Nyata sekali di sini, oleh kerana golongan anti-hadith menolak as-sunnah, mereka dalam banyak ketika akan keliru dan meletakkan maksud ayat-ayat al-Qur'an bukan pada konteksnya, memahami ayat dalam kefahaman yang salah, meletakkan hukum tidak kena tempatnya, maka inilah punca utama mengapa golongan anti-hadis telah sesat.

Oleh kerana sudah terlalu panjang, elok juga saya berhenti setakat ini dahulu. InsyaAllah, saya akan sambung lagi kupasan ini bila berkesempatan dengan membawakan beberapa lagi faktor sampingan yang mendorong mereka kelembah kesesatan; dengan membawakan lagi beberapa contoh yang saya kumpulkan daripada kiriman e-mail mereka. Semoga Allah membantu saya dan antum semua untuk menggempur fahaman mereka yang SESAT ini. Semoga Allah meredhai usaha saya ini dan membantu saya dan ikhwan semua dalam mencari keredhaanNya.

Ameen!

Wassalamu'alaikum wrt wbt!

Saudaramu dalam Islam: Rozi Bin Muda