(2)

Assalamu'alaikum wrt wbt!

Alhamdulillah!

Serta JZKK buat akh THTL yang memberi peransang kepada saya untuk meneruskan usaha penentangan terhadap golongan anti-hadith ini. Saya juga menunggu reaksi mereka, mungkin serupa dengan reaksi yang diberikan kepada akh Hafidzi MN (saya terima e-mail mereka hari ini), memperli, mencerca dan mengutuk. Baguslah tu, sekurang-kurangnya keburukan mereka semakin terserlah, dan pecahlah tembelang mereka yang selama mengaku berpegang teguh dengan al-Qur'an. Baiklah, sekadar yang terdaya, saya akan sambung tajuk ini...

Faktor Penyebab Kesesatan Golongan Anti-Hadith (sambungan)

Sememangnya, kesilapan induk golongan anti-hadith adalah seperti yangdi gambarkan oleh label yang diberikan untuk mereka, iaitu mereka meninggalkan petunjuk hadith dan sunnah. Inilah faktor pokok yang golongan anti-hadith (from now onward: GAH) sendiri selalu mengelak daripada berhujjah. Mereka gagal memberikan alasan yang konkrit kenapa mereka mengabaikan ahadith sedangkan banyak sekali petunjuk secara terus-terang dalam al-Qur'an sendiri yang menyuruh kita "mentaati rasul", mengambilnya sebagai model, merujuknya sebagai hakim apabila berlaku kekusutan dsbnya. Kita ambil satu saja daripada banyak kumpulan ayat yang terdapat di dalam al-Qur'an untuk direnung, firman Allah (maksud):"Hai orang-orang yang beriman! Ikutlah Allah dan ikutlah rasul dan orang-orang yang mengurus pekerjaan dari kalangan kamu. Kalau kamu berbantah-bantah tentang sesuatu (perkara), hendaklah kamu kembalikan kepadaAllah (i.e. merujuk al-Qur'an) dan rasul (ie. hadith), jika kamu beriman kepada Allah dan hari yang kemudian. Demikian itu lebih baik dan sebaik-baik jalan." [an-Nisaa, 4:59] 

Maka meninggalkan as-sunnah bererti mengengkari ayat ini dan banyak lagi ayat-ayat lain, antaranya an-Nisaa: 65, 80; al-Hasyr:7, an-Nur:63. Pihak GAH ini akan selalu berdolak-dalik dengan membawakan beberapa contoh hadith yang pada kefahaman mereka tak seiring dengan ayat al-Qur'an lalu menghamburkan beberapa ayat-ayat yang berkenaan, yang apabila secara mendalam dikaji, gelagat mereka nyata sekali, mereka tak faham pun apa yang mereka ucapkan itu, bahkan seperti 'parrot' yang tahu mengucapkan sesuatu, tapi tak tahu berfikir dan menghayatinya. Setelah memutuskan bahawa pengabaian sunnahlah merupakan faktor utama kesesatan GAH, izinkan saya menggariskan pula beberapa sampingan dan terbitan dengan membawakan pula beberapa contoh kenyataan sesat mereka yang bersangkutan.

2) Mendalami al-Qur'an bukan dengan Bahasa al-Qur'an

Sebagaimana yang dimaklumi, al-Qur'an diturunkan dalam bahasa Arab. Kenyataan ini ditegaskan berkali-kali di dalam al-Qur'an sebagai suatu tanda dan peringatan penting supaya al-Qur'an tetap kekal dalam bahasa ia diturunkan (rujuk misalnya QS 41:3; 42:7,43:3).

Maka, sebarang terjemahan al-Qur'an ke dalam bahasa lain tidak boleh diakui sebagai setaraf dengan al-Qur'an malahan terjemahan (luaran) manusia semata-mata, membaca terjemahan juga tidak sama dengan membaca al-Qur'an yang asal kerana pembacaan al-Qur'an terikat dengan hukum-hukum tajwid yang bila dijagai dengan baik, seperti satu hadith akan mendapat ganjaran sekurang-kurangnya 10 hasanah bagi setiap HURUF!

Alangkah malangnya apabila pihah GAH mendakwa mereka membaca al-Qur'an tetapi yang dibaca sebenarnya adalah terjemahan cuma, apatah lagi kalau ia terjemahan kontroversi Othman Ali yang bertajuk"Bacaan", yang mana tak lama dulu memberi kenyataan akhbar bahawa beliau sendiri tidak mahir dengan bahasa Arab. Bayangkanlah kalau orang yang mengaku dirinya tak mahir, tapi memandai-mandai menterjemah, tentu saja banyak cacat-celanya. Dan bayangkan pula inilah yang menjadi bahan rujukan puak GAH ini ? Saya ambil misalan kalau seorang yang tak tahu memandu kapal terbang atau bas, sanggupkah kita nak menumpangnya? Pemandu tersebut bukan sahaja membahayakan dirinya malahan kesemua penumpang!

Pokok pangkalnya di sini, merujuk terjemahan sahaja tidak cukup untuk mempelajari al-Qur'an, dan belum boleh dianggap sebagai membaca al-Qur'an. Sayugia diingatkan, memang menjadi lumrah bahasa, setiap penterjemahan bukanlah sempurna kerana mustahil satu bahasa (yang menjadi ciri/identiti/latarbelakang suatu kaum) itu mempunyai keserupaan lengkap dengan suatu bahasa yang lain kerana. Tentu sahaja ada perbezaannya, samaada disebabkan oleh faktor budaya, geografi dan topografi, cara hidup dan berekonomi yang berlainan (ingat maksud pepatah melayu , "Bahasa jiwa Bangsa") yang tak berupaya digarap secara pukal oleh penterjemah, walaupun sehebat mana beliau berusaha.

Apatah lagi di sini kita merujuk kepada bahasa Arab yang daripada pengamatan saya adalah bahasa yang paling lengkap dari segi tatacara nahunya (sesiapa yang belajar bahasa Arab akan faham apa yang saya maksudkan), berbanding pula dengan bahasa Melayu yang masih lemah dalam banyak hal, atau pun jua bahasa Inggeris yang juga masih baru dan tidak sempurna (teringat saya komentar sahabat tentang kelemahan bahasa Inggeris bertajuk "English is a funny language" yang dihantar ke MSM tak berapa dulu). Sebagai contoh mudah untuk hujjah saya di sini, ambil sahaja perkataan melayu: 'padi', 'beras' dan 'nasi'; kesemua perkataan ini diterjemahkan kepada 'rice' sahaja dalam bahasa Inggeris. Kenapa? Antara logiknya, masyarakat melayu adalah petani yang terlibat langsung dalam penanaman padi, maka setiap peringkat: "padi --> beras --> nasi" perlu dibezakan supaya tidak keliru; sedangkan pada masyarakat di sana, padi bukanlah tanaman mereka, kalaupun terdapat di sana, adalah padi yang sudah siap diproses (beras) dan siap untuk dimasak, jadi tak perlu dibeza-bezakan peringkatnya.

Banyak lagi contoh, ikhwan lain boleh tambah. Kembali khusus kepada terjemahan al-Qur'an kepada bahasa Melayu, kita akan dapati banyak perkataan yang biasanya ditinggalkan kekal sebagai bahasa Arab oleh para penterjemah yang berhati-hati kerana mereka tidak mampu mencari bahasa perkataan Melayu yang sesuai untuknya, misalnya 'iman', 'taqwa', 'sabar', 'qadha', 'qadar', 'zakah' etc yang kemudiannya meresap diterima sebagai perkataan bahasa Melayu. Namun begitu, dalam beberapa keadaan, masih berlaku penggantian kata Arab dengan perkataan Melayu yang hasilnya, cakupan bahasa Melayu itu tidak mencakupi keseluruhan maksud sebenar, misalnya perkataan 'tuhan' sering digunakan untuk kedua-dua kata Arab: 'ilah' dan 'rabb', padahal kedua-dua perkataan ini bersifat melengkapi; Yang mencirikan 2 bentuk dasar tauhid(perkataan inipun tiada perkataan bahasa Melayu yang sesuai) iaitu uluhiyyah dan rububiyyah.

Begitu pula perkataan terbitan yang terungkai daripada tatacara nahu bahasa Arab, misalnya penggunaan rujukan khusus (definite article) "al", perbezaan katanama satu/tunggal(mufrad), dua(muthanna) dan banyak (jamak -ini pula kalau ikut nahu Arab berpecah kepada 3 bahagian: muzakkar saalim, mu'annas saalim dan taksir), penggunaan 'lam'vs 'lan', dan macam-macam lagi tatacara yang terperinci untuk membolehkan kita tidak keliru terhadap yang "yang mana merujuk kepada yang mana" dsbnya yang gagal dicakupi kerana kekurangan bahasa Melayu dibandingkan dengan kompleks hukum nahu bahasa Arab.

Kekurangan ini tentu sahaja menyebabkan banyak makna tersirat dalam sesuatu perkataan asal gagal dibawa oleh perkataan terjemahan. Sebagai contoh, lihat sahaja kepentingan perbezaan satu/jamak yang gagal diterjemahan keseluruhannya ke dalam bahasa Melayu oleh ramai penterjemah (boleh rujuk mana-mana terjemahan, saya percaya "Bacaan" juga tidak terkecuali) kerana sifat 'tersirat'nya, misalnya: Ayat 1,surah Ibrahim yang bermaksud:

"Alif Lam Ra. (Inilah) kitab, Kami turunkan kepada engkau, supaya engkau keluarkan manusia dari gelap-gulita (zhulumat) kepada cahaya terang-benderang (an-nur) dengan izin Tuhan mereka (iaitu) ke jalan Yang Maha Perkasa dan Terpuji"

Perkataan "zhulumat" adalah dalam bentuk female-plural (jamak mu'annas) manakala perkataan 'an-nur' pula adalah singular (mufrad) yang berbentuk khusus pula (wujudnya penggunaan definite article).

Kalau ikut terjemahan biasa, yang dapat kita faham hanyalah "tugas rasul itu mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya" tanpa dapat dikupas secara lebih mendalam. Bila diperhatikan perkataan asal, tahulah kita bahawa yang dimaksudkan di sini ialah "membawa manusia keluar dari segala macam kegelapan (i.e. keburukan,kehinaan, kesengsaraan) kepada satu-satunya cahaya (kebenaran) iaitu Islam".

Kefahaman begini akan mudah sahaja diambil apabila kita membaca/memerhati teks al-Qur'an untuk memahami perkaitan dan keterangannya misalnya perkataan 'an-nur' di sini dijelaskan lagi maksudnya pada ayat 32-33, surah at-Taubah, ayat 35-36 surah an-Nur dan ayat 8, surah as-Shaf yang bermaksud  

"Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah menyempurnakan cahayaNya, meskipun orang-orang kafir benci".

Mari kita perhatikan beberapa salah-faham GAH berhubung dengan kelemahan mereka menguasai bahasa Arab ini:

i) " Di dalam ayat 17:110: Allah kata seru ar-Rahman, mengapa pula seru dengan Allahuakbar ?":

Mereka tidak jumpa di dalam terjemahan arahan untuk menyeru/menyebut "Allahu akhbar" kerana ia terlindungdengan perkataan terjemahan (kerana perkataan "Allahu akhbar" tidak muncul secara langsung), lantas mereka mengatakan amalan menyebut "Allahu akhbar" sebagai sesat pada hal banyak sekali suruhan untuk membesarkan Allah di dalam al-Qur'an misalnya ayat 2, surah al-Muddathir yang bermaksud:

"Dan Tuhanmu, besarkanlah!".

Ayat ini adalah suatu ayat perintah (fe'el amar), maka menyebut "Allahu akhbar! (literally : Allah lebih besar/paling besar!)" adalah suatu cara membesarkan Allah melalui perkataan dan sejajar dengan suruhan ayat ini. Oleh kerana tidak faham bahasa Arab, mereka telah tersalah meletakkan hukum, menghukumkan haram pada suruhan yang wajib!

ii) "Cara pengucapan salam: 'Salamun 'alaikum untuk ramai' (6:54) dan untuk seorang 'Salamun 'alaika' (19:47)".

Mereka beranggapan bahawa inilah cara yang dianjurkan oleh al-Qur'an, malahan pengucapan salam secara lain daripada ini bererti engkar kepada suruhan al-Qur'an, maka jadi kafir! Begitulah dangkalnya pandangan mereka, malahan begitu mudah menuduh orang kafir pula, padahal kebodohan mereka sendiri yang tidak faham bahasa Arab, gagal menanggapi maksud khusus atau anjuran bermaksud umum. Isu ini telah disentuh oleh akh THTL dan Abu Hassan Chan (kita merinduinya) dan saya sendiri dulu, iaitu mengikut sunnah, ucapan terbaik ialah "As-salamu'alaikumwarahmatullahi wabarakaatuh!" dengan disertakan beberapa dalil dan penerangan. Apa yang melucukan saya di sini ialah mereka mengambil ucapan Nabi Ibrahim(AS) kepada ayahnya sebagai suatu arahan Allah (19:47), sebab tak faham nahulah ni (grammar Arab), padahal tiada langsung petunjuk ayat ini sebagai ayat suruhan (fe'el ammar).

Satu hal lagi, kalaulah sudah ditetapkan (fixed,cannot be altered) bahawa ucapan

"Salamun 'alaika" ini untuk ditujukan kepada sesiapa sahaja, seolah-olah mereka mengatakan "Allah tidak tahu nahu bahasa Arab", kerana perkataan "salamun 'alaika" ini mengikut aturan nahu bahasa Arab adalah khusus ditujukan kepada seorang lelaki sahaja, sedangkan untuk perempuan sepatutnya "salamun 'alaiki". Amatlah teruk kefahaman mereka ini, sampai membawa implikasi menghina Allah!

Adapun perkataan "as-salamu'alaikum..." seperti yang dianjurkan sunnah dengan hadis yang dibawakan dahulu, ia bukan sahaja memperelokkan pengucapan anjuran QS 6:54 itu kepada

bentuk yang sebaik-baiknya, malahan adalah perkataan yang boleh digunakan untuk umum, tak perlu ditukar untuk sebarang orang.

Kesimpulannya, membaca terjemahan sahaja belum cukup untuk dianggap sebagai membaca al-Qur'an, apatah lagi untuk mendalami maksud-maksud yang tersirat di dalamnya. Membuat tafsiran dengan berdasarkan terjemahan semata-matanyata sekali tidak lengkap dan boleh mengelirukan. Inilah antara faktor sampingan yang menyebabkan GAH semakin gah dengan kebodohan mereka. InsyaAllah bersambung...

Wassalamu'alaikum ...!

Saudaramu dalam Islam: Rozi Bin Muda