(3)

Assalamu'alaikum wrt wbt!

Alhamdulillah!

Dengan limpah kurniaNya dapat saya kembali bersama ikhwan semua dalam medan siber ini. Setelah meneliti kumpulan e-mail yang saya terima, seperti yang dijangka, kali ini saya mula menjadi mangsa celaan dan cercaan daripada golongan anti-hadith (GAH) apabila mesej yang saya tulis didapati 'telah melukai' mereka. Sekali baca, memang hangat juga rasa hati, apatah lagi apabila banyak sekali kata-kata kesat, penghinaan dan label kafir yang dilemparkan sewenang-wenangnya oleh mereka. Tapi menyedari bahawa itulah antara tanda-tanda orang yang sesat (mudah mengutuk dan mencerca orang lain), maka hati saya menjadi tenang kembali. Pada kali ini, insyaAllah saya akan sambung lagi,...

Faktor Penyebab Kesesatan Golongan Anti-Hadith (sambungan)

Pertamanya saya memohon maaf kerana tidak sempat merumuskan hujjah saya tempoh hari berkenaan dengan faktor kedua i.e. membaca al-Qur'an hanya melalui terjemahan. Apa yang saya maksudkan di sini ialah golongan yang CUMA membaca terjemahan al-Qur'an sahaja tetapi telah beranggapan bahawa mereka telahpun membaca al-Qur'an. Sehubungan dengan ini, saya tidak menyukai terjemahan al-Qur'an semata-mata tanpa disertai teks asal kerana ia boleh mengelirukan kita (oleh itu, buku "Bacaan" karya Othman Ali tidak dapat saya akui malahan patut dikeji pula kerana penterjemahnya sendiri pernah menyatakan bahawa beliau "tidak arif tentang bahasa Arab!"), seolah-olah terjemahan itu adalah "alternatif" kepada teks asal al-Qur'an padahal tiada satupun terjemahan yang boleh dianggap setaraf dengan al-Qur'an.

Ayat-ayat al-Qur'an adalah sangat unik, setiap hurufnya mempunyai makna tersendiri, unik dan susunan ayatnya tidak akan mampu ditandingi oleh manusia (rujuk misalnya cabaran Allah melalui ayat 23-24, surah al-Baqarah). Saya bawakan satu lagi contoh bagaimana siratan maksud terselit di dalam bahasa asal al-Qur'an. Kali ini, berkenaan dengan kekuasaan Allah iaitu keupayaan "kun fayakun' sepertimana maksud ayat kedua terakhir surah Yaasin:

"Hanya urusanNya, bila Ia menghendaki (mengadakan) sesuatu, Ia berkata kepadanya : 'Jadilah (engkau)!', lalu jadilah ia" [Yaasin; 36:82].

Bila kita merujuk teks asal, perkataan yang digunakan ialah 'kun' iaitu simpulan huruf 'kaf' dengan 'nun'. Apabila kita sebut sahaja huruf  'kaf' disini, dengan serentak, huruf  'nun' akan menurutinya (sebagaimana urutan abjad alif, ba,ta ) yang mengikut sesetengah tafsir menjadi petunjuk bahawa antara keistimewaan kekuasaan Allah ialah apabila Dia berkehendakkan (iradat) sesuatu berlaku, maka sesuatu itu akan berlaku tanpa ada sedikitpun selang masa! Itulah antara kelebihan Allah diatas makhlukNya, Dia bukan sahaja tidak memerlukan sesuatu untuk mencipta (lain halnya dengan manusia mencipta sesuatu daripada benda-benda yang sudahpun ada) malahan Allah juga tidak beruntukkan masa, bila berlaku iradat Allah terhadap sesuatu maka pada saat itu juga sesuatu itu berlaku.

Inilah antara maksud yang ditunjukkan secara tersirat di dalam perkataan 'kun' tersebut. Banyak lagi contoh lain yang menunjukkan bahawa terjemahan oleh manusia walaupun setinggi manapun ilmunya tidak akan dapat mencakupi kesemua maksud yang tersirat di dalam al-Qur'an. Maka tidak ada satupun terjemahan yang sempurna. Adapun terjemahan biasa yang terdapat di pasaran adalah dialu-alukan kerana ia disertakan dengan teks asal, demi untuk memudahkan sesiapa sahaja mengambil serba sedikit pengertian daripada ayat-ayat yang dibaca. 

Walau bagaimanapun, hujjah saya kekal iaitu, untuk mendalami isi al-Qur'an seseorang itu perlulah mempelajari bahasa al-Qur'an itu sendiri iaitu bahasa Arab. Manakala buku-buku tafsir pula adalah patut dirujuk kerana ia adalah PANDUAN yang diberikan oleh para pentafsir yang sudah bertahun-tahun mengkaji al-Qur'an dan amat mahir dalam ilmu pengkajian al-Qur'an ini. Mereka menghabiskan usia dan tenaga mereka untuk mengkaji al-Qur'an demi untuk membantu ummat memahaminya sebaik mungkin. Maka, inilah yang dimaksudkan dengan rantaian murni ahli sunnah;

"Sebaik-baik hadis adalah al-Qur'an, sebaik-baik pembimbing (guru utama yang mengajarkan al-Qur'an)

adalah RasuluLlah(SAW), kemudian tugas rasul ini diwarisi oleh para ulama" [di sini dalil saya berdasarkan penggabungan sekurang-kurangnya 2 maksud hadis iaitu hadis sahih Bukhari yang dibawakan pada siri 1, dengan hadis "Ulama pewaris para nabi"].

Pada siri ini, mari kita lihat faktor seterusnya...

3) Suka berdebat dan enggan mengalah.

Sengaja saya dahulukan faktor ini pada kesempatan ini  kerana saya dapati mereka masih lagi membawakan hujjah-hujjah lama (cthnya seperti tatacarasalam, tidak membezakan (la nufarriqu) para nabi, etc) walaupun idea-idea mereka ini telahpun dipatahkan secara jelas dan tiada hujjah diterima daripada mereka untuk menolak kembali hujjah yang telah saya kemukakan. Cara mereka tidak lebih kepada memomokkan hujjah saya seperti budak-budak degil yang membebel sendirian apabila disuruh oleh ayah/ibu. Ini juga adalah tanda mereka sebenarnya bukanlah mengajak kita berhujjah untuk mencari kebenaran, tetapi hanya untuk "membuat onar". Mereka masih cuba "menegakkan benang yang basah", walaupun hakikatnya usaha mereka itu hanyalah akan menambahkan kesesatan mereka sendiri. Cara mereka ini, jika diteruskan, tidak akan membawa mereka kepada kebenaran malahan lebih jauh tersesat.

Marilah kita perhatikan beberapa dalil berkenaan dengan sifat berdebat dan berhujjah secara tidak keruan begini:

1. "Barangsiapa meninggalkan perdebatan dalam keadaan keliru (mungkin kalah) dibuat untuknya rumah di pinggir syurga. Dan barangsiapa yang meninggalkan perdebatan sebagai pihak yang benar dibuatkan rumah untuknya di tengah syurga. Sedangkan bagi yang baik budi pekertinya, dibuatkan rumah untuknya di bahagian atas syurga" [HR Abu Daud]

2. "Sesuatu kaum yang memperolehi hidayah tidak akan sesat kecuali setelah terlibat dalam perdebatan" [HR Timidzi]

Apa yang dimaksudkan oleh kedua-dua hadis di atas adalah perdebatan berlarutan yang sudah tidak perlu/patut lagi diteruskan, misalnya apabila satu pihak telah membawakan dalil yang kuat dan tidak disangkal, tetapi satu pihak lagi masih terus berkeras dengan hujjahnya walaupun sudah nyata kedudukan

perkara tersebut. Padahal pada ketika ini, mengikut adabnya, pihak yang kalah perlulah menerima hujjah yang lebih kuat ataupun jika masih kurang puashati, mereka hendaklah menerima perbezaan secara hati yang terbuka. Dengan demikian, perdebatan tidak akan berpanjangan sehingga menyesatkan dengan berlakunya ulangan fakta dan hujjah secara tidak perlu tetapi dengan intonasi yang lebih keras, memungkinkan berlakunya persengketaan walaupun jika isu yang diperdebatkan adalah isu remeh-temeh.

Ingatlah, perdebatan bertujuan mencari kebenaran, bukannya mencari sengketa. Lain pula halnya dengan GAH, mereka bukan sahaja gagal dalam membawakan hujjah secara teratur untuk melawan hujjah-hujjah yang diajukan, tetapi seringkali hujjah balas mereka dibawakan secara tidak keruan (semacam 'machine gun'), dengan menghamburkan ayat-ayat al-Qur'an tanpa penelitian tentang kaitan dan konteks ayat-ayat tersebut dengan hujjah mereka, disertai pula dengan kata-kata kesat, penghinaan dan label yang tidak sepatutnya yang secara jelas menunjukkan betapa busuknya hati mereka dan betapa jauh mereka sesat, bukan sahaja daripada konsep perdebatan yang dibenarkan (i.emuzakarah), malahan cara mereka lebih kepada menghamburkan fitnah jua.

Sikap menghamburkan ayat-ayat al-Qur'an tanpa penelitian dan tidak kena pada tempatnya ini bukan sahaja melanggari etika perdebatan bahkan mencemarkan kesucian ayat-ayat al-Qur'an itu sendiri. Oleh yang demikian, dakwaan bahawa mereka 'membela al-Qur'an' telah dibuktikan sebaliknya oleh cara dan tindak-tanduk mereka sendiri!

Misalnya, isu adab memberi salam. Walaupun sudah berulangkali diterangkan bahawa arahan memberi salam dalam ayat 6:54 itu adalah dalam arahan umum dengan disertakan beberapa dalil yang qati'e, mereka masih tetap dengan pegangan mereka melabelkan 'kafir' kepada sesiapa sahaja yang memberi salam selain yang demikian (i.e "salamum 'alaikum').

Dengan pertolongan Allah, saya menjumpai 2 lagi cara penyampaian salam di dalam al-Qur'an sendiri yang berlainan daripada yang dimaksudkan iaitu:

i) "salamun 'ala manittaba'al huda " – keselamatan untuk orang yang mengikutpetunjuk (Taa Ha; 20:47).

Cara salam ini kalau tak silap saya juga terdapat di dalam kandungan surat Rasulullah(SAW) kepada Hercules sebagaimana tertulis di dalam sahih Bukhari sebagai satu cara memberi tawaran/dakwah/pembuka kata ditujukan kepada mad'u yang belum Muslim.

ii) Malaikat mengucapkan "salaaman", dijawab oleh Nabi Ibrahim (AS),"Salaamun", sebagaimana tertulis pada ayat 25, surah az-Zariyat.

Kenyataan GAH bahawa sesiapa yang mengucapkan selain dari "salamun 'alaikum"sebagai kafir seolah-olah menganggap bahawa Allah sekali lagi bersikap 'double-standard', juga membawa implikasi melabelkan malaikat dan Nabi Ibrahim (AS) sebagai 'kafir'. Alangkah buruk fahaman mereka ini! Sikap DEGIL dan tidak mahu menerima kebenaran hujjah lawan sebaliknya berusaha terus untuk menegakkan fahaman mereka pada saya menjadi pemangkin (catalyst) kepada kesesatan mereka.

Sikap inilah yang ditunjukkanoleh para kafir Quraish apabila cabaran mereka disambut oleh Rasulullah (SAW), untuk membelah bulan dengan tangan/jari Baginda. ApabilaBaginda berjaya melakukan sebagaimana yang dipinta, mereka masih tetap engkar walaupun sebelumnya mereka berjanji akan akur jika Baginda berjaya melakukan sedemikian. Kisah inilah yang menjadi antara intisari latarbelakang turunnya beberapa ayat awal surah al-Qamar (lihat rakaman sikap mereka di dalam surah al-Qamar, ayat 1-7 - untuk keterangan lanjut, rujuk kitab-kitab tafsir).

Sikap degil dan tetap kepada kefahaman sendiri walaupun telah dibuktikan salah inilah yang menandakan seseorang itu telah betul-betul sesat. Iblis laknatuLlah sendiri tahu bahawa dia telah sesat dan salah, tetapi tetapberdegil dengan sikap egonya, malahan berusaha menyesatkan manusia pula untuk mengikut jejak langkahnya. Mereka yang bersikap begini, bagi saya memang patut sangat dihapuskan kerana mereka sebenarnya sudah tenggelam di dalam kesesatan bahkan boleh menyesatkan orang lain pula. Tidak guna berdakwah kepada kumpulan sebegini kerana ia tidak akan membawa mereka ke mana malahan membazirkan masa kita sahaja. Sebagaimana arahan Allah kepada NabiNya (SAW) selepas peristiwa al-Qamar itu, yang antaranya bermaksud:

"Maka berpalinglah engkau daripada mereka. (Pergilah) pada hari menyeru yang menyeru (malaikat) kepada sesuatu yang munkar (i.e. huru-hara Hari Kiamat)";[al-Qamar, 55:6].

Itulah sebabnya saya dan beberapa ikhwan telah menjauhkan diri daripada berhujjah dengan mereka walaupun diminta oleh beberapa netters. Ajakan mereka untuk berhujjah itu hanyalah mencari publisiti murahan untuk promosi ajaran anutan mereka, bukannya untuk mencari kebenaran. Maka tidak perlu lagi dilayan kerenah mereka, malahan kalau ada kesempatan dan peluang, hapuskan mereka sebagaimana maksud hadis sahih Bukhari yang pernah saya bawakan dahulu. Puak GAH tetap degil dengan kefahaman mereka walaupun ditunjukkan dalil yang kuat dan qat'i diambil daripada al-Qur'an yang kononnya mereka junjung. Sikap beginilah yang membawa mereka terus jauh daripada kebenaran, bahkan cuba menyesatkan orang lain pula. Maka sikap suka berdebat beginilah yang perlu dijauhi kerana ia merupakan sifat yang menyesatkan. Teringat saya kisah Syeikh Siti Jenar yang masih tetap mahu berdebat walaupun hampir dipancung oleh Sunan Kali Jaga dalam kisah Wali Songo yang popular (akh Hafidzi, tolong betulkan jika ana tersilap fakta). Mungkin tanpa disedari M. Nasir sendiri (kerana beliau mendedahkan dalam majalah

"Tamaddun" kelu aran Februari, 1998, tujuan beliau hanya untuk duit!), kisah ini terakam dalam lirik lagu

"Tanya sama itu Hud-hud" :

"Oh! Sang algojo..( Siti Jenar berkata kepada Tukang pancung, i.e., Sunan Kali Jaga)

Oh! Nanti dulu..

Berikanku kesempatan akhir ini

Untuk menyatakan kalimah sebenar (masih nak berdebat w/pun dah hampir ajal)

Berikanku kesempatan akhir ini Lai! Lai! Lai! Lai! (perkataan yang mengarut/syirik)"

Maka sepertimana yang telah dilakukan oleh sunan Kali Jaga, jika ditemui lagi golongan sebegini, tak usah layan lagi kerenah mereka. Kalau ada peluang, bunuh saja! Semoga tulisan ini bermanfaat untuk saya dan antum semua. Segala kesilapan adalah disebabkan oleh kejahilan saya jua, harap ditegur. Semoga kita terselamat daripada fitnah GAH dan bermacam lagi fitnah akhir zaman ini. Insya Allah bersambung dengan faktor yang lain pula...

Wassalamu'alaikum ...!

Saudaramu dalam Islam: Rozi Bin Muda