(4)

Assalamu'alaikum wrt wbt!

Alhamdulillah!

Nampaknya kesedaran tentang bahaya dakyah GAH ini telah mula tersebar. Saya mengalu-alukan tindakan ikhwan untuk mengenengahkan isu ini kepada pihak berwajib walaupun setakat kita dapati tindakan mereka tidak begitu serius dalam menggempur puak GAH ini. Namun demikian, sayugia diingatkan lagi bahawa saya tidak suka bersemuka berlawan hujjah dengan puak GAH ini kerana sikap mereka yang seperti yang disampaikan dalam siri 3, bukannya untuk mencari kebenaran tetapi "membuat onar". Apa yang cuba saya sampaikan di dalam siri ini hanyalah beberapa penafsiran terhadap tindak-tanduk mereka yang menyebabkan mereka itu sesat, semoga ia memberikan kesedaran kepada kita terhadap dakyah mereka yang disebarkan dari semasa ke semasa. Saya menyokong sebarang langkah tegas untuk menghapuskan puak GAH ini.Itulah reaksi ringkas saya di atas segala komen/teguran...saya ucapkan JZKK kepada semua yang prihatin. Izinkan saya menyambung semula ...

Faktor Penyebab Kesesatan Golongan Anti-Hadith (sambungan)

4) Menolak Bimbingan Malahan Menghina Ulamak

Faktor ini adalah rentetan daripada usaha GAH untuk menolak panduan as-sunnah, mereka mendakwa koleksi ahadith yang terkumpul secara penuh teliti itu adalah pembohongan yang dibuat oleh ulamak. Maka dalam usaha menolak ahadith, mereka perlu memomokkan ulama dan membuat fitnah bahawa segala hadith itu adalah koleksi pembohongan ulama yang dibuat dengan cara yang cukup terancang, semata-mata untuk mengabui dan memenangi hati pengikutnya. Alangkah jahatnya fitnah ini, tentu sahaja ia terbit daripada hati yang sangat jahat pula.

Adapun, tradisi kita ialah menghormati ulama sebagai pembimbing yang menunjuk-ajar dan memudahkan kita memahami sebarang ayat al-Qur'an, atas sebab ke'aliman mereka yang telah menghabiskan usia dan tenaga mereka mengkaji dan mendalami isi dan maksud di sebalik ayat-ayat al-Qur'an dan as-sunnah. Tugas mereka itu adalah tugas mulia, tugas warisan para nabi kerana tiada lagi nabi di kalangan kita (ingat hadis, "ulama pewaris para nabi"). Maka, tentu sekali, para ulamaklah yang lebih memahami al-Qur'an sehinggakan kita diperintahkan merujuk kepada mereka apabila tidak tahu atau keliru, seperti maksud firman Allah:

"Kami tiada mengutus sebelum engkau (Muhammad), melainkan beberapa lelaki yang kami wahyukan kepada mereka. Sebab itu kamu tanyakanlah kepada ahlaz-zikr, jika kamu tidak tahu" [an-Nahl, 16:43]

'Ahl zikr' pada ayat ini, sesuai dengan zaman yang tiada lagi nabi ini tentulah merujuk kepada golongan yang kehidupan hariannya adalah dalam pengkajian terhadap az-zikr (nama lain untuk al-Qur'an seperti yang dimaksudkan pada ayat seterusnya, 16:44), tetap taat dan setia mengamalkannya, i.e. para ulama yang benar. Bahkan, dinyatakan oleh Allah sendiri bahawa di kalangan manusia, binatang dan segala makhluknya, ulamaklah yang paling takut kepada Allah, sepertimana firmanNya yang bermaksud:

"Setengah manusia, binatang-binatang dan ternakan ada pula bermacam-macam warna seperti itu. Hanya yang takut kepada Allah ialah ulama di antara hamba-hambaNya. Sungguh Allah Maha Perkasa lagi Pengampun." [al-Faathir, 35:28] 

Apabila diajukan ayat ini kepada GAH, mereka berdolak-dalih bahawa yang dimaksudkan dengan ayat ini bukanlah imam as-Shafie, Imam Hanafi, Imam Ghazali, Imam Hambali, Bukhari dan ramai lagi para imam yang menjadi sanjungan dan rujukan ahli sunnah, tetapi ulama "yang benar", tanpa memberi sebarang contoh siapakah "ulama yang benar" yang mereka maksudkan. Soalnya, jika ayat al-Qur'an telah merujuk secara khusus tentang kelebihan ulama, tentu sahaja ulama tersebut mempunyai sumbangan yang jelas terhadap kemajuan Islam, i.e., dalam membimbing ummah. Puak GAH menolak sumbangan para ulama ini malahan menuduh mereka sebagai 'Bapa Syaitan' dan semacam lagi yang cukup hina untuk mereka (semoga Allah melaknat siapa sahaja yang menghina para ulama yang benar ini!).

Dalam pada itu, mereka gagal memberikan sebarang ulama alternatif yang berkaitan dengan ayat-ayat di atas serta menjadi rujukan mereka. Ini menunjukkan pegangan mereka adalah pegangan "di awangan" dan sudah terputus daripada "rangkaian kebenaran" yang bersumberkan Rasulullah(SAW). Bahkan, penafian mereka terhadap fungsi yang dimainkan oleh para ulama memberikan implikasi bahawa ayat di atas tiada nilai dari segi aplikasi, cuma suatu kenyataan yang kosong -- sebagai satu lagi contoh bagaimana GAH telah menghina ayat Allah!

Sedangkan, al-Qur'an yang merupakan kalamuLlah, setiap ayatnya ada mempunyai petunjuk dan aplikasinya, bukannya kenyataan kosong. Kepentingan dan kelebihan ulama ini banyak diterangkan melalui hadis, yang memudahkan kita mencari ilmu secara benar dan sistematik. Hakikatnya, para ulama yang dimaksudkan di sini adalah orang yang telah (dengan usaha mereka dan pertolongan Allah) menguasai ilmu-ilmu al-Qur'an dan duniawi yang dengannya ia dapat membimbing orang lain akan maksud-maksud sebenar ayat-ayat al-Qur'an dan as-sunnah. Bimbingan daripada mereka adalah perlu supaya kefahaman kita tidak tersasar daripada kebenaran. Puak GAH telah menolak kepentingan dan fungsi ulama maka lihatlah betapa sesatnya mereka...

Berpunca daripada penolakan terhadap as-sunnah serta bimbingan ulama ini, kita dapati banyak sekali pegangan dan fahaman mereka yang songsang daripada fahaman sebenar, contohnya :

i)Isu salam - sudah disentuh berulang-kali.

ii)Isu membezakan para nabi - mereka kata haram kita membezakan para nabi dari segi darjatnya sedangkan banyak ayat al-Qur'an menceritakan anugerah/darjat yang istimewa kepada para rasul/nabi (isu ini telah saya sentuh dalam menafsirkan makna 'faraqa' tak lama dulu - kepada yang berminat boleh e-mail saya personally).

iii)Isu 2 Kalimah Syahadah - mereka menolak cara kalimah itu disebut oleh para ahli sunnah yang berdasarkan hadis sahih riwayat Abu Hurairah (saya akan bincang secara khusus jika berkesempatan).

iv) Isu sembahyang fardhu 5 kali sehari – salahfaham kerana menolak as-sunnah, padahal pada amal praktikal sebeginilah perlunya rujukan as-sunnah sepertimana 'hint' yang diberikan oleh al-Qur'an untuk mentaati dan mengikuti Rasul.

v) Isu puasa sampai 'malam' - agaknya kalau di kutub, kena puasa sampai 6 bulan!

iv) Isu untuk disentuh pada kali ini: Menolak rukun iman ke-6 - "percaya kepada Qadha dan Qadar Allah"

dengan memberi alasan ia tidak disebut pada ayat 285, surah al-Baqarah. Sedangkan ia jelas terserlah dalam hadis yang sahih, oleh kerana mereka tolak hadis, mereka menolak RUKUN iman ini. Mereka mencabar untuk dibawakan dalil daripada al-Qur'an, kerana mengikut dakwaan mereka, ia tidak tercatit, malahan rekaan para ulama semata-mata.

Bagi sesiapa sahaja yang memerhatikan maksud ayat-ayat al-Qur'an, terutama yang memahami bahasa Arab, banyak sekali ayat-ayat al-Qur'an yang merujuk kepada maksud ini. Perhatikan maksud beberapa ayat pendek ini sebagai contoh:

1. "Dan tiap-tiap sesuatu adalah di sisiNya dengan KADAR yang tertentu";[ar-Ra'ad:8]

2. "Dan tidak ada sesuatu pun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaanya, dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut KADAR DAN MASA YANG TERTENTU" [al-Hijr:21 

3. "Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut TAQDIR (yang telah ditent

4. "Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga (yang menimpa) diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." [al-Hadid:22]

5. "Katakanlah (wahai Muhammad): 'Tidak sesekali akan menimpa kami (sesuatupun) melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pengawal yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal" [at-Taubah:51].

Rujuk misalnya Tafsir al-Qurtubi, ayat-ayat ini ditafsirkan merujuk kepada qadha dan qadar belaka. Manakala hak penentuan qadha dan qadar ini adalah semata-mata hak Allah, kerana Dialah al-Khaliq (Maha Mencipta), al-Musawwir (Pembentuk-rupa), al-Qadir (Maha

berkuasa), al-'Alim (Maha mengetahui) dll sifat keagungan, serta dengan kebijaksanaan(al-Hakim)Nya, Allah tetap jua berlaku adil. Sesiapa yang beranggapan Allah tidak berlaku adil dengan wujudnya qadha dan qadar ini nyata sekali keliru dengan sifat-sifat kesempurnaan Allah! Sememangnya banyak lagi ayat-ayat yang sebegini, yang membawa implikasi kepercayaan kepada qadha dan qadar itu adalah suatu perkara pokok dalam keimanan kita, maka benarlah sabda Rasulullah(SAW) bahawa ia adalah salah satu daripada rukun iman.

Nyata sekali, walaupun bukti tentang qadha dan qadar ini bertaburan disebutkan oleh banyak sekali

ayat-ayat al-Qur'an, tetapi kerana kebebalan GAH menolak petunjuk hadith dan bimbingan para ulama, sehinggakan mereka boleh tersilap menafikan perkara sebesar ini. Keadaan sebeginilah yang dikatakan

sebagai 'dhalaalin mubin' (kesesatan yang nyata).

Sedangkan ilmu moden seperti matematik, fizik, agronomi dan macam-macamlagi, kita secara lazimnya

memerlukan guru dan pembimbing selain daripada buku untuk membimbing kita memahaminya, inikan pula ilmu agama yang termaktub di dalam kitab Allah yang penuh dengan perihal ghaib yang tidak mampu kita jangkau dengan pancaindera. Maka, kita perlu sekali kepada seseorang yang mengajar/menerangkan yang mana tugas ini pada awalnya dibebankan ke atas para rasul (an-Nahl, 16:44), kemudian ia diwarisi pula oleh ulama. Menafikan tugas mereka, atau lebih teruk lagi menghina mereka adalah tindakan memutuskan "rangkaian kebenaran" yang dijaga sedemikian rapi bersumber daripada RasuLlah(SAW), sebagai pembawa kebenaran/Islam, daripada Allah swt. Tentu sekali apabila GAH telah membuat demikian, merekalah yangsesat, kerana menyanggahi ingatan daripada Allah yang bermaksud:

"Berpeganglah kamu sekelian kepada tali(habl) Allah, dan janganlah kamu berpecah-belah.." [Aali Imran; 3:103]

Dan kita pula, sebagai Muslim haruslah berhati-hati dan mengambil i'tibar dan jangan sekali-kali mengikuti jejak-langkah GAH ini, sebaliknya eratkanlah lagi pegangan kita kepada tali Allah ini, kerana itulah sahaja caranya kita terselamat daripada kesesatan, insyaAllah!

InsyaAllah bersambung ....

 

Wassalamu'alaikum ...!

Saudaramu dalam Islam: Rozi Bin Muda