(6 - akhir)

Assalamu'alaikum wrt wbt!

Alhamdulillah!

Bersyukur saya ke hadrat Allah kerana bantuan dan rahmatNya, dapat saya menulis siri ini sehingga ke penghujungnya. Setelah memerhatikan reaksi dan respons beberapa pihak serta tindak-tanduk puak GAH yang semakin tidak keruan, saya berharap tulisan saya ini serba-sedikit membongkar dan menggempur kejahatan GAH ini. Sememangnya, memang banyak lagi dakyah sesat GAH yang tidak saya paparkan kerana ia "sudah terang lagi bersuluh", bahawa mereka memang sesat. [Namun, saya tak menolak kemungkinan untuk mengupasnya satu persatu bila ada kesempatan, insyaAllah!].

Cuma saya ingin menarik perhatian pada siri akhir ini untuk menegaskan betapa perlunya sistem pembelajaran sistematik dalam semua perkara, apatah lagi untuk mengkaji al-Qur'an. Jika tidak, kesesatan yang dialami oleh GAH ini mungkin akan diulangi pula oleh golongan lain yang kononnya "bijak" sehingga menemui kaedah-kaedah atau cara baru, yang tidak ditemui oleh ulama terdahulu. Dengan demikian, mereka mula berani mempersoalkan kebolehan ulama muktabar, malahan mencabar kesahihan hadis,dan bersikap "anti-establishment". Kesesatan yang sebegini sudahpun diberitahu kepada kita oleh jungjungan kita Rasulullah (SAW) sebagai satu tanda akhir zaman, dan menjadi tugas kita sebagai pembela kebenaran Islam untuk membendungnya bersama.

Saya bawakan semula hadis terdahulu yang ciri-cirinya yang menepati GAH, bahkan sesiapa sahaja yang mempunyai sikap yang sedemikian, hadisnya bermaksud:

Narrated 'Ali: I heard the Prohpet saying, "In the last days (of the world)there will appear young people with foolish toughts and ideas. They will give good talks, but they will go out of Islam as arrow goes out of its game, their faith will not exceed their throats. So, wherever you find them, kill them, for there will be a reward for their killers on the Day of Resurrection". [Sahih Bukhari]

Maka, menjadi tugas kita semua untuk mempertahankan kesucian Islam dari golongan-golongan sesat yang pasti akan muncul pada akhir zaman ini. Dengan ini juga, saya menyeru pihak yang berkuasa, supaya menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk membendung dakyah GAH serta dakyah-dakyah menyesatkan dari puak lain yang pasti akan muncul dari semasa ke semasa, secara SERIUS. Tindakan sekadar mengisytiharkan sebagai sesat sahaja tidak mencukupi (hadis tadi menyuruh kita

BUNUH), kerana mereka boleh terus bebas menyebar dakyah sesat mereka. Dikhuatiri akan ada segolongan yang "muda" dalam selok-belok agama akan terpedaya, maka kita jua akan turut menanggung dosa. Dalam pada itu, saya menyeru diri saya sendiri dan ikhwan semua supaya mempersiapkan diri dengan ilmu yang mencukupi buat perisai diri dan keluarga daripada terpengaruh dengan dakyah dan fitnah golongan yang sesat.

Gunakanlah kesempatan yang ada ini untuk menambahkan pengetahuan, mempertingkatkan amal dan jihad kita kepada Allah. Semoga kita bersama mendapat rahmat dan redhaNya. Ameen...!

Wassalamu'alaikum ...!

Saudaramu dalam Islam: Rozi Bin Muda