TAG60 

Catatan:    Artikel ini  pernah muncul dalam Bahasa Inggeris  pada  24/02/00 di internet  reformasi. Diterjemahkan mengikut    selera semasa  dan  atas  permintaan  orang-orang  di Indonesia. Mungkin   boleh  dimanfaatkan  oleh  pembaca di  Malaysia  juuga.  –MT-

Hubungan Urusniaga Keluarga  Suharto  di  Malaysia

(Suharto’s Family  Business Links In Malaysia)

  1.     Hubungan Perniagaan  Tutut

Pada akhir  1993,  Presiden  Suharto (bekas) telah menghadiri Langkawai  International  Maritime &  Aviation  (LIMA) Exhibition,  dan  kedatangannya   itu  telah  dialu-alukan   oelh  PM Mahathir.  Apabila  dua  dictator  bersemuka mereka berpendapat betapa  sejak  berakhirnya  ‘konfrontasi  1963’,  kerjasama  di  antara kedua  negara  memang  akrab, dan  sudah  tiba  masanya  untuk   melancarkan  kerjasama   di antara  dunia  niaga  kedua  negara. Persetujuan  dicapai  dalam  dua  bidang  (a)  pembinaan,  dan (b)  agensi  kepada   penjualan kereta Proton  di  Indonesia.

(a)   Sebagai  menyambut  perundingan di  LIMA itu,  kumpulan  elit UMNO  telah memutuskan  untuk melantik  Yayasan Gerakbakti  Kebangsaan, sebuah  syarikat  milik penuh  pergerakan Pemuda  UMNO  untuk  menaja  satu  perkongsian  dengan  syarikat   milik  keluarga Suharto. Di  pihak  Suharto  pula,  telah  diambil  kepastian  bahawa anak  perempuan  sulung  Pak  Suharto, Siti  Hardiyanti, aka Tutut,  diberikan  kuasa  untuk  menjalin   kerjasama niaga  ini.

Inilah caranya  Citra Muda  Sdn. Bhd ditubuhkan  sebagai satu usahasama  antara Yayasan  Gerakbakti Kebangsaan  (51%) dan  syarikat  pembikinan  lebuhraya  bertol milik  Tutut  bernama  PT  Citra  Marga  Nusaphala  Persada (CMNP), yang  menguasai   baki 49% dalam  usahasama itu.

Ketua  Yayasan  itu  merupakan  Ketua  Pemuda  UMNO, yang  merupakan  tapak  kuasa Anwar Ibrahim  pada satu  ketika   dulu.  Ketika Citra Muda  Sdn. Bhd.  ditubuhkan, Ketua  Pemuda UMNO  ialah  Datuk Najib, yang  juga  merupakan  Menteri  Belia  dalam kerajaan   Mahathir.

Majid  Umar,  yang  pernah  saya  temubual  di KL pada 18 Oktober 1999 (melalui ihsan  Jomo) adalah  seorang  pegawai  yayasan yang  ditugaskan kepada syarikat usahasama. Dia bertanggungjawab  kepada  ‘Ibu  Poppy’ seorang  wakil  Tutut yang mempunyai  nama  sebenar Siti  Roqaiyah.  Pengarah  alternatif kepada  Tutut  dalam usahsama  itu   ialah  Bambang Suroso.

Pada Oktober  1999,  Citra  Muda telah mengurangkan  tenaga   kerjanya kepada empat  pegawai   sahaja.  Talian  telefon telah  dipotong dan mereka masih  lagi  menunggu  bayaran  kepada kerja-kerja  projek  KLIA. 

(a.1)   Kilang  Penapis  Minyak Kedah (Kedah  Oil Refinery)

Dengan  kerjasama  dua  lagi  kumpulan  niaga  Indonesia,  Tri  Patra  dan Risyadson,  syarikat  induk  kepunyaan  Tutut, PT  Citra  Lamtorogung Persada (CLP) telah  memulakan  satu  projek  penapis minyak  di  Kedah. Projek  bernilai  US 1.2bilion  (sekitar  RP2,520 trilion)  telah dimulakan pada 1991dan siap pada 1994.  Kumpulan  Tri Patra  (Tri  Patra  Group)  dimiliki  oleh  Imam Taufik, sedangkan   Risyadson  Group  dimiliki oleh  Ibrahim  Risyad, salah  seorang daripada  empat  pengasas  Salim Group.

Rujukan:   Forum  Keadilan, 23  Jun, 1994,  ms  26-27.

(a.2) Pembabitan Dengan  PLUS 

Sebelum Citra Muda Sdn.Bhd ditubuhkan,  malahan sebelum  LIMA dilancarkan  pun, syarikat milik Tutut  telah diberikan  kontrak perniagaan  di Malaysia. Kontrak itu dianugerahkan kepada satu  konsortium  syarikat Indonesia yang diketuai oleh  Tutut, bernama Citra Kontraktor Nusantara  (CKN).

Mengikut undang-undang  Malaysia, CKN  ialah sebuah syarikat negara asing,  berbeza dengan  Citra Muda Sdn. Bhd, yang merupakan  sebuah  syarikat tempatan.  Namun,  CKN  telah diberikan  satu  kontrak  - TANPA  TENDER -  untuk membina  satu  jalan  untuk  kutipan  tol  antara  Ayer  Hitam dan Yong  Peng (Timur).  Mengikut  cerita   satu  sumber  (majid  Umar) panjang  jalan ialah  antara10  hingga  12  kilometre.  Mengikut   satu  sumber lain  (Info  Bisnis,Jun  1994:11)  kontrak  itu  ialah  untuk  22  km  panjangnya.

Bahagian  jalan  tol  yang  disebut  ini  adalah di  antara  Proyek Lebuhraya  Utara Selatan  (PLUS : North South   Highway  Project) sepanjang  512km.  Yang  diuruskan oleh UEM  (United Engineers Malaysia)  sebuah  ank syarikat Renong.  Bahagian  Ayer  Hitam- Yong  Peng  Timur  ini   diberikan kepada   CKN kerana konsortium  Indonesia  itu  dikatakan  mempunyai  kepakaran  membina  jalan  bertol  di  kawasan  paya dengan  menggunakan  system  ‘cakar ayam’  ciptaan  seorang   jurutera  Jabatan Kerjaraya  Indonesia   yang   telah  diciplak  oleh  Tutut  dengan  menggunakan  tenaga   kepakaran jurutera  itu  untuk  syarikat  CMNP.

Berbeza  dengan  apa  yang  diketahui  sebelum  itu,  projek CKN  itu  merupakan  hanya  satu  kontrak sahaja  di  mana  hasil  kutipan tol  semuanya menjadi  kutipan  UEM/Renong   sebagai  penyelenggara  PLUS.

Untuk   membina  Lebuhraya Ayer  Hitam-Yong Peng Timur  itu, CKN telah  menubuhkan satu  usahasama  dengan  Maha  Bina  Sdn. Bhd  dengan  nisbah  70% dipunyai  oleh  CKN  sedangkan   bakinya  dipunyai  oleh  Maha  Bina. Nilai  projek ialah  sebanyak  RM 14.5 juta dan  ia  direncanakan  untuk  siap  dalamasa  35   bulan  daripada  Mach 1990  hingga  Januari 1993.  Projek  sebenar siap  dalam 41  bulan, disebabkan  kesukaran rupabumi   yang perlu  ditangani.  Sebenarnya,  system ‘cakar-ayam’  yang  dicuri   daripada   Indonesia itu  tidak   pun  dapat  membantu   kerja-kerja  yang sungguh sukar  di situ.

Rujukan:

Temubual   (tidak rasmi)  dengan  Umar  Majid  pada  18 Oktober  1999; Info Bisnis Jun  1994, ms  11; Warta  Ekonomi,  20 November  1996;  Swasembada  (majallah  bisnis  Indonesia)  5-18 Jun  1997, ms  46.

(a.3.)    Pembabitan  di  KL  International  Airport

Walaupun  CKN tidak   menyerlah  dalam pembikinan  lebuhraya  PLUS,  syarikat itu  diberikan  satu projek  lagi,  kali  ini membabitkan  sebahagian projek  KL  International Airport   (Lapangan  Terbang  Antarabangsa)  di  Sepang, Selangor.   Kerja  kontrak  itu   membabitkan  landasan  terbang  dan  bahagian  ‘apron’ (kawasan   lapang  tempat  pesawat   menunggu).

Untuk projek  itu  Citra  Muda  Sdn. Bhd  yang   sudah  pun ditubuhkan  telah  mengadakan  satu  usahasama  dengan  sebuah  syarikat  tempataan  bernama  Ready  Built. Nilai kontrrak  ialah RM194 juta (lebih  10  kali  ganda  daripada  nilai  projek  yang   pertama  dulu…..!!!!!) bersamaan  dengan US$ 50  juta,  ataupun   sekitar Rp 178 billion.  Tentunya   24.2 meter lebar  kawasan   apronitu sudah  pun disiapkan   sebelum  KLIA dibuka  dengan  rasminya.  

Rujukan:

Temubual (tidakrasmi)  dengan  Umar  Majid  pada 18Oktober  1999; Info  Bisnis   Jun 1994,ms  11; Warta  ekonomi, 20 November 1996;  Swasembada, 5-18 Jun  1997, ms 46.

(a.4)    Projek  Bandar  Pinggir-Pantai   Port Dickson

           (Port  Dickson  Wagterfront  City Project)

Sepatutnya  ada   satu  lagi projek  pembinaan  membabitkan  Tutut-Pergerakan Pemuda UMNO   yang membabitkan  pelaburan  bernilai Rp 118 bilion.  Projek itu  terpaksa ditunda  disebabkan  keadaan  ekonomi  yang  merudum.

Rujuk:

Temubual (tidak  rasmi)  dengan  Majid Umar pada18 Oktober  1999;  Info  Bisnis,  Jun 1994, ms 11;  Warta Ekonomi, 20November  1996; Swasembada,  5-18  Jun  1997, ms  46.

(a.4.2)   Satu Lagi  Projek CLP

Mengikut cerita Majid  Umar,  syarikat  induk  Tutut, PT  Citra  Lamtorogung Persada (CLP) telah terbabit dengan  satu  projek  pembinaan, selain  dari  kerja  yang  melibatkan  Citra Muda  Sdn.Bhd. Itu adalh satu  projek  bikinan   jalanraya  menggunakan  system pembinaan ‘cakr ayam’ yang dicuri  oleh  Tutut  daripada  para jurutera Jabatan  Kerjaraya.  Sistem  itu  lebih  terkenal  dengan  panggilan  ‘Sosrobahu System’. Sistem  ini   digunakan juga  dalam projek bikinan  jalan bertol  di  Manila (ketika  itu)  membolehkan pembinaan  jalan baru  dilaksanakan  selari dengan  system jalanraya  yang  ada  dengan  menggunakan sokongan  tiang  yang  ada. Apabila  siap ia boleh  diubahsuai secara  mengubahnya untuk  menjadi  satu system  jalan  yang bertol.

Rakan kongsi  tempatan  ialah sebuah  syarikat ataupun  seseorang  yang  bernama  Ampang (kurang  jelas  temubual  itu).

(b)        Agensi Kereta Proton

Ketika  bisnes pembinaan jalan berkembang  biak di  Malaysia,  kumpulan elit  UMNO turut  juga  memancing  Tutut  agar  mengembangkan pasaran  kereta Proton  di  Indonesia. Pada 19Mei 1994, dalam  satu  majlis di BPPT ( Technology  Assessment and Development  Agency), yang  merupakan  pejabat   Kementerian  Penyelidikan   dan  Teknologi   B.J.  Habibie,  satu  surat  LOI (Letter  Of  Intent)   telah  ditandatngani   oelh  Tutut  sebagai  seorang  pengarah  PT  Citra  Lamtorogung  Persada (CLP)  dan Dato  Nadzmi Salleh sebagai  ketua  pengarah PROTON  Sdn. Bhd.

Surat  perjanjian  itu  melantik PT CLP sebagai pengedar  tunggal  penjualan  Proton di  Indonesia.  Sebanyak  2,500 unit  Iswara dan  Wira (sedan)  dijangka boleh diimpot  oleh  Jakarta  pada  September  1994, tanpa  pembayaran cukai  impot. Alasannya  ialah  sebanyak  1,000 kereta  itu dimpot  untuk  kegunaan  teksi sedangkan  1,500  unit  akan  digunakan  sebagai  keretaa kegunaan  pegawai   kerajaan  perkhidmatan  awam Indonesia.

Sebagai  mengenang jasa Suharto  kerana  bisnes itu,  Dato  Seri  Mohd.  Najib bin  Tun  Haji  Abdul Razak, muncul  di  Jakarta  ketika  itu.  Dia  elah  menghadiahkan  Pak  Harto  sebuah kereta   Proton  Sawa  Wira  berbentuk limo yang  panjangnya  sekitar  tujuh  metre dan berharga  sekitar  US$75,000.  Kereta  itu  berbentuk  kali speluru, lengkap  dengan  TV dan alat  komunikasi lagi dan  mempunyai satu  ‘Dashboard’  (bahagian depan untuk  memasangkan kelengkapan elektronik) yang  disalut dengan emas bermutu 24-carat. Itulah hadiah khas daripada PM  Mahathir.  Sebagai  balasannya  Pak  harto mengirimkan  50 set system solar  kegunaan  perumahan (system air panas untuk  kegunaan  di  rumah) yang dibuat  oleh Indonesia.

Untuk  merangkul faedah  daripada  kemasukan  kereta  tanpa cukai  impot  itu,  Tutut  telah menubuhkan satu  syarikat   teksi, PT Citra Transpor  Indonesia pada  September  1994. Inilah  saja  syarikat teksi yang  dibenarkan  oleh kerajaan  Indonesia  untuk  beroperasi  denagn  menggunakan  Proton  Saga  Iswara  yang  berkuasa  1,300cc.

Menteri  B.J. Habibie  terbabit dalam projek ini  kerana  dia juga terpaksa  menandatangani  lima  lagi MoU dengan  Menteri  Pertahanan Indonesia.  Sebagai balasan  kepada  pembelian  kereta  Proton  itu, Malaysia  perlu   membeli  pesawat CN-235  bikinan  Indonesia  (pasang-siap)  yang  diusahakan oleh  IPTN,  yang diketuai  oleh  Dr.  Habibie.  Untuk   tahap  awal  Malaysia perlu   membeli  enam  unit  daripada  18  pesawat  yang  dijanjikan. Di waktu  yang  sama  ada  satu  lagi  perjanjian  di  mana Indonesia  diperlukan  membeli 20  unit  pesawat  pelatih  jenis MD-3 yang  dipasang-siap di  Malaysia  selain  daripada  persetujuan  membeli  2,500  unit  Proton sedan itu.

Jadinya, kerajaan  Malaysia  merasa  gembira  seperti  juga  Tutut  dan  bapanya  yang menerima  hadiah  bernilai  US$75,000  daripada seorang  rakan  diktator  seugama,  Mahathir.

Rujukan: 

Prospek, 19  Februari  1994

Indonesia  Business  Weekly, 27  Mei 1994

Editor, 2 Jun 1994; Swasembada,jun  1994  ms 134;

Gatra,  25  April 1995.

Xxxxxxxx

2.       Hubungan   Bambang Trihatmodj

Pada  akhir 1995, anak  lelaki  Suharto  ini  bersama rakan  niaganya Johannes  Kotjo  (Sino-Indonesian) telah  membeli  saham  kepunyaan  Hospital  Pantai  yang  tersenarai  di  BSKL  di  waktu  yang  sama  Mokhzani  Mahathir  membelinya  juga  saham itu  sebanyak 5% melalui Tongkah  Holdings.  Tindakan  mereka  itu  seolah-olah  direncana  secara seragam  pula. Secara  serragam  juga nampaknya  merekabertigaitu  melakukan satu urusniaga  dengan Vincent Tan, seorang   pemegang  saham  terbesar  di  Hospital  Pantai  yang  pada  ketika  itu  sedang  menjual  saham  pegangannya.  Vincent  Tan  melaksanakan  penjualan  sahamnya  itu  sebagai  satu  rencana  untuk  mendekati  dua  keluarga  terkuat  di  dua  buah  negara  sambil memperkokohkan  penglibatannya  dalam pasaran  perkhidmatan  kesihatan  bagi  kelas menengah dan atasan di rantau  ini.

Sebelum  itu,  Kumpulan  Berjaya Group  yang  dikuasai  oleh  Vincent Tan  menguasai  87.5% saham Hospital  Pantai. Setelah   menjual sebahagian  sahamnya  kepada  ketiga-tiga  individu  itu, pegangan  Berjaya  menurun  menjadi 35%.  Ini   membuatkan  Berjaya  -  dan  semestinya  pemegang besar  saham  itu, Vincent Tan – terus  menjadi  pelakon penting  dalam industri  perkhidmatan   kesihatan di rantau ini bersama-sama dengan klik  Suharto-Mahathir.  Lagipun, Hospital Pantai  memegang 13.2% saham  Parkway  Holdings yang  tersenarai  di  Singapura.

Setelah membeli saham  majority Hospital  Pantai itu,  pada 1997 Tongkah pun  memulakan  satu  kontrak  yang diberi  tempoh  15 tahun  lamanya,  untuk  memberikan perkhidmatan  sokongan  kepada  19  hospital  kerajaan   di  Malaysia.  Satu  lagi anak  syarikat  Tongkah  telah  diberikan  pula  kontrak  perkhidmatan pembekalan perubatan  (telemedicine services).

Rujukan:

Backman,  Michael (1999). ASIA  ECLIPSE:  Exposing  the  dark  side  of business in Asia. Singapore:  John  Wiley  & Sons  (Asia) Pte  Ltd., pp  309-311,  The Bulletin, 6February  1996, p. 48,  8  Oktober  1996, ms  52-53.  

3.      Hubungan  urusniaga  (tertunda)  TITIEK  PRABOWO.

Pada pertengahan 1997, ada satu  persidangan  serantau  membabitkan Indonesia-Malaysia-Thailand  di mana  pembinaan  sebuah jambatan merentasi  Selat Melaka  pernah  dibincangkan. Perkara  ini diulang kembali di parlimen Indonesia  pada 25 Jun 1997,  oleh  Menteri  Kerjaraya (ketika  itu)  Radinal  Mochtar.   Mengikut Radinal  Mochtar, jambatan  itu   menjadi  isu   ketika  dibincangkan rencana  pembikinan  lebuhraya.

PM  Mahathir  yang  mengemukakan  isu  itu  pada  tahap  awal  dulu  dengan  Presiden  Suharto  ketika  bersamanya  di  Turkey  pada  awal  1997. Malahan  Mahathir  merupakan  manusia  pertama  yang   mencadangkan  perkara  itu   pada  Oktober 1996.

Pada  Ogos 1997, satu   pengumuman  disebarkan betapa satu jambatan bernilai  US$2.2 billionakan  diusahakan  oleh Renong  dan  PT Malindo Transmadu,sebuah syarikat  yang dikuasai  oleh  Siti Hediati Heriyadi, aka (ataupun  dikenali juga) Titiek  Prabowo,  anak perempuan Suharto  yang merupakan  isteri kepada seorang  panglima tentera  bernama  General  Prabowo Subianto.  Titiek  telah  menunjukkan satu  model  skala  jambatan  itu  kepada  ayahnya yang  menggembirakan   presiden  itu. “Beliau  menyatakan jambatan  itu   akan mengembalikan hubungan  lama antara rakyat Indonesia  dan Malaysia,  bangsa   Melayu  dan  menyatukan kembali budaya dan ekonomi  dua   negara.” Demikian yang diterangkan oleh  Titiek  Prabowo.

Dua  punca terminus  kepada  jambatan  dua  lorong  itu  berkemungkinan  di  Melaka bagi  hujung  yang  bermula  di Malaysia,  dan  di  Dumai, Riau bagi  pihak  Indonesia   pula.  Panjang  jambatan  merentang Selat Melaka  ialah   42  kilometre. Kemudian  terdapat  pula  47  km  merentang kepulauan  Rupat   di  Sumatra  dan  6 km  lagi  merentang   kepulauan  di antara  Dumai  dan  tanah besar Sumatra.  Mengikut  Titiek  Prabowo,  jambtan itu  dijangka  siap  sekitara 2002  tetapi  pembinaannya  hanya  boleh  dimulakan  setelah   pelan diluluskan  oleh  International  Maritime  Organization sebuah  agensi  PBB  yang berpengkalan  di London.  Kajian  awal  menjangkakan sebanyak  2000  hingga 5000  kenderaan  boleh  menggunakan  jambatan bertol  itu  setiap   hari.

Dengan   merudumnya   ekonomi  Indonesia,  projek mega  itu  telah  digugurkan  oelh   teknokrat  Indonesia  atas  desakan  IMF.

Rujukan:   Jakarta  Post, 26  Jun, 1997;

                 The  Australian,  26  Ogos, 1997.  

4.     Hubungan Keluarga  Sigit

Usahasam  Tutut  di  Malaysia  melibatkan  syarikat  yang ada  kaitannya  dengan  UMNO dan bukannya  dengan kelauraga pemerintah (Mahathir). Tetapi, beberapa  syarikat yang  dikuasai  oleh  keluarga  Harjojudanto mempunyai  hubungan  rapat  dengan  beberapa syarikat  yang dikuasai  oleh  keluarga Mahathir.

Sigit  Harjojudanto ialah  anak  lelaki sulung Pak Harto. Beliau  merupakan pemegang  saham  pasif  dalam syarikat  kumpulan   yang  dipunyai   oelh  adiknya Tomy (Humpuss  Group – nasib baik bukan  Hampas Group  - penterjemah) .  Begitu  juga  dalam  beberapa  syarikat  kepunyaan  Panutan  Group  yang  diuruskan  oleh  para  kroninya.  Isterri  beliau,  Ilsye Anneke Ratnawati  Djoefre , aka  Ilsye Sigit,  dan  juga anak lelaki sulungnya, Ari Haryo  Wibowo,  aka  Ari  Sigit,  merupakan  orang perniagaan  yang  memang  agresif  dan  mereka  inilah  yang  mempunyai  hubungan niaga  terus  dengan ahli keluarga   Mahathir.

(4a.)   AsiaMatrix Ventures  Pte. Ltd.

Pda pertengahan  1990-an,  saham syarikat  yang  tersenarai  di  bursa saham  Singapura  ini  telah dibeli oelh  Elsye   Sigit  dan  rakan  kongsinya, Suzanno  Tanojo.  Mengikut  cerita  Backman, mereka kemudiannya  menjual saham itu    pada 1997  (Backman, 1999:264).  Ada  satu direktori  syarikat  terbitan  April  1999 di  Singapura  yang  mencatatkan  bahawa  Ratnawati Harjojudanto  sebagai  pengerusi AsiaMatrix  (Corporate Data Sourcfe  Pte. Ltd. 1999:  602-603).

Buku  direktori yang sama  mencatatkan  Pantai  Health (Caymans) Ltd. sebagai pemegang saham sebanyak 21.93%dan  melayakkan  AsiaMatrix  sebagai  syarikat sekutu  kepada Pantai  Holdings  Ltd.

Di  waktu  yang  sama  Tongkah  Holdings  yang dikuasaioleh Mokhzani  Mahathir itu  telah menjadi pemegang  saham berwibawa dalam  AsiaMatrix.  Pada  asalnya  syarikat itu merupakan  pembuat  ‘plastic injection  mold’ (acuan barangan plastik ). Setelah  menguasai  saham  syarikat  itu, ia  telah  menukarkan haluan syarikat  untuk  memberikan perkhidmatan kesihatan  pula. Beberapa   usahasama  perkhidmatan  kesihatan  telah diwujudkan  di  Singapura dan   syarikat itu pun  bertukar  nama menjadi  AsiaMedic.

Eloklah dicatatkan di  sini  bahawa  AsiaMatrix  menggunakan  khidmat setiausaha korporat  yang sama  di  Van Der  Horst  Ltd. Ini  merupakan sebuah  syarikat  tersenarai di Singapura dan  sahamnya  telah  diborong  oleh Johannes Kotjo dan Bambang Trihartmodjo.  Nama setiausaha korporat itu  ialah Yvonne Choo.

Rujukan:

Backman, 1999:310

Corporae  Data  Source  Pte  Ltd  1999a).

Singapore  Corporate  handbook, April 1999,pp  168-169, 602-603.

 (4b)   Kumpulan  Goldtron

 

Untuk  memahami  hubungan  perniagaan antara keluarga Suharto-Mahathir, eloklah  diberikan  sedikit  penerangan  mengenai hal  ini. Isteri  Mahathir,  Siti  Hasmah meerupakan salah  seorang  di  antara 10  adik-beradik.  Tiga orang lelaki di  kalangan  mereka,  Jaffar,  Ahmad  Razali  dan Hshim  Ali merupakan  ahli  perniagaan ulung  di  negara  ini.  

Dato Jaffar Ali  merupakan  pengasas dan  pengerusi  Jasatera  Berhad, sebuah  syarikat pembinaan  tersenarai  di  BSKL. Jaafar memegang saham  terbesar dan  menjadi pengerusinya. Mengikut  laporan   sebuah  direktori syarikat, Jaafar  memegang  12.22%  saham  jasatera Berhad (corporate Data  Sourcfe  Pte. Ltda996b:39). Tetapi, Backman mencatatkan beliau  (Jaafar) mempunyai  30%  saham  dalam  syarikat  itu. 

Jafar  dan  dua lagi  abangnya  Ahmad  Razali  dan Zainal Abidin  adalah rakan kongsi dalam  DiBena  Enerprise, sebuah  syarikat berdaftara di  Malaysia. Mereka  ini  juga mempunyai  saham  dalam  beberapa anak  syarikat kepunyaan  Goldtron Group  of  Companies. Syarikat induk  kumpulan    memang disenaraikan  di bursa saham  Singapura di  mana  mereka  menguasai  70%  saham Goldtron Holdings, sebuah  lagi  syarikat berasingan yang tersenarai di bursa saham  Hong Kong.  Di waktu  yang sama,Godtron  Holdings  menguasai  saham  syarikat yang  berdaftar di Malaysia, Goldtronic (M)Sdn. Bhd  secara  berkongsi  dengan DiBena  Enterprise.

Jaafar  memegang kuasa  sebagai pengerusi  syarikat  yang berdaftar di  Malaysia  sambil  menjadi  ahli  lembaga  pengarah  syarikat  yang  berdaftar di  HongKong. Anak  buahnya, yang  merupakan  anak  lelaki  kedua  Mahathir,  Mokhzani, menjadi pengarah  pula  kepada  syarikat  yang  berdaftar di Hong Kong  dan  Singapura.

Pada 1995,  Ari  Sigit, dan seorang  rakan  kongsi  lain  telah  membeli  7.8% saham ‘pager’ dan  pengeluar  alat telefon.

Rujukan: Backman, 1999: 296,306-307

Corporatre Data  Source  Pte. Ltd  (1999b)

Malaysia  Corporate  handbook, April 1999, pp.38-39.

Terjemahan MT