From: "khalid " <******@hotmail.com>
To: alimuda@hotmail.com
Subject: assalamulaikum w.b.t
Date: Wed, 14 Mar 2001 11:53:23 -0000

saya khalid bin *******
sekarang sedang menuntut di Perancis.. ingin bertanya beberapa soalan :

1. bagaimana kah saya dapat menunaikan solat fardhu saya.. sekira nya waktu solat itu kebetulan dalam waktu kuliah saya diadakan..sebab kemungkinan ada waktu kuliah diadakan sama dengan waktu dua solat fardhu Adakah saya boleh melakukan jamak.

Assalamualaikum.
Saya amat berbesar hati bila ada sdr saya yg menunjukkan komitmen yg mendalam terhadap agamanya w/pun berada jauh di perantauan dan dikelilingi suasana bukan Islam. Semoga sdr diberi taufik oleh Allah s.w.t. utk belajar dgn bersungguh-sungguh dan memanfaatkan ilmu sdr nanti utk Islam. Bagi soalan di atas, sdr ada dua pilihan:

i. Ikhtiarkan dulu utk mendapat kebenaran drp lecturer utk bersolat (lebih kurang 10 minit). Saya ada seorg kawan yg pernah belajar di Australia, pensyarahnya amat berbesar hati memberi kebenaran kpdnya utk bersolat di belakang dewan kuliah itu juga. Kadang2 mat saleh ni amat terbuka dgn kebebasan beragama dan amat menghormati penganut agama lain. Jadi cuba ikhtiarkan cara ini dulu seblm ambil pilihan yg kedua.

ii. Sekiranya tak ada juga peluang sdr bersolat dlm waktunya, sdr bolehlah menjamakkan solat sdr itu (zohor+asar, maghrib+isyak). Tetapi ingat, sdr tidak boleh mengqasarkan solat2 itu selagi sdr tidak dlm musafir. Tinggal lama di sesuatu tempat (muqim) tidak lagi dikira musafir. Maknanya, sdr hendaklah jamakkan solat itu dgn rakaat yg sepenuhnya.
Ini berdasarkan  sebuah hadis sahih drp Ibn Abbas bahawa "Nabi s.a.w. pernah bersolat di Madinah (di tempat tinggal baginda) tanpa sebab takut musuh  atau hujan lebat". Tetapi ini tidaklah boleh menjadi amalan harian, kerana baginda tidak menjadikannya amalan. Cuma baginda pernah melakukannya utk menunjukkan kpd umatnya bahawa dlm keadaan2 tertentu (terutama yg terdesak), solat boleh dijamakkan, demi memberi kemudahan kpd umatnya.


2. Apakah hukum kita menyedekahkan surah al-Fatihah kepada..roh si mati? adakah perbuatan itu satu bida'ah yang buruk?

Persoalan ini diperselisihkan oleh para ulama sejak dulu antara harus dan tidak harus amalan itu, dan antara pahalanya sampai atau tidak sampai kpd si mati. Kedua-dua belah pihak tidak mempunyai nas yg jelas dan kuat (qat`iyyah al-thubut wa al-dalalah) utk menyokong pendapat masing2, s/ada nas yg mengharuskan ataupun nas yg melarang atau mengharamkan perbuatan itu. jadi terpulanglah kpd sdr utk menilainya.

Namun, jika perbuatan membaca al-Fatihah itu (dan juga amalan2 baik yg lain) dilakukan oleh anak atau zuriat si mati, maka sahlah ianya harus dan pahalanya akan sampai kpd si mati kerana ada sebuah hadis sahih yg bermaksud "Apabila mati seseorg anak Adam itu, maka terputuslah pahala amalan (kebajikannya) melainkan drp tiga; sedekah jariah, ilmu yg bermanfaat yg diajarkannya dan anak yg soleh yg mendoakannya". Maka anak/zuriat yg solehlah yg akan membaca dan mendoakan kaum kerabat yg telah mati, yg pahalanya akan sampai secara berterusan.

Secara peribadi saya tidak berpendapat amalan menyedekahkan al-fatihah itu boleh dikira bid`ah yg buruk. Apa yg saya faham drp hadis2 sahih berkenaan bid`ah, yg dikatakan sest/buruk itu ialah bid`ah dlm akidah dan ibadat2 khusus yg ada nas jelas ttg cara, bagaimana, di mana, bila dan berapa kali ia wajib dilaksanakan. Adapun amalan2 sunat yg tak ada nas jelas ttg cara, bagaimana, di mana, bila dan berapa kali ia dilaksanakan, melakukannya (amalan2 sunat itu) dgn sebarang cara, di mana saja, bila2 masa, dan berapa kali yg disuka, TIDAKLAH boleh dikira bid`ah yg sesat/buruk. Ttg hal ini seorg ulama besar India di kurun ke-19 bernama Maulana Syeikh Abdul Hayyei al-Laknawi ada menulis sebuah kitab yg bertajuk "Iqaamah al-Hujjah fi anna-l-Ikthaar fi-t-Ta`abbud Laysa bi-Bid`ah" (Menegakkan Hujjah Bahawa Membanyakkan Amalan Ibadat Bukan Bid`ah).


 

3. Bolehkah kita solat mengunakan kasut?

Tiada apa2 larangan (harus) utk bersolat dgn kasut dgn syarat kasut itu diyakini bersih drp sebarang najis. Saya juga pernah beberapa kali bersolat dgn kasut ketika berada di Mesir kerana masjid ketika itu penuh dan makmum terpaksa melimpah keluar dan bersolat di atas jalan raya.
Ttg ini ada sebuah risalah yg dikarang oleh ulama hadith yg terkenal dr Maghribi bernama al-Hafiz al-Muhaddith Ahmad al-Siddiq al-Ghumari (mati 1960) dan risalahnya bertajuk  "Tahsin al-Fi`aal bi-s-Solah fi al-Ni`aal" (Memperelokkan Amalan Tentang Berkasut Ketika Sembahyang)


4. Tolong berikan saya senarai surah (selepas al-Fatihah) yang sunat bibaca ketika solat subuh, solat magrib dan solat isyak.

Setakat yg saya tahu tiada surah tertentu yg sunat dibaca utk solat tertentu. Yg ada nas (hadis, tidak dapat dipastikan darjatnya ketika ini tetapi saya optimis ia sahih) ttg sunatnya surah tertentu ialah ketika solat Subuh pagi Jumaat, iaitu Surah al-Sajadah. Selain drp itu saya tidak ketemu nas yg mengatakan sunat baca surah tertentu utk solat tertentu spt Subuh, Maghrib dan Isyak. Umumnya, semua surah sunat dibaca selepas al-Fatihah di rakaat pertama dan kedua setiap solat. WaLlaahu a`lam bis sowaab.

5. Berikan saya juga bacaan sujud sejadah.

Agak sukar utk menulis bacaan Arab dlm tulisan rumi spt ini dan kalau ditulis pun, ada kemungkinan bacaan oleh org yg tiada latar belakang pengajian Arab akan tersilap. Namun demi memenuhi permintaan sdr, saya tuliskan di sini dan sdr hendaklah mencari guru yg berkebolehan dlm bahasa Arab utk memastikan betulnya bacaan sdr. Bunyi bacaan itu (yg dibaca 3 kali dlm sujud sajadah) ialah:

"Sajada wajhiya lilladzi khalaqahu wa sowwarahu wa syaqqa sam`ahu wa basorahu bi hawlihi wa quwwatihi fatabaarakaLlaahu ahsanul khaaliqin"

(Telah sujudlah wajahku kepada (Tuhan) yang telah menjadikannya dan membentukkan pendengaran serta penglihatannya dengan kekuatan dan kuasa-Nya, maka maha suci Allah Tuhan yang sebaik-baik Pencipta)

 

Sekian.

illa liqa'

Semoga sdr berpuas hati dgn jawapan ringkas ini, Wassalamu`alaikum warahmatuLlah.