Menyelami Lakonan Kejujuran
(Penetrating The  Pretense of  Probity)
oleh  Harun  Rashid  (Kiriman  MGG Pillai)


Mach 23,  2001



Kita boleh  menilai  asset (aset)   mengikut  pelbagai cara. Ada asset yang berbentuk nilai kemudahan  yang  wujud apabila sesuatu komoditi ataupun  hak,  memberikan kemudahan yang berguna. Taksiran nilai kemudahan  itu  bergantung  kepada   perbandingan  terhadap  saingan yang alternatif.  Jawapannya  terletak  kepada   penerimaan apabila  ianya ditawarkan  kepada  pasaran yang terbuka.


Sebuah rumah sebagai contohnya, mempunyai nilai kemudahan  kerana  ia memberikan  perlindungan  dan keselamatan. Ia  boleh  dijual  ataupun  disewakan  untuk ditaksirkan.  Begitu  juga dengan  peralatan dan  bangunan komersial  yang  mempunyai  nilai kerana  semua  itu  adalah  satu alat  yang   mencetuskan pendapatan.

Asset  juga  mempunyai  nilai  persendirian,  yang  bergantung  selalunya  kepada  sentimen dan  boleh  ditaksir  jauh  lebih  tinggi  nilainya  daripada  harga  pasaran.  Kadangkala   aset  persendirian  tidak   boleh  dijual-beli  dengan   harga sembarangan   pun. Sebab utamanya  ialah  tidak  ada  cara   sebenar  untuk    menaksir    asset  persendirian   yang  mungkin    mempunyai  nilai  sentimental  kepada  si  penjual.   Cuma  terpulang  kepadanya  sama  ada  untuk  menjual   ataupun   membeli  apabila  sesuatu  tawaran  itu  menjelma.


Sesuatu   perniagaan  itu  merupakan  satu  asset   yang  mempunyai   nilai  kemudahan  berasaskan  keupayaannya  meraih  pendapatan baik  pada  kadar  semasa  ataupun  untuk  masa  hadapannya.   Mungkin  juga  asset  itu   mempunyai  sedikit tanggungan   hutang  ataupun  lebih  dari  itu.  Ia  mungkin  mempunyai   asset  ‘tangible’  seperti  bangunan  ataupun  peralatan.  Nilai  sesuatu  perniagaan     yang  sedang  kerugian  tentunya  diberi taraf  nilai  rendah   berbanding  satu  perniagaan  yang  sedang  menyumbang  kepada   keuntungan.  Selalunya  amat  sukar  menjual  satu  perniagaan  yang   dilanda  kerugian   dengan  harga  yang  melebihi   asset  ‘tangible’  yang  tidak  terhalang  (unencumbered  tangible  assets).   Namun,  adalah  penting  untuk  menjualnya   pada  kadar  yang  sedikit rendah (bawah)  daripada  nilai  penggantian   asset  itu.

Satu  kongsi sama  dalam  sesuatu  perniagaan  adalah  dianggap  sebagai  asset  juga.   Nilai  sesuatu  perkongsian  itu  boleh  naik  ataupun  menurun  disebabkan  factor  persendirian  juga,  seperti   kepakaran  dan  keindividuan  rakan  kongsi  yang  lain.  Adalah  sukar  selalunya  untuk  menjual  sesuatu  perniagaan   yang  dikongsi sama  itu  kerana  kekurangan  pasaran  yang  bersedia  untuk  menerimanya.

Sesuatu  badan  korporat  awam  sebagai  perbandingannya, mempunyai asset  yang  dibagi-bagi  kepada  beberapa  bahagian  yang  seimbang dan  semua  saham  itu  ditawarkan  untuk  diniagakan  di bursa  saham pada setiap  hari  dagangan. Nilai  saham  itu  beralun mengikut   sentimen  umum  dan mengikut  persepsinya  terhadap  pendapatan   masa kini dan  juga  masa  hadapan  yang  boleh  menjejaskan   nilai  dividen syarikat berkenaan.  Di  sinilah  kualiti  pengurusan  itu  memainkan  satu  peranan   yang  besar. Keupayaan  untuk  menaksir   operasi  perniagaan dan  keadaan  kewangannya memainkan  peranan  yang  penting  dalam  membuat  pendirian  samada  menjual  ataupun  membeli  saham  tersebut.

Di Bursa  Saham  Kuala  Lumpur  terdapat   sekitar  700  syarikat  awam  (sudah  pun  mencecah  1000  jenis  saham apabila  diambil  kira  semua  bon janji ataupun  ‘promissory  notes’  yang  diniagakan  - penterjemah) yang  menawarkan  sahamnya  untuk diniagakan  setiap   hari.  Nilai  saham  berubah-ubah.  Buat  masa  ini   nilainya  mudah   menurun  setiap  hari.  Ini  adalah  kesan   berlakunya  ketidak-seimbangan   di  antara  pembeli  dengan  penjual.  Seandainya  berlaku  kewujudan  penjual   sahaja  yang   tidak diimbangi  oleh kewujudan  para  pembeli,    ketika  itu pasaran  akan  menjunam  coraknya.  Apabila   penjualan  terhenti,   corak  pembelian yang  tertumpu   hanya kepada   segelintir  saham  tertentu  menyebabkan  berlakunya    perubahan  mud (mood)  kepada  pasaran  yang  secara  tiba-tiba  menjadi  rancak  aktivitinya.

Para  pembeli yang  merupakan   dana simpanan  tempatan  dan  dana  pencen  bergiat  mengikut  telunjuk  dan  pengaruh  menteri   kewangan. Menteri ini  mengenakan  tiga  jenis  topi  setiap  hari.  Apabila  dia  mengenakan   topi  menteri  kewangan  dia  mengawal    tabung  khazanah  negara yang  sungguh  kuat  kuasanya  itu.   Apabila  dia   mengenakan topi  Bendahari  UMNO   dia  melaksanakan  kerja-kerja  mempertahankan  kepentingan  parti   yang  sedang  memerintah.   Apabila  dia  mengenakan  topi  persendiriannya  sebagai  seorang   peniaga  persendirian,  dia  melaksanakan  tugas  mempertahankan  kepentingan   peribadinya.

Adalah amat  sukar  menelah   jenis topi   yang  dikenakannya  pada  sesuatu  masa.  Perkara  semacam ini  memang  tidak  dibenarkan  di  setiap  negara  moden  yang  lain, kerana  berlakunya  kepentingan  yang  bercanggahan.  Tetapi,  Malaysia  bukannya  sebuah  negara  yang  moden,  perilaku  seperti  itu  mudah  diterima-pakai sebagai  perkara  biasa  sahaja walaupun ada  kalanya  terlalu  ketara  sangat  gelagat beliau menyodok  wang  rakyat  marhaen  daripada  khazanah  negara  ke  kantung  UMNO  ataupun  ke kantungnya  sendiri  (ataupun  ke kantung  para  kroni,  para  proksi  termasuk  barisan gundiknya?  - penterjemah).

Menteri  kewangan  yang  ini  memang  mempunyai  satu  kumpulan   rakan  niaga  yang  telah  bergelumang  dengannya  selama  ini.   Apabila  dia  mengenakan topi  menteri  kewangan  dan  mengarahkan   wang  yang  banyak  dibayar  kepada  salah  seorang  rakan  niaganya sudah  tentu  terserlah  kerja-kerja  penyelewengan. Baru-baru  ini  dia  telah  mengarahkan  agar  seorang  rakan kongsinya  diberikan  wang  yang  banyak  dalam  skandal  menguasai  saham  dalam  sebuah  syarikat  penerbangan.  Harga  bayaran  adalah  dua  kali  ganda  daripada  harga  pasaran.  Alasannya  ialah  syarikat  penerbangan itu  hampir  muflis  dan   perlu  diselamatkan.   Dia  berpendirian  bahawa  harga  yang  tinggi  itu  diperlukan  untuk menguasai  hak pengurusan  daripada  rakan  niaganya itu, yang  telah diberikan  tugas  sebelum itu   untuk   menyelia   kerugian  pada   kadar  RM1  juta  setiap  hari.

Masalahnya  sekarang  dalam  jawapan  seperti  ini  ia  gagal  untuk  melepasi  ujian  logika.  Sesuatu  syarikat  yang  hampir  muflis  tidak  boleh  menetapkan  harga   premium  kepada  sahamnya.   Kerajaan  Malaysia  sudah pun  mempunyai  saham  kencana (emas)   dalam  syarikat  penerbangan  itu yang  memberikannya  hak  menguasai  pengurusan  secara  berkesan.  Kerajaan  boleh  melakukan  sesuatu  mengikut  seleranya  tanpa  sebarang  pengaruh  pemegang  saham  yang lain.  Di sini, nampak  sangat  menteri  kewangan  ini berusaha  untuk  menyelamatkan dirinya  dan juga  rakan  kongsinya  dalam satu  usaha niaga  yang  sukar  dan  merugikan.  Dia  telah  menyalahgunakan  jawatan  yang  diamanahkan  kepadanya  untuk  memperkayakan  temboloknya  lagi.

Dalam  satu  urusan  yang  lain,  menteri  kewangan ini telah  menyelia   peralihan  dana  daripada   dana  pencen  yang   di bawah  bidang  kuasanya  untuk  menyelamatkan  satu   kumpulan bank   yang   menjamin  kelahiran  IPO  (saham  awalan  hari  pertama )sebuah  syarikat. Si penerima  dana  itu ialah  seorang  lagi rakan  kongsi  perniagaannya.  Menteri   kewangan  yang sungguh haprak   ini  berlagak  seolah-olah  dia  tidak ada  kena-mengena  dengan  proses  faraid  ini.  Namun  dia  tidak  boleh lari  daripada  tanggungjawab ini   kerana  segala  butir  penjelasannya  ternyata disaluti   kepalsuan  belaka. Masyarakat  awam  telah  ditawarkan   saham  itu, tetapi  apabila  hanya  25 persen  yang  ditempah,  pihak dana  kewangan  diarahkan  menerima  hampir  separuh  saham  itu  dengan  harga  yang  tinggi  kerana  sengaja  digelembongkan  nilainya.

Di  Malaysia  memang  wujud  suasana sandiwara   di   mana  kejujuran  itu  dilakonkan.  Segala  lakonan  itu  semakin  meloyakan  sehinggakan  ia  sengaja  diperhatikan  sahaja   oleh media  massa yang dikawal oleh  kerajaan.  Rakyat  marhaen  membeli  akhbar  perdana  itu  semata-mata  untuk  gelak  ketawa  kerana  sudah manjal  dengan   segala  bentuk  komidi   yang  diterbitkan  setiap  hari.  Semua akhbar itu  dicanang  untuk  jualan  kerana  kebenarannya. Namun,  rakyat marhaen  memang  arif  apakah  rupa  bentuk  berita  haprak  seperti  yang  diedarkan   oleh  media kerajaan  itu.  Para  editor  akhbar  perdana  itu  kerap  merungut  secara  terbuka  mengenai kelesuan  mereka  menangani  pencerobohan   pihak kerajaan.  Mereka  merayu agar  tidak  dikenakan  tekanan  untuk   mengeluarkan berita  yang  separuh  palsu  itu   dalam  usaha  untuk  meraih kembali sokongan   para  pembeli  yang  sudah lama  berpaling  tadah. Sayang, usaha mereka  sudah jauh  terlambat. Segala  sandiwara  mereka  untuk  melakonkan  ‘kejujuran’  yang penuh kepalsuan  sudah  menggugat  segala  saki-baki  martabat  yang  ada.

Jumlah  angka  kematian yang  terjadi  dam  insiden   pergaduhan  terbaru  tidak  boleh  dilapurkan  dalam  media  perdana  tanpa  mencetuskan  keraguan  rakyat  marhaen. Masyarakat  awam  sedar  betapa   nama-nama  mangsa  yang  mati  tidak  pun  diumumkan.  Kerana  itu  berita  angin  bertiup  dengan   kencangnya.  Kerajaan bertindak  dengan  mengugut  untuk  mendakwa sesiapa  sahaja yang  menyoal  sebarang  kenyataan  yang  dikeluarkan  oleh  pihak  polis.  Hakikatnya  polis  sudah  kehilangan  kredibiliti  mereka. Jadi,  apa  lagi  yang  boleh  diharap oleh  rakyat  marhaen?   Kegagalan  melapurkan  secebis  kisah  yang  berkait  rapat  dengan  kehidupan  rakyat  marhaen   di  Malaysia   sudah  mencemarkan  kewibawaan  media  di  negara  ini.   Seandainya  trend  in  berterusan,  besar  kemungkinannya   akhbar  perdana  akan  ketandusan  perniagaan  kerana  tidak  berupaya  meneruskan  satu  usaha  penerbitan  yang  boleh  memberikan sedikit  keuntungan.

Apabila  media   yang boleh   dipercayai oleh  umum  sudah tidak  ada  lagi, ia  merupakan  satu  bencana  kepada  keselamatan  rakyat  marhaen.  Beberapa  hospital    di  Kuala  Lumpur  masih  lagi  menerima  kes pesakit  yang  diserang  denggi (dengue), tetapi  demam  yang  berbahaya  ini  tidak  pun  diberi  ruang  untuk  dilaporkan oleh  akhbar  kerana   takutkan  jumlah  pelancong yang  berkurangan. Pihak  akhbar  tidak  lagi  memainkan  peranan  untuk  menyedarkan  rakyat marhaen  terhadap  sesuatu  peristiwa, lantas  ia  menjadi  penyumbang  kepada  kemudaratan  hidup manusia.  Akhbar  Malaysia  tidak  dibenarkan  melaporkan   taktik   syarikat  penerbangan  negara  membuat  penjimatan  terhadap  bahan bakar  yang  menjadi  amalan  niaganya  untuk beberapa  lama. Para  juru terbang  telah  membuat  rungutan  mengenai  amalan  ini di tahap awalannya tetapi  perkara  ini terdedah  hanya  apabila  pihak  penerbangan   London mengenakan  tindakan disiplin  terhadap  kerja-kerja  gila  ini.  Kejelekan  amalan  ini  diselamatkan oleh  cuaca  baik  semasa  penerbangan daripada  meletup  kepada  satu  tragedy. Kalaulah  media  tempatan  bebas  menerbitkannya sudah  tentu   berita  itu  sudah  lama  diketahui oleh  para  pembaca.

Setiap  hari  kita  didedahkan  kepada  beberapa  kes  mahkamah  yang  berlakon  seolah-olah  kes  itu  mengikut  hukum  perundangan  negara.  Pendakwaan  terhadap  29 pejuang  Islam kini sedang  tertangguh.  Memang  jelas  wujudnya  pelbagai  dalil  yang  bercanggah  sehingga kes  itu  menjadi  satu  kisah  yang  banyak  masalah.  Apa  yang  terlalu  jelas  kepada  para  pemerhati   ialah ketiadaan  saksi  di kalangan  orang  kampung di  situ. Dakwaan  bahawa  episod  itu  adalah  satu  lagi  sandiwara tajaan  kerajaan,   kini  dipengapkan  dengan ugutan     tindakan  jenayah  terhadap  sesiapa  yang  berani  bersuara  lantang. Tetapi  terlalu banyak  soalan  yang  mengharukan   mengenainya yang  masih  tidak  terjawab,  terutama  sekali  bagaimanakah  terbunuhnya  seorang  anggota  askar  dan  seorang  anggota polis  yang  berpengalaman.

Seorang  peladang  yang  ditahan  sebagai  tebusan di Bukit  Jenalik  tidak pun  dibebaskan. Dia  diperam  di bawah  kawalan  polis  selama  sepuluh  hari  sebaik sahaja episod  itu  reda. Dia  mati  secara  mengejut  disebabkan  sakit  perut  sebaik  sahaja  dia pulang ke  rumah daripada  balai polis   untuk  sekejap  sahaja, sebaik  selesai  makan  tengah hari di  balai  itu.  Doktor  bedah (pathologist)  yang  memeriksa mayatnya  tidak pun terjumpa  sebarang  keracunan  dalam  isi perutnya  walaupun ada  kesangsian  yang  dia  mati  kerana  diracun.   Cara  berita  itu  dikawal   pada  waktu  itu  menimbulkan  syak wasangka  yang  hanya  dapat  diredakan kalau  kesangsian  itu  dapat  dinyahkan. Tetapi, unsur  inilah  yang  amat  diperlukan  sekarang  ini.

Kisah  benar  adalah  tugas  yang   mesti  dilaksanakan oleh  seorang wartawan yang  pintar  menyelidik. Tetapi, sikap  kerajaan  menganggap seseorang  wartawan  yang  mahu  menyelidik itu  sebagai  seorang  musuh  yang  mencetuskan bahaya  kepada  pihak  polis  dan  kerajaan  membuatkan   perasaan  jelek  itu  semakin  membara  persis   longgokan  kayu  yang  turut  dihuni oleh  kumpulan  tikus  yang  semakin  membiak. Inilah   yang  pernah  didakwa  oleh Anwar  Ibrahim,  yang  kini  sedang  diperam  untuk berdiam dalam  pemenjaraan  bersendirian  yang  sungguh kejam. Sebaliknya  segala  dakwaan itu sudah  diperkukuhkan  oleh  beberapa  kenyataan   daripada  ahli  Majlis  Tertinggi  Umno   yang  sudah  semakin  sedar  dengan  bahaya  situasi  ini  yang  amat  menakutkan.

Menteri  Luar  Malaysia  baru-baru ini  berucap di  Geneva mengenai  hak  asasi  manusia  dan  pencabulannya  di  Malaysia.  Dia  berkata  hak-hak  kemanusiaan  ini  terpaksa  diubah suai  untuk  menjaga  stability  negara.  Tetapi itulah  kenyataan  dan  pandangan  setiap  diktator  di   dunia  ini.  Undang-undang  draconian tidak  dipinda,  sehinggalah   generasi yang  muda  mengambil  tempat  untuk  berkuasa, agaknya.  Sementara  itu  para wartawan  yang  ingin  menyiasat  terpaksa terjengah-jengah  menyaksikan  lakonan mega  kepada  segala  kejujuran   itu.

-Harun  Rashid-
harunrashid@yqi.com
23hb Mach, 2001.