Terjemahan Artikel/ Surat MGG Pillai 

JAWAPAN MGG PILLAI KEPADA MAKLUM BALAS DARI PENGURUSAN IJN 

Re: Berani Anda Mendapatkan Rawatan Perubatan Tanpa Membawa Wang?

MAKLUMBALAS DARI IJN: Sdr. Pillai,

Merujuk kepada artikel saudara yang bertajuk “ Berani Anda Mendapatkan Rawatan Perubatan Tanpa Membawa Wang ?” yang disiarkan pada 15 Mac 2001.

Pihak pengurusan IJN mengambil berat tentang isu yang dibentangkan di dalam artikel saudara itu. Kami merasakan bahawa jika kisah pengalaman seorang penderma darah yang berusia 72 tahun itu benar, maka kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai beliau bagi membolehkan bantuan disalurkan.

RESPONS MGG PILLAI: Beberapa orang doktor di IJN membangkitkan kisah itu dengan saya, seorang dua membayangkan bahawa apa yang saya tulis pada masa akan datang tidak boleh dipercayai lagi disebabkan apa yang telah saya tulis itu. Tetapi kenyataannya, berdasarkan pendedahan dari surat tersebut, orang miskin yang tidak mempunyai apa-apa itu terpaksa pergi ke serata tempat untuk mengumpulkan tanda tangan dan menyediakan bukti-bukti yang mengesahkan tentang dirinya yang miskin sebelum dibenarkan oleh hospital kerajaan untuk mendapat rawatan di IJN. Ini bukanlah salah pihak IJN, memandangkan IJN adalah sebuah organisasi swasta. Tetapi hospital-hospital kerajaan tidak akan mengeluarkan surat-surat rujukan dengan sebegitu mudah. Rujukan-rujukan yang seumpamanya kini perlu ditandatangani oleh seorang doktor pakar, dan doktor pakar pula dikehendaki agar menghadkan bilangan kes-kes untuk rujukan.

Penderma darah yang berusia 72 tahun itu, yang merupakan bapa kepada kawan anak lelaki saya, akhirnya mengambil keputusan untuk tidak menjalani pembedahan daripada terpaksa menempuhi berbagai kesulitan itu. Adalah sesuatu yang boleh dipersoalkan apabila petugas-petugas yang tidak dapat bertolak- ansur sanggup melihat seorang yang miskin melalui berbagai kesulitan bagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya layak diterima olehnya. Bayaran kos perubatan sebanyak RM100,000 yang dimaklumkan kepadanya itu, menurut kenyataan beberapa orang doktor di IJN kepada saya, adalah terlalu tinggi. Mungkin itu benar. Tetapi sekalipun kos sebanyak RM25,000 dikenakan, mereka akui, akan melebihi kemampuan seseorang yang berpendapatan biasa. Kita sedang menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan polisi /dasar-dasar untuk orang-orang awam di sini, dan saya tidak bercadang untuk memulakan perbahasan tentang itu. Namun jika begini cara yang perlu dilalui oleh orang-orang miskin di Malaysia bagi mendapatkan rawatan perubatan yang diperlukan, maka sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem tersebut.

MAKLUMBALAS DARI IJN: Walaupun kerajaan tidak menetapkan sebarang polisi bagi penderma-penderma darah mendapatkan rawatan perubatan percuma di IJN, Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti langkah-langkah bagi membolehkan seseorang yang tidak berkemampuan seperti beliau mendapat subsidi terhadap bayaran rawatan perubatan dan bil hospital, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Kriteria yang ditetapkan untuk langkah tersebut adalah seperti berikut :-

 1)Beliau mesti dirujuk ke IJN oleh doktor pakar dari    hospital kerajaan,

 2)Menyediakan dokumen sokongan seperti : Laporan    status sosio-ekonomi yang mengesahkan tahap    pendapatan ibubapa/  keluarga dari jabatan    Kebajikan Masyarakat atau jabatan kebajikan    perubatan hospital kerajaan yang membuat rujukan.

 3)Menerima rawatan di wad kelas ketiga    (jika dimasukkan ke hospital), dan

 4)Mematuhi tarikh pembedahan yang ditetapkan oleh    IJN.

IJN yang memulakan operasinya sebagai sebuah hospital kerajaan telah dikorporatkan di dalam bulan September 1992 dengan 100% ekuiti dimiliki oleh kerajaan di bawah Kementerian Kewangan Incorp. Di antara objektif-objektif pengkorporatan adalah untuk :

 1)Menjadi pusat rujukan kebangsaan bagi penyakit-    penyakit yang berkaitan dengan jantung.

 2)Meneruskan tanggung jawab sosial kerajaan untuk    menyediakan rawatan pakar kepada kakitangan-    kakitangan kerajaan dan mereka yang tidak    berkemampuan.

RESPONS MGG PILLAI: Apabila sebuah institusi seperti IJN, dibina dengan wang dari tabung kerajaan dan diswastakan tanpa berfikir panjang dan diserahkan bulat-bulat – walau sebaik mana yang telah dilakukan oleh IJN, sejarah bagaimana ia diswastakan adalah menyedihkan, kemudian bersikap tidak ubah seperti setiap hospital swasta di dalam bandar, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena. Bagaimana IJN boleh “meneruskan tanggung jawab sosial kerajaan untuk menyediakan rawatan pakar kepada kakitangn-kakitangan kerajaan dan mereka yang tidak berkemampuan?” Bagaimana seorang yang begitu menjaga harga diri tetapi sakit, yang tidak pernah berurusan dengan jabatan kebajikan masyarakat  boleh mendapatkan surat-surat/dokumen-dokumen sokongan yang ditetapkan oleh IJN jika rawatan perubatan segera diperlukan? Inilah satu kepercayaan bahawa seorang yang miskin perlu tunduk sehingga menafikan rasa kehormatan dirinya bagi melayakkannya mendapat rawatan percuma.

IJN tidak pernah terikat dengan tanggung jawab untuk menyediakan rawatan percuma. Begitulah cara ia ditubuhkan. Orang yang berusia 72 tahun itu, disebabkan telah mendapat beberapa episod serangan sakit jantung yang tidak berapa serius, telah membuat keputusan bahawa beliau tidak akan membenarkan sesiapapun meragut rasa hormat pada dirinya juga tidak untuk keluarganya menanggung beban hutang, tidak lain dari satu contoh masalah yang dihadapi oleh rakyat apabila mereka memerlukan rawatan perubatan. Kepada siapa tidak perlu dipersoalkan jika kosnya adalah sebanyak RM25,OOO, sebanyak ini yang diberitahu kepada saya tentang bayaran yang dikenakan oleh IJN, atau RM 100,000. Jika ternyata RM100,000 yang saya sebutkan itu adalah salah (seperti yang diberitahu kepada saya walaupun bayaran IJN adalah lebih kurang suku dari itu), adakah orang itu akan dirawat? Saya meraguinya. Tidak juga sekarang, biarpun semua bayaran yang dikenakan itu ditarik balik.

MAKLUMBALAS DARI IJN: Kami perlu menegaskan di sini bahawa walaupun IJN adalah satu badan korporat, bayaran yang kami kenakan adalah berpatutan. Dan, kami boleh memberikan jaminan kepada sdr. dan juga pesakit itu bahawa untuk satu angiogram yang normal atau angioplasty atau pembedahan jantung (bypass), bilnya tidak pernah mencecah RM100,000.

Terdapat satu kepercayaan di dalam mana-mana organisasi bahawa satu-satunya bayaran yang dikenakan adalah apa yang diberikan (preskripsi) secara rasmi oleh pihak pengurusan. Apabila bidang perubatan menjadi satu perniagaan yang mementingkan wang, inilah yang berlaku. Pengurusan akaun menjadi amat penting. Doktor-doktor pakar mungkin berpegang teguh pada ‘Oath of Hippocrates’, dan menjalankan tugas dengan baik, tetapi yang mengawal mereka adalah Akauntan. Sama ada ianya di dalam IJN atau sebarang hospital-hospital swasta di dalam bandar. Bolehkah pihak IJN memberitahu saya ke manakah pula orang miskin yang tidak mendapat rujukan untuk pembedahan jantung itu harus pergi bagi menyelesaikan masalah perubatannya itu.

Kami harap dengan penjelasan yang disebutkan di atas, sdr. kini telah mendapat gambaran yang sepenuhnya tentang pusat sakit jantung di negara ini, Institusi Jantung Negara.

RESPONS MGG PILLAI: Saya faham bahawa IJN adalah sebuah hospital swasta, dan di dalam kapasiti itu, telah melaksanakan tugas dengan baik. Tetapi ia menjadi satu tempat di mana orang-orang miskin boleh mendapatkan rawatan dengan bayaran yang minima hanya sekiranya mereka bersedia untuk mengorbankan rasa hormat dan harga diri mereka. Saya tidak menyetujui rancangan pengkorporatan IJN itu sejak dari mula lagi, dan masih berpegang teguh tentang hal itu. Saya mempunyai satu pandangan luar tentang kesihatan am dan perubatan yang berbeza dengan IJN. Itu tidaklah, seperti yang dikatakan oleh seorang doktor di IJN, menjadikan pandangan saya itu salah. Tetapi ia mencabar pandangan luar yang meluas. IJN telah ditubuhkan, sebagai kesan dari peristiwa pembedahan jantung Perdana Menteri pada tahun 1988, bagi menyediakan sebuah pusat jantung yang baik sebagai tambahan kepada Hospital Besar Kuala Lumpur. Tiada perbelanjaan yang dikeluarkan Kemudian ianya dikorporatkan dan tidak lagi dibuka kepada mereka yang memerlukannya, kecuali mereka sanggup mengenepikan rasa hormat dan harga diri, ataupun tidak mempunyai wang.

MGG Pillai

Alawiyah Hj. Yussof
Eksekutif Perhubungan Awam JN

27 April 2001

Terjemahan KTK6

Bilangan pembaca: