Tsu Nam

Siulan  Diktator     Sialan

Cadangan  Mahathir bahawa  pemerintahan diktator yang baik adalah lebih baik daripada sebuah kerajaan berdemokrasi di kalangan negara membangun tentu  sekali mengejutkan ramai orang. Dan  kejutan itu mungkin disebabkan kelantangan  cadangannya   yang dianggap oleh sesetengah  pihak  sebagai satu kejujuran darinya. Kenyataan itu memberikan gambaran  yang  lebih luas  akan  orang  yang celupar itu daripada  personanya  dari  kaca mata sains  politik.

Seseorang tidak memerlukan kepintaran yang  berlebihan  untuk  mengesan     kecacatan  dalam  konsep  dictator  yang baik.  Siapakah  yang  menentukan  mana satu yang ‘baik’ dan sebaliknya kalau bukan si dictator  itu.

Sudah  menjadi hukum alam dan  pengajaran kepada sejarah tamaddun manusia  tidak  ada  satu masyarakat  bangsa yang boleh mengharapkan nasibnya di tangan  kerajaan  yang diketuai oleh diktator, yang sememangnya mempunyai kelebihan  untuk  bertahan kerana  sukar digulingkan.

Demokrasi yang memberi ruang kepada sistem  pengawasan dan pengimbang diolah begitu rupa  untuk  membendung sikap rakus dan gelojohan manusia. Inilah  system yang  dilumpuhkan oleh Mahathir   dalam demokrasi Malaysia.  Lebih lagi dengan  memperkuatkan bidang kuasa eksekutif untuk melemahkan  kuasa Parlimen dan penghakiman.  Media massa yang dikenali sebagai ‘tiang keempat’ sudah pun  dicengkam dengan  sungguh berkesan.

Ketidakupayaan untuk memainkan peranan menyelia dan mengimbang, Parlimen, jabatan kehakiman, dan  media massa menjadi tukang chop,  dan diperalatkan untuk menekan  dan menyibarkan propaganda bagi pihak eksekutif. Di zaman pemerintahan Mahathir,  Majlis-Raja-Raja  telah pun kehilangan  apa juga  kuasa lebihan yang  masih mereka kecapi dulu.

Dengan terungkainya rangka-kerja  demokrasi,   menyebabkan  kerapnya berlaku pembaziran  dan salah guna kuasa .Kita telah melihatnya ketika  Anwar  Ibrahim dihancurkan dan kita sedang  menyaksikannya  betapa  20 orang ditahan di bawah ISA dengan alasan  yang paling samar.

Di manakah pengawasan dan pertimbangan ? Tuan Speaker  enggan  membenarkan Parlimen membincangkan  sesuatu perkara, sedangkan media sanggup membisu sahaja dan kehakiman sanggup melentur hukumnya untuk menyokong  eksekutif. Sebagai menyakitkan  hati, Mahathir mengalukan penangkapan itu sebagai   membawa kebaikan kepada negara.  Inilah  yang membuktikan dia memang berseronok  dengan  panggilan diktator baik’  itu.

Mahathir  memang begitu  pintar  menyatukan  kuasanya  sehinggakan dia  mampu  melepaskan dirinya dalam setiap tindakan yang dilakukannya.  Dia  boleh  membatalkan  pemilu 2004 seandainya  kekalahan semakin ketara  - tidak kiralah   apa pun alasannya  kerana  Parlimen akan  memberikan keizinannya,  media akan menggembar-gemburkan krisis negara yang memang sengaja diada-adakan sementara  pihak kehakiman akan mengisytiharkan kesahihannya. YDP Agong hanya akan bersemayam sambil menunggu  untuk diberitahu  oleh mamak Bendahara dengan tipu helahnya.

Terlalu lama kita berdiam diri membiarkan Mahathir  mencuri satu persatu  hak kita berdemokrasi.   Penangkapan dengan kuasa ISA yang terbaru membayangkan  betapa  dayusnya sebahagian besar masyarakat  Malaysia terhadap  salah guna kuasa..

Sebaliknya  mereka yang terus berdiam diri mungkin juga memeram suaranya yang meninggi. Hakikatnya  sekarang, kita  sudah lama  kehilangan demokrasi kerana merelakannya pergi.


-Tsu Nam-
30/4/2001


Diterjemahkan oleh  KKK10.

Bilangan pembaca: